Thursday, 25 April 2013

Projek 'Cabut Lari' Najib Selepas PRU13 Terbongkar..


 
PKR mempersoalkan wang berjumlah RM7 bilion yang didakwa dipindahkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada satu akaun didakwa “sulit” di Cayman Islands.

Perkara itu didedahkan dalam laporan tahunan 1MDB dan turut dibangkitkan dalam satu laporan The Edge, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini.

“Akaun pesisir rahsia hanya digunakan untuk urusniaga yang perlu disembunyikan dari pandangan, kerana negara tertentu mempunyai undang-undang yang melindungi perniagaan walau terdapat elemen jenayah atau rasuah.

“(Perdana menteri sementara) Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan segera mengenai pemindahan wang RM7 bilion ini, memandangkan beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB,” kata Rafizi. ~mkini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59