Saturday, 23 May 2015

Akibat Pembaziran di Melaka - Muzium ditutup


AYER KEROH - Penutupan operasi Muzium Pengangkutan Melaka di Auto City MITC, di sini jelas membuktikan dakwaan pembangkang terhadap projek berkenaan sebagai usaha sia-sia kerajaan menjadi kenyataan.
 
Sejak muzium berkenaan beroperasi pada April 2010, dikatakan tidak banyak pulangan dapat dihasilkan, sebaliknya ia terus mencatatkan kerugian.
 
Sehinggalah penutupannya pada awal tahun ini, muzium tersebut gagal menarik pelancong untuk melawatnya bahkan kedudukannya yang tidak strategik menjadi salah satu faktor muzium itu kurang dikunjungi orang ramai.
 


Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, kos penubuhan muzium itu menelan belanja sebanyak RM198,900 manakala kos operasinya melibatkan ribuan ringgit sebulan.
 
“Dalam masa 75 hari sejak ia dibuka sehingga akhir Jun 2010, hanya 28 orang sahaja yang datang mengunjungi muzium ini bahkan kutipan tiket ketika itu hanya RM265 sahaja. Harga tiket dikenakan adalah RM10 bagi dewasa manakala RM5 bagi kanak-kanak,” katanya.
 
Menurut Poay Tiong, pihaknya telah membuat bantahan kepada kerajaan negeri sebelum projek berkenaan dilaksanakan.
 
“Kita juga sudah memberikan pandangan di mana projek ini akhirnya akan menjadi satu projek gajah putih sebabnya ia terletak di luar kawasan pelancongan,” katanya ketika meninjau bekas bangunan muzium itu, di sini, semalam.
 
Oleh itu, beliau berharap supaya kegagalan Muzium Pengangkutan Melaka boleh dijadikan pengajaran pada masa depan berikutan tindakan kurang bijak pemimpin kerajaan ketika itu.
 
“Pada masa itu kerajaan kononnya hendak banyakkan muzium. Akhirnya ia menjadi tidak realistik sekali gus membazirkan wang rakyat.
 
“Kita merasa kesal dengan keputusan yang dibuat sebelum ini akhirnya merugikan rakyat. Bila cadangkan sesuatu dasar, ia biarlah realistik,” katanya.
 
Selain itu, Poay Tiong turut menyifatkan kewujudan Auto City juga merupakan kesilapan merugikan.
 
“Kerajaan negeri merancang pada asalnya mahu semua syarikat penjualan kereta dihimpunkan di sini. Bagi saya semua syarikat yang menjual kereta, mereka lebih arif tentang perniagaan mereka. Mereka tahu di mana hendak bina show room, kerajaan tidak perlu masuk campur.
 
“Pengusaha jualan kereta lebih tahu di mana pasaran mereka. Bila kita paksa inilah yang berlaku,” katanya.
 
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan semalam, mendapati hampir kesemua ruang muzium telah dikosongkan dan yang tinggal hanyalah sebuah jet pejuang serta sebuah kereta BMW model lama.

 
Bangunan muzium telah dijual 
 
Dalam pada itu, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas menjelaskan kewujudan Muzium Pengangkutan adalah sebuah muzium yang dikhaskan untuk penggemar automobil bagi melihat pelbagai jenis kenderaan lama dan baharu, selain mempamerkan pelbagai maklumat perkembangan sejarah pengangkutan negara ini sejak beratus tahun lalu.
 
Menurutnya, ia sebagai memenuhi hasrat kerajaan negeri yang mahukan sebuah muzium diwujudkan di kawasan berkenaan kerana bersesuaian dengan fungsi lokasi terbabit sebagai sebuah Auto City dan sebagai tanda sokongan terhadap industri pembuatan kenderaan komersial.
 
Bagaimanapun, Khamis menjelaskan, bangunan yang menempatkan muzium tersebut kini bukan lagi menjadi milik agensi kerajaan negeri berikutan telah dijual kepada syarikat persendirian.
 
“Sebelum ini, bangunan menempatkan Muzium Pengangkutan ini adalah milik Perbadanan Ketua Menteri namun pada awal tahun ini ia telah dijual dan kami telah diminta mengosongkan muzium ini sejak tiga bulan lalu oleh pemiliknya kini.
 
“Setakat ini, semua barangan asal yang dipamerkan sebelum ini sudah dipindahkan ke beberapa muzium di bawah Perzim misalnya muzium Ketua Menteri dan beberapa muzium lain.

Cuma tinggal sebuah jet pejuang dan Perzim bercadang akan menempatkannya di sebelah Muzium Kapal Selam,” katanya di sini, semalam.
 
Tambah Khamis lagi, secara rasminya muzium berkenaan masih belum ditutup kerana masih memberi ruang kepada kerja-kerja pemindahan barang pameran dijalankan.
 
“Misalnya, jet pejuang, Perzim masih menunggu kerja-kerja membuat tapak disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ia dapat dipindahkan.
 
“Perzim akan menyerahkan keseluruhannya ruang ini kepada pemiliknya selewat-lewatnya Jun depan,” katanya.

 
Lokasi jauh dari  pusat bandar
 
Sementara itu, beberapa orang awam yang ditemui berpendapat kedudukan Muzium Pengangkutan Melaka yang tidak sesuai menyebabkan ia kurang mendapat sambutan ramai.
Tan Hup Eek, 44, berkata, lokasi muzium yang terletak agak jauh dari pusat bandar menyukarkannya untuk berkunjung ke muzium berkenaan walaupun dia sendiri meminati bidang automotif.
 
“Sukar untuk menjejakkan kaki ke sana disebabkan lokasinya yang terpisah jauh dari pusat bandar. Lagipun, tidak ramai yang mengetahui lokasi serta jalan masuk ke Muzium Pengangkutan Melaka," katanya.
 
Sementara itu, Safuan Zahari, 32, berkata, dia kurang mengetahui kewujudan muzium tersebut walaupun hakikatnya dia merupakan orang tempatan.
 
"Mungkin kalau muzium ini terletak di Banda Hilir atau Taman Melaka Raya, saya akan melawat juga. Tetapi disebabkan ia jauh dari tumpuan orang ramai, maka saya pun tidak ambil kisah," katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

JUNAIDI said...


SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

PAK MUS said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

PAk JUSTAN DI BATANG said...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59