Monday, 23 September 2013

Laksana 4 Program Tarbiah - Ustaz Tuan Ibrahim


BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS di peringkat cawangan dan kawasan mesti memastikan empat program tarbiyah wajib dijalankan iaitu usrah, tamrin, muqayyam dan rehlah. 

"Dengan usrah dan program-program tersebut fikrah dan amalan ahli dan pimpinan akan mantap dan tidak timbul soal tidak faham perjuangan dan pergeseran sesama sendiri," ujar beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil ke-10 di sini hari ini. 

Tuan Ibrahim berkata empat program tersebut mesti dibudayakan supaya organisasi dan gerak kerja PAS di semua peringkat menjadi mantap dan sesuai sepanjang zaman. Beliau juga mencadangkan PAS di semua peringkat menubuhkan Kelab Veteran PAS bagi mengumpulkan semua bekas-bekas kepimpinan dan ahli-ahli veteran. 

“Jangan kita ketepikan pengalaman dan sumbangan yang dirintis dan diterokai oleh sahabat-sahabat yang terlebih dahulu berjuang tanpa rasa penat dan letih. “Jadi kita boleh tubuhkan Kelab Veteran PAS dan syarat-syarat keahlian dan lain-lain boleh dibincangkan kemudian,” ujarnya. 

Sementara itu PAS Kawasan Bukit Katil mengekalkan tradisi keharmonian pada pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding. Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan. 

Mohd Sofi Abdul Wahab kekal Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan, Mohd Ali Sharif (Timbalan YDP), Md Yassim Musa (Naib YDP). Manakala Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz (Ketua Urusan Ulamak), Jauhar Md Dawi (Ketua Pemuda) dan Maisarah Abu Bakar (Ketua Muslimat). ~harakahdaily



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59