Sunday, 21 July 2013

Amalan-amalan Yang Dikasihi Allah di Bulan Ramadhan


اعمال يحبها الله في رمضان
Amalan-amalan Yang Dikasihi Allah di Bulan Ramadhan

أولا: الجلوس بعد صلاة الفجر إلى طلوع الشمس لذكر الله ثم صلاة الضحى
Pertama :
Duduk selepas solat fajar sehingga terbit matahari untuk berzikir kemudian solat sunat dhuha

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "من صلى الصبح في جماعة، ثم جلس في مصلاه يذكر الله حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كان له مثل أجر حجة وعمرة تامة".. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "تامة تامة تامة". رواه الترمذى
Daripada Nabi S.A.W. telah bersabda " Sesiapa yang solat subuh berjamaah, kemudia ia duduk di tempat solatnya berzikir mengingati Allah sehinggalah terbit matahari, kemudian ia solat dua rakaat, adalah baginya ganjaran seumpama haji dan umrah sesempurnanya
ثانياً:الذكر
**********

Kedua :
Zikirullah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"ألا أنبئكم بخير أعمالكم ، و أزكاها عند مليككم ، و أرفعها في درجاتكم ، و خير لكم من إنفاق الذهب و الورق ، و خير لكم من أن تلقوا عدوكم ، فتضربوا أعناقهم و يضربوا أعناقكم ؟ قالوا : بلى يا رسول الله قال : " ذكر الله " صحيح الإسناد
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Apakah kamu mahu aku memberitahu kamu sebaik-baik amalan kamu, sebersih-bersih amalan di sisi Pemilikmu, setinggi-tinggi pada kedudukan kamu, sebaik- baik ganjaran daripada infaq emas dan perak, sebaik-baik ganjaran daripada kamu bertemu musuhmu, maka kamu memancung tengkuk mereka dan mereka memancung tengkuk kamu? Mereka berkata : " Bahkan ya wahai Rasulullah"..Rasulullah S.A.W bersabda : " Zikrullah ".
ثالثاً:الصدقة
*************

Ketiga :
Bersedekah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"إن صدقة السر تطفىء غضب الرب تبارك وتعالى }[صحيح الترغيب].
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Sesungguhnya sedekah secara tersembunyi itu menutup kemurkaan Allah Tabaraka wa Ta'ala "

وروى البخارى عن ابن عباس رضى الله عنهما , كان رسول الله صلى الله عليه و سلم : " أجود الناس , و كان أجود ما يكون فى رمضان حين يلقاه جبريل عليه السلام , و كان يلقاه كل ليلة فى رمضان فيدارسه القرآن فلرسول الله صلى الله عليه و سلم أجود بالخير من الريح المرسلة .
Diriwayatkan oleh Bukhari daripada Ibnu Abbas RAhma, adalah Rasulullah seorang yang sangat dermawan, dan Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan ketika bertemu Jibril AS, dan adalah Jibril menemui Baginda pada setiap malam Ramadhan dan mengajar Baginda Al Quran, kedermawan Rasulullah S.A.W melebihi angin yang berhembus

رابعاً:عمرة رمضان
**********

Ke empat :
Umrah di bulan Ramadhan
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
": عمرة فى رمضان كحجه معى" .( متفق عليه)
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Umrah di bulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersertaku "

خامساً: السحور
**********

Ke lima :
Bersahur

قد اجتمت الائمة على إستحبابه , فعن أنس رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه و سلم قال (( تسحروا فإن السحور بركة ))رواه البخارى و مسلم

Telah sepakat para ulama pada hukumnya sunat. Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda " Bersahurlah kamu sesungguhnya sahur itu keberkatan "

سادسا: تعجيل الفطر
********

Ke enam :
Menyegerakan berbuka

يستحب للصائم أن يُعجل الفطر متى تحقق غروب الشمس فعن سهل بن سعد رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر )) رواة البخارى و مسلم .
و ينبغى ان يكون الفطر رُطبات وتراً فإن لم يجد فعلى الماء , فعن انس رضى الله عنه قال (( كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يُفطر على رطبات قبل أن يُصلى , فإن لم يكن فعلى تمرات , فإن لم تكن حسا حسوات من ماء )) رواه ابو داود و الحاكم وصححه الترمزى وحسنه 
Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa ia menyegerakan berbuka apabila telah yakin tenggelam matahari. Daripada Sahal bin Saad RA bahawasabta Nabis S.A.W. telah bersabda :" Tidak akan putus kebaikan manusia selama mana mereka menyegerakan berbuka".Dan sayugianya berbuka itu dengan 'ruthob' pada kiraan ganjil, jika tidak ada , berbuka dengan minum air. Daripada Anas RA berkata, "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji ruthob (tamar basah) sebelum solat, jika tiada ruthob Baginda berbuka dengan tamar, dan sekiranya tamar tiada, baginda akan berbuka dengan air." (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Kata Tirmidzi ia hadis hasan )

سابعا: الدعاء عند الفطر و أثناء الصيام
**********

Ke tujuh :
Berdoa ketika berbuka dan berpuasa

روى ابن ماجه عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( إن للصائم عند فطرة دعوة ما تُرد ))
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al As RAhuma bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda :" Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada satu doa yang tidak ditolak".

و روى الترمزى بسند صحيح انه صلى الله عليه و سلم قال (( ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر و الإمام العادل و المظلوم )) .
Diriwayatkan oleh At Tirmizi dengan sanad yang sahih bahawasanya Nabi S.A.W telah bersabda :" Tiga orang yang doa mereka tidak ditolak : Orang yang berpuasa sehinggalah berbuka, Imam yang adil dan orang yang dizalimi ".

ثامنا: السواك
**********

Ke lapan:
Bersiwak
يستحب للصائم أن يتسوك أثناء الصوم و لا فرق بين اول النهار و آخره
و قال الترمذى (( و لم ير الشافعى بالسواك , أول النهار و آخرة بأساً )) و كان النبى صلى الله عليه و سلم يتسوك و هو صائم .
Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa bersiwak ia ketika ia berpuasa dan tiada beza samaada pada awal siang atau akhirnya. Berkata Tirmizi ( As Syafie tidak berpandangan siwak itu suatu yang salah samaada di awal atau akhir hari ...) dan adalah Rasulullah S.A.W. bersiwak sedangkan ia berpuasa.

تاسعا: الإجتهاد فى العبادة فى العشر الأواخر من رمضان
**********

Ke sembilan :
Bersungguh-sungguh beribadat pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

روى البخارى و مسلم عن عائشة رضى الله عنها أن النبى صلى الله عليه و سلم (( كان إذا دخل العشر الأواخر أحيى الليل , و أيقظ أهله , و شد المئزر )) و فى رواية مسلم (( كان يجتهد فى العشر الأواخر ما لا يجتهد فى غيره ).
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada A'isyah RAha, bahawasanya Nabi S.A.W. apabila masuk sepuluh yang terakhir (Ramadhan )..baginda menghidupkan malam ( dengan ibadah ), membangunkan keluarganya dan mengikat kainnya ..dan pada riwayat Muslim ( adalah Baginda bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir apa yang Ia tidak bersungguh lakukan pada selainnya

dipetik daripada: http://takwinfardilmuslim.blogspot.com


Sunday, 7 July 2013

RAMADAN, AL-QURAN DAN KITA



Ramadan dan al-Quran satu ikatan yang tersimpul mati. Apabila disebut Ramadan, di samping puasa, kita akan teringatkan penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran). Bulan Ramadan bulan yang diturunkan dalamnya al-Quran. Penurunan al-Quran itu dua peringkat; pertama, dari Luh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah (langit dunia). Kedua, dari langit dunia kepada Nabi s.a.w secara berperingkat-peringkat dalam tempoh sejak Nabi Muhammad ditabalkan menjadi rasul sehingga baginda wafat iaitu selama 23 tahun.
Para sarjana tidak berbeza pendapat bahawa al-Quran turun (Nuzul al-Quran) dalam bulan Ramadan. Ini kerana Allah sendiri yang menjelaskan bahawa al-Quran itu turun dalam bulan Ramadan. Firman Allah: (maksudnya)
“Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia” (Surah al-Baqarah, 185).
Namun begitu sarjana berbeza pendapat tentang berapa haribulankah Ramadan penurunan itu berlaku? Ada yang berpendapat ia diturunkan pada 21hb Ramadan. Pendapat ini dipegang oleh beberapa orang ulama, antaranya tokoh Sirah yang terkenal al-Syeikh Safiyy ar-Rahman al-Mubarakfuri seperti yang beliau sebut dalam karyanya Rahiq al-Makhtum. Ada juga yang berpendapat 24hb Ramadan kerana bersandarkan hadis riwayat al-Imam Ahmad yang menyebut: “…Allah turunkan al-Quran pada 24hb Ramadan”. Hadis ini disahihkan oleh sebahagian ulama, dihasankan oleh sebahagian yang lain. Terdapat juga sarjana yang mendaifkannya disebabkan kritikan terhadap salah seorang rawi iaitu Imran bin al-Qattan. Namun ada riwayat lain daripada Ibn ‘Abbas yang boleh menyokong riwayat ini. Di sana ada lain-lain pendapat tentang haribulan Nuzul al-Quran ini.
Di tempat kita biasanya kita mendengar tarikh Nuzul al-Quran pada 17hb Ramadan. Ini juga salah satu pendapat yang telah sesetengah sarjana kemukakan. Pun begitu pendapat ini mendapat kritikan sebahagian sarjana yang lain atas beberapa alasan. Antaranya, al-Quran sendiri menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada Malam al-Qadr (Lailatul Qadar). Ini seperti yang Allah sebut dalam Surah al-Qadr: (maksudnya)
“Sesungguhnya Kami telah turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr” (ayat 1).
Hadis-hadis Nabi s.a.w pula banyak yang menjelaskan bahawa Malam al-Qadr itu berlaku pada salah satu dari sepuluh malam yang akhir bulan Ramadan. Maka, sepatutnya penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) dalam lingkungan sepuluh yang akhir. Tokoh ilmu al-Quran yang terkenal al-Imam al-Zarqani menyebut dalam karyanya Manahil al-‘Urfan:
“Kemudian di sana ada pendapat yang menyatakan bahawa pemulaan Nuzul al-Quran itu pada 17hb Ramadan. Itulah merupakan Malam al-Qadr menurut sebahagian pendapat. Namun pandangan itu menyanggahi pendapat yang masyhur yang disokong oleh hadis sahih”. (1/52, Beirut: Dar al-Fikr).
Apapun perbezaan pendapat yang ada, kesemua umat akur bahawa al-Quran itu turun pada bulan Ramadan. Sarjana hanya berbeza pendapat tentang haribulannya sahaja. Masing-masing telah mengemukakan alasan mereka.
Penghayatan
Lebih penting dari itu semua, kita hendaklah menghayati tujuan al-Quran itu diturunkan kepada manusia. Ia bukan sebuah kitab sekadar untuk dibaca dan diperlagukan tanpa memahami tujuan ia diturunkan. Jika ramai orang boleh membaca al-Quran, melagukannya, menghiasinya dengan ukiran dan solekan yang indah namun enggan mendalami dan menghayati tujuan penurunannya, maka al-Quran tidak akan berfungsi dalam kehidupan manusia. Ia seakan seorang pesakit yang membaca jadual ubatnya, menulisnya dengan indah dan cantik tetapi tidak memakannya. Firman Allah: (maksudnya):
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. (Surah al-Baqarah, 185).
Itulah tujuan penurunan al-Quran. Ia menjadi petunjuk, menjelaskan petunjuk tersebut serta memampukan pembacanya membezakan antara yang benar dan yang salah. Antara haq dan batil. Itulah cahaya insan dalam menerangi cabaran kehidupan di dunia ini. Hal ini tidak mungkin diperolehi jika kita sekadar berlagu dan menggantungnya di dinding rumah dan pejabat tanpa melakukan tadabbur (penelitian kandungan). Allah menyebut dalam Surah al-Israa: (maksudnya)
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul, dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (ayat 9-10)
Kita semua ada kelemahan, kita juga mungkin tidak berjaya menjadi insan yang melaksanakan seratus peratus isi kandungan al-Quran tetapi kita sentiasa wajib beriman bahawa jalam hidup ini ialah mengikuti isi kandungan al-Quran, bergerak dan berusaha menghayatinya dari masa ke semasa adalah tanggungjawab seorang yang beriman. Kejayaan kita ialah dengan memahami dalam melaksanakan isi kandungan al-Quran. Kita hendaklah membaca al-Quran sehingga dapat membezakan antara yang benar dan yang salah. Antara yang ikhlas dan yang pura-pura. Antara yang membela kebenaran dan yang memperjudikan kebenaran. Ini amat penting sepanjang masa, apatahlagi di zaman dunia yang penuh kekaburan dan kekeliruan. Tidak berpada sekadar melagukan, bertanding dan menggantung di dinding-dinding tanpa memperdulikan isi yang tersurat dan tersirat di sebalik tulisan yang tersemat.
Jangan juga kita lupa bahawa pada zaman ini akan ada yang menggunakan al-Quran untuk mendapatkan wang ataupun harta dunia dari manusia. Sabda Nabi
“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, bertaraf hasan).
Jangan hairan jika kita bertemu dengan mereka yang meminta wang bacaan al-Quran kononnya sebagai bayaran pahala kepada si mati, ataupun membaca al-Quran dengan segala lengangan lagunya hanya semata-mata untuk mendapatkan wang. Bukan itu tujuan al-Quran diturunkan!
Tulisan oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dipetik daripada http://drmaza.com


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59