Tuesday, 22 October 2013

Sungai Limau: Pakatan angkat suara anak muda


Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh calon anak muda Ustaz Mohd Azam Abdul Samat yang diumumkan bagi mewakili PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau pada 4 November ini. 

“Kami yakin akan kemampuan anak muda ini untuk membawa inspirasi dan suara anak muda di dalam Dun Kedah kelak dan mampu menggalas tugas yang ditinggalkan oleh mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak,” kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Katanya, DPPM yakin calon itu yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai akan mampu membawa lagasi yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan dahulu. 

Beliau berkata, DPPM bersama-sama AMK dan DAPSY akan berganding bahu untuk memastikan Dun Sungai Limau kekal kepada PAS nanti. 

“Kami mengharapkan pengundi Dun Sungai Limau akan terus memberikan sokongan kepada anak muda ini untuk memberikan khidmat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Ustaz Azizan.

“Malah kami berkeyakinan anak muda khasnya akan turut memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Ustaz Azam,” ujarnya dalam satu kenyataan. 

Menurutnya, DPPM melihat pemilihan Ustaz Azam penting kerana PR mengiktiraf peranan anak muda untuk meneruskan kerja buat Allahyarham Ustaz Azizan selama ini. ~harakahdaily




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

ahlee said...

Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah.

Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.

PAS nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Azizan untuk undi simpati.

Gambar calon PAS dengan arwah Azizan terpaksa Photoshop semata mata untuk meraih sokongan.

Hakikatnya Calon PAS PRK Sungai Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi.
Posted by Melayu Berwawasan at 10:00 PM

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59