Thursday, 28 March 2013

UMNO RAJA PORNO DALAM MALAYSIA.


 Saifuddin: Nurul Izzah, MB pula mangsa video seks

Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim antara pemimpin PKR yang dikaitkan dengan dakwaan video seks terbaru yang mungkin dikeluarkan oleh Umno pada masa depan, dakwa Datuk Saifuddin Nasution.

Setiausaha agung PKR itu berkata, beliau sudah ditunjukkan "sedutan" dua video berasingan - video pertama didakwa aksi Nurul Izzah dan video kedua didakwa melibatkan bapanya - "dua atau tiga hari lalu".

NONESaifuddin mendakwa, agen Umno menggunakan video itu sebagai amaran kepadanya tetapi menurutnya PKR tidak gentar kerana isu itu kerana sudah terbiasa sejak dari dahulu lagi.

"Kita sudah menghadapi perkara itu sejak 14 tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Saifuddin juga dalam kenyataannya hari ini berkata, mereka menerima maklumat daripada "sumber yang boleh dipercayai" bahawa video itu dihasilkan melalui manipulasi imej digital.

Menurutnya, ia melibatkan pencantuman babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin berkenaan terbabit dalam salah laku seks.

Mengulas tindakan itu, beliau berkata, sudah menjadi lumrah perjuangan, termasuk dalam sejarah Islam apabila Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA sendiri diuji dengan dakwaan seksual.

"Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah. Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami," katanya.

"Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."

-MALAYSIAKINI BM-

P/S: UMNO haprak.menjahanamkan pemikiran anak2 malaysia.perosak agama dan bangsa.jom kita selamatkan malaysia dari mereka.INI KALILAH

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59