Sunday, 24 March 2013

inikah fungsi MKN selama nie???


 

KUALA LUMPUR 23 Mac: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta membuat penjelasan berhubung satu surat yang mula beredar di laman-laman media sosial seperti Facebook dan blog.

Surat yang mula tersebar semalam itu menunjukkan ia dari MKN dan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Kandungan surat itu antara lain menyebut satu lampiran disediakan berhubung laporan strategi Pakatan Pembangkang yang diperolehi melalui ‘pintasan emel’ dan ditandatangani Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata Thajudeen perlu menafikan atau mengesahkan tentang surat tersebut bagi mengelakkan tanggapan negatif terhadap fungsi sebenar majlis itu.

Beliau berkata sama ada surat berkenaan benar atau merupakan fitnah, Thajudeen perlu memberi penjelasan segera.

“Bagaimanapun, saya percaya mungkin dia akan menafikannya,  tapi kita tunggu penjelasan daripadanya,” tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. ~keadilandaily

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59