Thursday, 25 April 2013

Akhbar Singapura Dedah Robert Kuok Beli Tanah Di Iskandar Malaysia Di Bawah Harga Pasaran


 

Mengejutkan! Pendedahan terbaru sebuah laporan akhbar di Singapura, The Straits Times mengesahkan bahawa bilionair terkenal, Robert Kuok sudah pun membeli tanah di Iskandar Malaysia di Nusajaya pada harga RM182 juta (SGD74 juta).

Pembelian itu dibuat kurang dari dua minggu sebelum pilihanraya umum 5 Mei ini menerusi usahasamanya dengan cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah).

Dua lot tanah presint di Nusajaya telah dibeli dengan pegangan ekuiti 70 peratus dimiliki oleh Robert sementara selebihnya oleh Khazanah.

Dalam pelaburan yang dijangka memperolehi pulangan sehingga RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun, Robert yang merupakan manusia terkaya di Asia Tenggara sudah memulakan projek berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan Johor itu sebaik sahaja pembelian selesai.

Kekayaan terkini Robert di seluruh dunia dianggarkan bernilai USD12.7 bilion (RM40.64 bilion).

Menerusi syarikat induknya, Kuok Brothers, Khazanah dan syarikat Kuok tersebut akan bergabung menjadi entiti dinamakan Southern Marina Development untuk membangunkan tanah seluas lima hektar di Puteri Harbour di Nusajaya dari pemilik tanah asal, UEM Berhad (UEM).
 
 Menurut laporan The Straits Times yang disiarkan di ruangan Asia Report itu, Southern Marina akan membangunkan lot kediaman termasuk kondominium bernilai tinggi, lot perniagaan dan pusat membeli belah terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2 bilion (SGD479 juta) dalam tempoh tersebut.

Kuok yang menetap di Hong Kong terkenal dengan monopoli gula sebelum diambil alih oleh seorang lagi taikun Melayu yang rapat dengan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary pada 2010.

Dijangka lebih banyak tanah Melayu akan tergadai sekiranya Johor kekal dikuasai Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum 5 Mei ini.

Nusajaya terletak dalam parlimen Gelang Patah yang menyaksikan pertembungan dua gergasi antara Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dengan BEKAS menteri besar Johor yang disingkirkan, Abdul Ghani Othman.

 
Tanpa menunggu keputusan pilihanraya umum, Kuok dengan berani melabur sejumlah besar hartanya kerana disokong oleh kepimpinan Ghani sejurus sebelum parlimen dibubarkan 3 April lalu.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana tanah bernilai tinggi kepunyaan kroni Umno itu boleh terlepas dengan mudah ke tangan Kuok dan Khazanah pada harga begitu murah sedangkan nilai tanah di Nusajaya sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi?

Apakah ini satu lagi kaedah digunakan Ghani untuk memperoleh wang berkempen menerusi penjualan tanah pada harga yang sangat murah?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya menyiasat urusniaga penjualan tanah ini kerana disyaki mengandungi unsur rasuah dan salah guna kuasa semasa Ghani menjadi menteri besar dulu. ~jalan pulang

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59