Thursday, 9 January 2014

Kepimpinan baru Pemuda Wilayah kunjungi Harakahdaily



Saf kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini mengadakan kunjungan ke pejabat operasi Harakahdaily di Jalan Pahang di sini.

Deligasi mereka diketuai ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin, tiba di sini tengah hari tadi bersama tujuh yang lain termasuk timbalannya Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Kehadiran mereka disambut Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya serta kakitangan yang lain.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, beberapa perkara turut dibincangkan termasuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua pihak.

"Harakahdaily mempunyai pembacanya yang tersendiri khususnya golongan muda dan warga kota.

"Jadi kita mengharapkan bantuan dari Harakahdaily untuk menyampaikan suara kita dari pemuda wilayah ini dalam isu-isu yang kita perjuangkan khususnya berkait dengan masyarakat di KL ini," katanya.

Dalam pada itu, mereka juga turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak editorial termasuk bersedia menyalurkan bahan berita kepada Harakahdaily.

Sementara itu, dalam responnya, Taufek berkata, pihak Harakahdaily sangat mengalu-alukan cadangan serta kesediaan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantu menyalurkan maklumat.

Menurutnya, Harakahdaily biarpun media organ parti, namun sentiasa mengambil pendekatan inklusif dengan memaparkan laporan berkaitan isu rakyat disamping kenyataan-kenyataan rasmi parti. ~harakahdaily




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59