Sunday, 24 March 2013

Hanya 10 minit sahaja?biar betul


KUALA LUMPUR 23 Mac: Tempoh 10 minit untuk parti politik membentang manifesto pilihan raya di RTM disifatkan tidak masuk akal, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
“Saya melihat idea ini tidak masuk akal, hanya melepaskan batuk ditangga. Mana cukup 10 minit nak bentang manifesto.
“Ini menunjukkan mereka (Umno BN) semakin takut terhadap Pakatan Rakyat. Ia tidak lebih untuk menunjukkan mereka terbuka dalam usaha menarik undi,” katanya dihubungi.
Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim membenarkan semua parti politik membentang manifesto mereka menerusi RTM selama 10 minit.
Muhammad Nur berkata, sebelum ini, cabaran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan perdana menteri dan disiar secara langsung juga tidak diendahkan.
Katanya, ia berbeza dengan media negara luar yang lebih bersikap terbuka dengan memberi ruang kepada parti politik mengemukakan idea masing-masing.
“Di Indonesia sejak pemerintahan BJ Habibie, kesemua parti politik diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengguna ruang media tanpa sekatan.
“Di India, pemerintah mahupun pembangkang diberi kebebasan sama rata, 50 peratus untuk televisyen dan 50 peratus  untuk radio.
“Tunku Abdul Rahman (mantan Perdana Menteri) dulu pun beri ruang selama 30 minit untuk parti pembangkang,” katanya.
Pakatan Rakyat, pada 25 Februari lalu melancarkan manifestonya, dengan menekankan 4 tonggak utama dalam usaha merakyatkan ekononomi, memupuk perpaduan kaum dan mensejahterakan negara.
Antara lain mewujudkan sejuta pekerjaan baru, menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan menurunkan harga kereta.
Pakatan juga berikrar meringankan kos sara hidup dengan menurunkan harga barang, harga petrol dan diesel, caj elektrik dan air, menghapuskan tol secara berperingkat, selain menyediakan 150,000 rumah mampu milik.

-keadilan daily-

p/s: UMNO guna 23 jam 50 minit dalam media untuk kempen lebih-lebih lagi TV3 suku.Untuk pakatan rakyat hanya di berikan 10 minit sahaja untuk bentang maniufesto akan tetapi realitinya semakin hari sokongan semakin kuat pada pakatan.Parlimen belum bubar lagi tue..emm pelik bin ajaib......ABU

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59