Thursday, 25 April 2013

Punca Wanita Tiada Tempat Dalam Umno Terbongkar..


Rakyat tertanya-tanya adakah Perdana Menteri (kerajaan sementara) Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus memegang jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat, sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13)?

Adakah ini kerana Umno sedang menghadapi masalah ketandusan pemimpin wanita Umno yang berwibawa dan boleh diketengahkan untuk menerajui sesebuah kementerian?
Sejak Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan Menteri Wanita itu ekoran skandal projek lembu National Feedlot Corporation yang mendapat pinjaman mudah sebanyak RM250 juta itu, Najib terus memegang jawatan Menteri Wanita sehingga hari ini.

Walaupun skandal projek lembu itu agak reda sedikit dan kesnya kini berada di mahkamah tetapi Najib terus memegang jawatan itu dan ini menunjukkan seolah-olah dalam Umno tidak ada wanita yang layak.

Krisis keyakinan para pemimpin Umno terhadap kemampuan ahli wanitanya menjadi semakin jelas apabila Najib tidak memilih Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim untuk bertanding di kawasan Parlimen Kuala Kangsar.

Sebaliknya Najib menawarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan di Perak untuk beliau bertanding pada PRU13, 5 Mei ini.

Umum mengetahui bahawa untuk menjadi menteri kabinet, seseorang itu mesti bertanding dan memenangi kerusi Parlimen, kecualilah kalau seseorang itu memasukki dari ‘pintu belakang’ seperti dilantik menjadi senator.

Oleh kerana wanita Umno tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam kepimpinan kerajaan Umno-BN maka Kamalia bertindak untuk bertanding sebagai calon Bebas Parlimen Kuala Kangsar.

Pada PRU13 ini, Kamalia akan menghadapi cabaran daripada calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Umno sendiri, Wan Muhamad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Gerak kerja

Lagi pun keputusan ini diambil memandangkan beliau sudah menjalankan gerak kerja berkempen sejak setahun lebih tetapi segala usahanya dipandang seperti sampah yang tidak berguna.

Selain dari Datuk Azalina Othman Said, bekas menteri Belia dan Sukan yang bertanding di Parlimen Pengerang, hanya ada beberapa kerat pemimpin tertinggi wanita Umno yang tinggal yang akan bertanding dalam PRU13 kali ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Noriah Kasnon akan bertanding di Parlimen Sungai Besar. Malahan Ketua Puteri Umno dan juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin, turut diberi kerusi parlimen (Papar) untuk bertanding.

Ramai percaya wujudnya tangan-tangan ghaib yang menyusun perkara ini dan bukan Najib seorang.

Umum mengetahui mengenai pertelingkahan atau pergaduhan di antara Kamalia dengan Shahrizat berhubung skandal lembu itu.

Suatu ketika, Kamilia terlalu vokal menghentam Shahrizat sehinggakan kedua-dua mereka terpaksa ditenangkan seketika takut-takut persiapan PRU terjejas hingga boleh menyebabkan kekalahan Barisan Nasional.

Begitu pun, karier politik Kamalia dalam pergerakan wanita Umno boleh dianggap telah tamat kerana beliau merupakan salah seorang daripada 61 ahli Umno yang telah dipecat kerana bertanding atas tiket Bebas dan melanggar Perlembagaan parti.

Semua kisah ini akan dibungkus dalam lipatan sejarah sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan Pusat tetapi jika BN berjaya mengekalkan Putrajaya adakah Najib akan terus memegang jawatan Menteri Wanita, selain jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

Maka apa pula peranan Rosmah Mansor, isteri kesayangan Perdana Menteri pada ketika itu? ~free malaysia today

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59