Wednesday, 10 April 2013

Kenyataan TPM yg menipu rakyat


Pakatan Sebenarnya menyalin idea BN ketika merangkan manifesto mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas persamaan antara kedua-dua dokumen itu.

Menolak dakwaan ciplak yang dibuat Pakatan, timbalan pengerusi BN itu menunjukkan beberapa unsur yang didakwa disalin daripada idea dan dasar BN, seperti ikrar untuk mengurangkan harga tol dan harga kereta.

NONEMuhyiddin berkata, pengurangan harga kereta akan dilaksanakan sepenuhnya bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Asean dan akan dicapai "walaupun tanpa cadangan daripada sesiapa" selepas cukai import dimansuhkan.

Bercakap dalam sidang media di Gombak hari ini, Muhyiddin berkata, sebahagian besar daripada manifesto Pakatan sudah dilaksanakan oleh BN.

Walaupun BN dikritik sebagai "populis"kerana mengedarkan 'gula-gula' menjelang pilihan raya, Muhyiddin mempertahankan perkara itu dengan berkata aspek kewangan dipertimbangkan secara sepatutnya.

malaysiakini bm

p/s: kalu BN nie ikhlas dah lama dia buat. dulu jji minyak xnaik tp naik jugak. Pakatan rakyat dah lama umumkan nk turunkan harga kereta bukan skit tp hapuskan terus cukai berbndg dgn BN nk kurgkan 20-30 %.nk bantu rakyat pon macam nk xnk jer.BN berjanji 10 benda sekalipon 100 xboleh percaya. Rakayt perlu buat penilian yg terbaik iaitu TUMBANGKAN BN!!!


Bagi 10 min tp hanya sekali..apa kejadahnya


Sepuluh minit waktu ke udara yang ditawarkan kepada Pakatan Rakyat untuk menjelaskan manifesto mereka adalah untuk sekali siaran sahaja dan bukannya secara bersiri selama sepuluh minit bagi setiap sesi penerangan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menegaskan demikian, bertentangan dengan kenyataan SPR yang membayangkan Pakatan diberikan sepuluh minit untuk menerangkan setiap aspek manifesto menerusi saluran televisyen kerajaan.

"Diberi (sepuluh minit) sekali sahaja bukan tiap-tiap hari berkempen (selama sepuluh minit).

"Ini bukan berkempen ya, ini hanya menerangkan intisari manifesto masing-masing," katanya.

Menurutnya, Pakatan boleh menrangkan lima halaman manifesto mereka jika sepuluh minit itu dimanfaatkan sepenuhnya.

"Saya telah membuat ujian dalam sepuluh minit, kita boleh membaca sekurang-kurangnya lima muka surat A4 jarak langkau sebaris.

"Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak mahu mengambil bahagian kecuali hanya untuk menunjukkan mereka hendak perli RTM," katanya kepada selepas menyampaikan sumbangan netbook 1Malaysia kepada 82 penghibur jalanan di Kuala Lumpur petang tadi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini dalam wawancara dengan sebuah portal berita berkata, kerajaan bercadang menawarkan siri berterusan dan bukannya satu slot selama sepuluh minit untuk Pakatan menerangkan manifesto mereka.

Menurut Aziz, pemimpin Pakatan salah faham tentang tawaran itu dan menolaknya sebelum SPR memuktamadkan perkara itu dengan kerajaan.

Sementara itu, Rais berkata, jika Pakatan menolak tawaran pembentangan manifesto ini, RTM tetap akan membuat liputan acara itu jika dijemput.

"Jika tidak (terima tawaran sepuluh minit), kita akan hanya buat liputan berita jika mereka menjemput RTM dan radio (kerajaan) yang ada 32 stesen dan tiga saluran," katanya.

malaysiakini bm

p/s:kalu dah mmg xnk bg baik xpayah bg jer terus, buang masa jer layan.Media baru pon byk sekarang,xda sapa nk tgk media dorg


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59