Saturday, 16 May 2015

Berita Sidang DUN Melaka ( Mac 2015 )


Ketua Menteri Melaka puji Adun PAS

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Idris Haron memuji sokongan yang diberikan oleh Adun Bukit Baru (PAS), Dr Md Khalid Kassim berhubung tindakan melarang penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam dalam kawasan majoriti Islam.

Dato’ Idris Haron menyifatkan sokongan tersebut sebagai pembakar semangat bagi kerajaan negeri di dalam menjaga kebajikan umat Islam di Melaka ketika menggulung usul di Persidangan Dun Melaka, baru-baru ini.

Menurut Dr Md Khalid bahawa tindakan itu wajar dipuji dan ia penting dalam menjaga kepentingan umat Islam di negeri ini .

“Ada yang melihat tindakan ini agak kecil tetapi apa yang perlu dilihat adalah makna serta kesannya yang cukup besar, syabas di atas pengharaman jualan arak oleh kedai tertentu di kawasan majoriti Islam ini.

“Ia sedikit sebanyak  dapat mencegah penjualan arak secara bebas dan terbuka khususnya kepada muda-mudi Islam yang begitu mudah membelinya di kedai serbaneka 24 jam tanpa ada kawalan pihak berwajib,” ujarnya.

Keputusan melarang penjualan arak itu dibuat pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 28 Januari lepas terhadap seluruh kedai serbaneka 24 jam di kawasan bermajoriti umat islam.


Hutang Melaka RM861 Juta

MELAKA:Persidangan Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Ketiga Belas di Seri Negeri, baru-baru ini dimaklumkan bahawa hutang Kerajaan Negeri Melaka berjumlah RM861 juta.
Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong dalam soalan lisan nombor enam menanyakan Ketua Menteri berapakah hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat pada akhir 2014.

Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Idris Haron menyatakan bahawa hutang Kerajaan Negeri berakhir 2014 berjumlah RM861,709,420.15 di mana ia merupakan baki pinjaman pokok.

“Rizab Kerajaan Negeri pada 2013 berjumlah RM217.13 juta dan rizab Kerajaan Negeri pada 2014 pula turun kepada RM206.61 juta di mana ia meliputi rizab akaun mengurus, rizab di bawah Tabung Amanah Melaka serta pinjaman kepada agensi,” ujarnya.

Idris Haron turut menjelaskan bahawa jumlah pinjaman agensi negeri kepada institusi kewangan berakhir 31 Januari 2015 berjumlah RM192.060,990.85 dan agensi yang terlibat adalah Yayasan Melaka, Majlis Agama Islam Melaka, Kolej Universiti Islam Melaka, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka serta Melaka ICT Holdings Sdn Bhd.

Poay Tiong dalam soalannya turut menanyakan bagaimana Kerajaan Negeri membantu rakyat Melaka menghadapi ketidaktentuan ekonomi. Manakala, jawapan yang diberikan Ketua Menteri bahawa kerajaan telah memberikan BR1M, kempen kawalan harga barang, penurunan harga minyak, mempergiatkan industry pelancongan dan mensasarkan dapatan pelaburan RM5 bilion setahun. 
 

Pastikan kesejahteraan rakyat tidak diabai
 
MELAKA: Pembangunan fizikal yang dilaksanakan kerajaan negeri perlulah mengambil kira kebajikan rakyat bagi menjamin kesejahteraan hidup mereka tidak diabaikan.  

Adun Bukit Baru (PAS), Dr Md Khalid Kassim berkata demikian ketika ucapan penangguhan pada Persidangan Dun Melaka di sini, baru-baru ini. Menurut beliau, pembangunan adalah agenda utama kerajaan untuk meraih sokongan rakyat khususnya daripada penduduk bandar atau luar bandar seperti taman perumahan dan kemudahan rakyat yang lain.

 “Dalam Islam kesejahteraan rohaniah yang berkaitan dengan akidah merupakan perkara yang penting bagi memastikan kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat.

“Sebaliknya pembangunan fizikal boleh mengancam sesuatu tempat apabila mengetepikan kelestariannya, saya harap kerajaan mendengar rintihan rakyat terhadap projek pembangunan yang tidak sempurna. 

“Ia mengakibatkan banjir dan penyakit berjangkit seperti demam denggi, kebajikan mereka terabai sedangkan mereka telah berkorban atas nama pembangunan,” ujarnya.
 
Beliau berkata, antara puncanya ialah longkang buta yang tidak bersambung dan terhenti separuh jalan serta parit kecil tidak dapat menampung pertambahan taman perumahan
 
Sumber : Harakah edisi 22 – 24 JAMADILAWAL 1436 / 13 – 15 MAC 2015

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

PAK MUS said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

PAk JUSTAN DI BATANG said...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59