Thursday, 25 April 2013

Samseng Umno Bakar Kereta Petugas PR?


SEMENYIH 24 APRIL: Kereta Wan Zahari Majid, Ketua Biro Publisiti KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, hangus terbakar dipercayai akibat sabotaj pihak tertentu semasa hari penamaan calon 20 April lalu.

Kereta Volvo 740 GLE miliknya itu diletakkan di belakang Bilik Gerakan Utama Pakatan Rakyat pekan Semenyih kira-kira jam 8.30 pagi tersebut sebelum beliau mengiringi calon Pakatan Rakyat di SJK (C) Yu Hwa, Kajang.

“Lebih kurang jam 10.30 pagi, (saya) terima panggilan dari pemilik bangunan, Encik Gan menyatakan kereta terbakar. 

Selepas daripada itu (saya) bergegas balik dan didapati kereta sudah hangus,” katanya kepada Keadilan Daily.Sepasukan bomba dari Balai Bomba Bangi datang untuk memadamkan api.

Namun, bahagian hadapan kereta yang terbakar rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.Justeru, satu laporan polis dibuat di IPD Semenyih sejurus selepas kejadian, kira-kira jam 11.47 pagi.

“Di masa kejadian, bilik gerakan itu tidak berpenghuni kerana kesemuanya mengikuti proses penamaan calon,” kata Wan Zahari dalam kenyataan.

“Ada saksi yang menyatakan ini angkara perbuatan samseng-samseng Umno,” kata Wan Zahari berdasarkan laporan diterimanya mengenai sabotaj terhadap kain-kain rentang Pakatan Rakyat di kawasan mereka sebelum ini. ~keadilandaily

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59