Tuesday, 29 October 2013

Melaka Dapat Ketua Pemuda Yang Baru


Bukit Katil : Dewan Pemuda PAS Melaka mendapat kepimpinan baru apabila Ketua dan Naib Ketua baru dipilih pada Muktamarnya Sabtu lalu. 

Jauhar Md Dawi (gambar) dan Muhsin Jamaat dilantik masing-masing sebagai Ketua dan Naib Ketua yang baru, manakala Timbalan Ketua sessi lalu Ustaz Musa Mohammad mengekalkan jawatannya tanpa sebarang pertandingan. 

Jauhar dipilih menggantikan Yuhaizad Abdullah yang mengundurkan diri atas faktor usia. Manakala Muhsin dipilih oleh perwakilan setelah mendapat undi yang besar berbanding seorang calon lain.

Manakala Ahli Jawatankuasa yang dipilih ialah Ustaz Mohd Khairul Anam Mohamad Razali; Aidil Azhiim Shamsudin; Ustaz Azizan Anuar; Ustaz Norkhairi Yusof; Muhammad Aizat Baharuddin; Ahmad Anwar Razak; Fakhrul Nizam Hussein; Ustaz Mohd Sobri Hashim, Johari Osman dan Emransyah Abdullah.

Muktamar tersebut berlangsung di Kompleks PAS Bukit Katil/Bukit Bayan di sini yang mana perasmiannya disempurnakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia iaitu Raja Ahmad Iskadar Al Hiss Raja Yaacob. 

Majlis perasmiannya dilangsungkan pada Jumaat sebelah malam dan muktamar penuh berlangsung keesokan harinya iaitu Sabtu. Untuk rekod Jauhar adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59