Thursday, 14 November 2013

KBS bayar K-Pop RM1.6 juta, bukan penaja - Khairy


KUALA LUMPUR: Sekali lagi persoalan berkait bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop ketika sambutan Hari Belia 2012 dijawab untuk kali kedua.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menjelaskan, sememangnya bayaran itu telah dibuat oleh pihak kementerian dan bukan oleh pihak syarikat swasta selaku penaja seperti asalnya.

"Memang benar konsert ini telah dibiayai oleh kementerian."Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja dibuat kerana ketika itu ada tawaran pihak swasta untuk menaja.

"Tetapi akhirnya tajaan tidak diberi dan kementerian terpaksa menanggung bayaran untuk konsert K-Pop di Hari Belia Negara 2012," katanya.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan kepada kementerian apakah jumlah yang dibelanjakan untuk Hari Belia 2012 lalu dan mahukan penjelasan berhubung perbezaan jawapan terhadap pihak mana yang membuat bayaran kepada artis terlibat.

Sebelum ini lagi Khairy telah mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-Pop, U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet, dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

Untuk rekod, konsert itu dibuat ketika Menteri belia dan sukan waktu itu adalah Datuk Seri Shabery Cheek yang kini merupakan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan. ~harakahdaily





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59