Sunday, 20 October 2013

Sahabatku, perjuangan bukan hanya...



1. Perjuangan bukan hanya buah fikir yang dilontar menerusi medium wacana.

2. Perjuangan bukan hanya lantunan suara tinggi yang dilambung menerusi pembesar suara.

3. Perjuangan bukan hanya tegang urat leher mempertahankan hujah yang dipamer menerusi medan debat.

4. Perjuangan bukan hanya silang lengan membentuk ribat yang disusun gagah menerusi demonstrasi.

5. Perjuangan bukan hanya tinggi rating dan hit viewer yang dihasilkan menerusi facebook dan twitter.

6. Perjuangan bukan hanya membalut tubuh dengan pakaian hebat yang diimejkan menerusi jubah serban atau kemeja bertali leher.

7. Perjuangan bukan hanya meriwayatkan ilmu yang diungkap menerusi kuliah, forum dan usrah.

8. Perjuangan bukan hanya seni berpencak di pentas politik menerusi penyertaan dalam pilihan raya, penampilan dan kenyataan media mengupas isu.

9. Perjuangan bukan hanya bergaya hebat memimpin jentera dan jamaah yang ditunjuk menerusi jawatan yang disandang.

10. Perjuangan bukan hanya merekodkan pelbagai aktiviti yang dianjur menerusi laporan muktamar tahunan.

Tetapi... perjuangan itu adalah merangkumi semua perkara tersebut dan ia diterjemah dalam diari rutin harian, justeru perjuangan juga adalah pelaksanaan kata-kata.


Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59