Saturday, 30 March 2013

Timb KETUA AGAMA NEGERI MELAKA terkantoi di teratai dangdut....


Kini menjadi bualan umum mengenai seorang ADUN UMNO Melaka yang berada dalam sebuah tempat hiburan Teratai Dangdut Melaka semasa sebuah pasukan JSJ Nakortik Melaka menjalankan serbuan dan pemeriksaan.... Jom kita berkenalan dengan ADUN tersebut... Nama En Yazed b Hj Khamis...ADUN Rim, Jasin, Melaka...Parti UMNO....

beliau baru saja dilantik oleh Mohd Ali Rustam sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Melaka... sekiranya para sahabat terserempak dengan beliau dimana-mana, jangan segan silu dan malu, tegur sapalah beliau....Jika sesiapa nak singgah rumahnya kalau tersesat di negeri Melaka, ini alamatnya... No: 53, Jalan Cempaka 7, Taman Seri Cempaka, 75400, Melaka...Hari Raya nanti bolehlah hantar kad raya...Kalau nak dengar suaranya sila talipon no: 06-5296621...SELAMAT BERKENALAN!!!


JOM KITA UBAH INI KALILAH


 

Inilah sebab mengapa kita perlu tukar kerajaan kerana kerajaan kini tidak pandai menguruskan negara malah meninggalkan hutang yang cukup besar kepada rakyat untuk di tanggung. Sedangkan pendapatan rakyat hanya cukup-cukup hidup sahaja. Jurang pendapatan golongan kaya dan miskin semakin jauh. kesempitan hidup yang begitu menghimpit rakyat marhaen.Keperitan ini tidak dirasai oleh pemimpin UMNO malah mereka membazir dengan sewenang-wenangnya. sebagai contoh bil air rumah perdana menteri mencecah RM 20 ribu sebulan. Duit sapa yang akan membayar bil itu kalu bukan duit kerajaan. Dari mana kerajaan dapat duit? dari cukai yang di kutip. siapa yang membayar cukai? semua rakyat malaysia. mudah sifirnya.Adakah anda rela wang yang anda bayar kepada kerajaan di bazirkan begitu sahaja? JOM kita ubah kerajaan yang lebih telus dan memahami kehendak rakyat dan bukan kepada UMNO

A.B.U (Asal bukan UMNO) or A.B.C.D (Asal Bukan Cap Dacing)


jangka hayat UMNO semakin hampir tamat


 
Program Mesra Belia Batu Pahat dihadiri puluhan ribu bunian dan hantu

UMNO/BN canangkan satu dunia kononnya anak-anak muda kini bersama-sama dengan UMNO/BN.

Tapi lain pula kisahnya disatu program mesra belia anjuran UMNO/BN malam tadi di Dataran Penggaram, Batu Pahat, Johor.

Bukan niat dan tujuan nak aibkan UMNO mau pun nak jadikan rakaman gambar sebagai bahan guruan dan kutukkan, tetapi ini adalah kisah benar dengan gambar sebagai saksi berbicara.

Sila lihat rakaman gambar diatas...belia dan anak muda bersama UMNO/BN atau makhluk bunia dan hantu menyokong padu UMNO?

Bolehkah lagi UMNO anggap dan ingat Johor negeri UMNO paling kuat sekali dalam dunia disebabkan UMNO lahir di Johor?

Atau memang benar akan ramalan ramai rakyat dinegara ini yang dari Johor UMNO lahir dan di Johor juga UMNO akan dikuburkan.

INI KALILAH TUKAR.....JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSI


Pembaziran wang rakyat oleh ketua menteri melaka





Pembaziran duit rakyat hanya semata-mata untuk membeli no plat kenderaan rasmi kerajaan. Jumlah yang begitu banyak dari kaca mata rakyat lebih elok untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. memang ketua menteri melaka ini suka membazir duit rakyat tanpa memikirkan keperitan dan kepayahan rakyat dalam mencari sesuap rezeki dalam keadaan yang menghimpit kini.Lepas pembaziran pernikahan anaknya yang begitu besar kini duit di habiskan pada perkara yang tidak diperlukan. Inilah sikap pemimpin UMNO yang x memikirkan nasib rakyat yang memerlukan bantuan. Wahai rakyat buka la mata nilailah dengan hati yang telus siapa penyelamat kepada rakyat.Mereka ini sudah cukup banyak membazir selama 50 tahun. Di melaka sendiri banyak gajah putih yang tidak memberikan apa keuntungan pada rakyat malah rakyat terpaksa menanggung beban kerajaan. Jom selamatkan malaysia dari mereka yang cuba merompak kekayaan negara kita. Harta negara kita bukan milik pemimpin UMNO dan kroni mereka  tapi milik RAKYAT!!! JOM UBAH kita buktikan kuasa rakyat yang sebenar dalam PRU 13..
 

 


DR khalid kassim calon DUN Bukit Baru



 

Beliau merupakan seorang pengamal perubatan moden dan merupakan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka.

Sila layari Page FB beliau untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti dan info semasa beliau:


Facebook KAMI PRIHATIN Bukit Katil















Maklumkan pada kami masalah penduduk, bencana yang melanda dan pelbagai masalah di sekitar anda. Kami akan datang dan cuba untuk membantu menyelesaikan masalah anda. Kami cakna masalah anda.!


Dr khalid kassim melawat mangsa kebakaran di kampungku sayang







Gambar penuh boleh di dapati dalam page FB Dr. Khalid Kassim & KAMI PRIHATIN Bukit katil

KAMI PRIHATIN bukit katil:

Dr. Khalid Kassim


Produk jenama 1Malaysia oleh kerajaan BN




p/s: program tawaran bn pada rakyat malaysia


Rayuan sumbangan bantuan kebakaran


Rayuan sumbangan mangsa kebakaran En Daud di Kampungku Sayang 27.3.2013. Sumbangan anda amat bermakna meringankan bebanan beliau.



Thursday, 28 March 2013

UMNO RAJA PORNO DALAM MALAYSIA.


 Saifuddin: Nurul Izzah, MB pula mangsa video seks

Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim antara pemimpin PKR yang dikaitkan dengan dakwaan video seks terbaru yang mungkin dikeluarkan oleh Umno pada masa depan, dakwa Datuk Saifuddin Nasution.

Setiausaha agung PKR itu berkata, beliau sudah ditunjukkan "sedutan" dua video berasingan - video pertama didakwa aksi Nurul Izzah dan video kedua didakwa melibatkan bapanya - "dua atau tiga hari lalu".

NONESaifuddin mendakwa, agen Umno menggunakan video itu sebagai amaran kepadanya tetapi menurutnya PKR tidak gentar kerana isu itu kerana sudah terbiasa sejak dari dahulu lagi.

"Kita sudah menghadapi perkara itu sejak 14 tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Saifuddin juga dalam kenyataannya hari ini berkata, mereka menerima maklumat daripada "sumber yang boleh dipercayai" bahawa video itu dihasilkan melalui manipulasi imej digital.

Menurutnya, ia melibatkan pencantuman babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin berkenaan terbabit dalam salah laku seks.

Mengulas tindakan itu, beliau berkata, sudah menjadi lumrah perjuangan, termasuk dalam sejarah Islam apabila Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA sendiri diuji dengan dakwaan seksual.

"Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah. Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami," katanya.

"Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."

-MALAYSIAKINI BM-

P/S: UMNO haprak.menjahanamkan pemikiran anak2 malaysia.perosak agama dan bangsa.jom kita selamatkan malaysia dari mereka.INI KALILAH


'BN tak gugup nak bubarkan Parlimen'


BN tidak gugup berhubung pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13, Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan dengan tidak membubarkan Parlimen kerana ia dalam bidang kuasanya.

NONE"Kita (BN) tidak boleh gugup kerana 28 April akan tetap datang dan kita tidak boleh lari dari tarikh itu.

"Kita tidak takut kepada pembangkang, mereka yang gugup. Mereka mahu pilihan raya awal. Mereka gugup. Kita tidak. Kita tidak takut kepada mereka," tambah Nazri.
Beliau bagaimanapun mengakui bukan tradisi kerajaan untuk menunggu selama ini untuk membubarkan Parlimen, terutamanya apabila sebuah Dewan Undangan Negeri secara automatik akan bubar dengan sendiri esok.




P/S:BN seolah2 mengira tarikh kematian sendiri untuk menunggu 28 april 2013.X gugup nk bubar kalu x knpa biar N9 bubar sendiri? JOM KITA TALQINKAN BN SELAMANYA DALAM PRU 13 NIE!


Kit Siang ramal Pakatan menang 7 negeri


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meramalkan Perlis dan Negeri Sembilan adalah dalam jangkauan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13, sekaligus meningkatkan bilangan kerajaan negeri Pakatan daripada lima pada 2008 kepada tujuh pada 2013.

NONEDalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ahli parlimen Ipoh Timor itu menyatakan keyakinan bahawa gabungan itu boleh mengekalkan kuasanya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan menawan semula Perak.

Dengan kemampuan untuk menawan Perlis dan Negeri Sembilan, maka beliau mendakwa harapan Pakatan untuk menawan Putrajaya adalah cerah.

Bagaimanapun, Lim (kiri) mengakui bahawa kerajaan PAS Kedah dalam keadaan yang goyah.

Walaupun begitu, Lim berkata, 'tsunami politik' pada pilihan raya umum 2008 masih belum mencapai kemuncaknya.

"Pada pilihan raya umum lepas, angin anti-establishment bermula dari utara dan berhenti di Negri Sembilan. Ia bukan tsunami penuh. Ia belum mencapai kemuncaknya.

"Tsunami akan hanya reda apabila ia mencapai puncaknya. Saya percaya akan ada tsunami politik yang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang yang akan melanda seluruh negara," Sin Chew Daily memetik Lim sebagai berkata.

-malaysiakini bm-


Sunday, 24 March 2013

Negeri Cik Siti Wan Kembang


Subhanallah...
Dalam gambar ini menunjukkan Tuanku Sultan Kelantan bertanya sesuatu tentang keadaan warga tua yang terlantar sakit..
Sultan yang begitu zuhud & menjadikan Allah sebagai prinsip memerintah... Tidak dapat dibezakan dari segi penampilan apakah beliau rakyat mahupun Sultan.. Tuanku sentiasa berpenampilan sederhana pakaian harian Tuanku adalah jubah & kopiah..

Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21 , Tuanku adalah Sultan Kelantan , Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) sentiasa mencemar duli ke ceruk2 kampung menziarahi rakyat.
ALLAHUAKBAR!!!
 
 
p/s: pemimpin UMNO malu la sket dengan sultan kelantan....Hidup Tuanku


Hanya 10 minit sahaja?biar betul


KUALA LUMPUR 23 Mac: Tempoh 10 minit untuk parti politik membentang manifesto pilihan raya di RTM disifatkan tidak masuk akal, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
“Saya melihat idea ini tidak masuk akal, hanya melepaskan batuk ditangga. Mana cukup 10 minit nak bentang manifesto.
“Ini menunjukkan mereka (Umno BN) semakin takut terhadap Pakatan Rakyat. Ia tidak lebih untuk menunjukkan mereka terbuka dalam usaha menarik undi,” katanya dihubungi.
Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim membenarkan semua parti politik membentang manifesto mereka menerusi RTM selama 10 minit.
Muhammad Nur berkata, sebelum ini, cabaran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan perdana menteri dan disiar secara langsung juga tidak diendahkan.
Katanya, ia berbeza dengan media negara luar yang lebih bersikap terbuka dengan memberi ruang kepada parti politik mengemukakan idea masing-masing.
“Di Indonesia sejak pemerintahan BJ Habibie, kesemua parti politik diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengguna ruang media tanpa sekatan.
“Di India, pemerintah mahupun pembangkang diberi kebebasan sama rata, 50 peratus untuk televisyen dan 50 peratus  untuk radio.
“Tunku Abdul Rahman (mantan Perdana Menteri) dulu pun beri ruang selama 30 minit untuk parti pembangkang,” katanya.
Pakatan Rakyat, pada 25 Februari lalu melancarkan manifestonya, dengan menekankan 4 tonggak utama dalam usaha merakyatkan ekononomi, memupuk perpaduan kaum dan mensejahterakan negara.
Antara lain mewujudkan sejuta pekerjaan baru, menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan menurunkan harga kereta.
Pakatan juga berikrar meringankan kos sara hidup dengan menurunkan harga barang, harga petrol dan diesel, caj elektrik dan air, menghapuskan tol secara berperingkat, selain menyediakan 150,000 rumah mampu milik.

-keadilan daily-

p/s: UMNO guna 23 jam 50 minit dalam media untuk kempen lebih-lebih lagi TV3 suku.Untuk pakatan rakyat hanya di berikan 10 minit sahaja untuk bentang maniufesto akan tetapi realitinya semakin hari sokongan semakin kuat pada pakatan.Parlimen belum bubar lagi tue..emm pelik bin ajaib......ABU


pengecut rupanya samseng UMNO nie...


 
JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.
Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.
“Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno),” kata Ketua Umum KEADILAN itu.Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau cat merah.
Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah.Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor. ~keadilandaily


Hasan Ali dah masuk geng papagomo !


http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/562138_353338334774704_1186957407_n.jpg


Kesiann teman tengok nasib bekas Naib Presiden PAS ini ! Dulu dia hebat dan gah, terkenal sebagai seorang penceramah dan pakar motivasi tersohor. Dalam politik,, hingus belum cukup kering,, baru setahun jagung tetapi sudah terpilih sebagai Naib Presiden PAS,, wow ! cukup hebat !

Akhirnya kerana terlalu menunjuk pandai,, besar senduk dari mangkok, lebih lajak dari laju, lalu tersingkir dan terpecatlah dia dari PAS. Namun oleh kerana seleranya cukup besar, pengaruh dan populariti tak mahu kalah,, dia pun tubuh NGO bernama JATI untuk perjuangkan aqidah umat Islam konon!! Nampaknya perjuangan beliau tak sampai kemana pun! Almaklum, cerita memburukkan Anwar lebih banyak dari cerita aqidah !
Sekarang ini dia terang-terang bersekongkol dengan Papagomo yang mendakwa DS Anwar adalah pelakun dalam video lucah terbaru. Bab-bab tuduhan terhadap Anwar ini dia begitu mudah untuk percaya dan sokong. Kalau ada orang tuduh Anwar telah meliwat lembu dengan secepat kilat dia akan mengiyakan, walaupun tak ada bukti atau videonya belum siap. Maka dengan ini terserlahlah belang sebenar siapa Hasan Ali ! pernah mengaku beliau berbangga di bawah pendidikan sekular maka dunia sekularlah landasan hidupnya kini. Ketokohannya selama ini sebagai seorang ilmuan hilang terpadam, kehebatan sebagai seorang pejuang Islam hancur bersepai !
Lagi satu hal, Hasan ni sejak di awal penyingkirannya lagi beliau telah meletakkan dirinya sebaris dengan Datuk Nalla dan Datuk T taukeh video lucah. Justeru bukanlah pelik hari ini beliau mencari geng busuk yang baru - blogger Papagomo. Pendek kata ramai dah tokoh-tokoh lidah bercabang sudah menjadi gengnya, termasuk Ibrahim Ali alKatak, Zul Kulim peguam pengangkat fail, Zahid Mad Arif cucu puaka Ghafar Baba dan lain-lain.

Mari kita mengimbau sedikit sejarah sebelum Hasan alJATI ini disingkirkan dari PAS. Sifat egonya jelas sekali, keputusan Majlis Syura ulamak PAS beliau engkari. Di belakang,, dia banyak cerita, di depan rupa-rupanya dia jadi Pak angguk dan Pak turut. Dalam diam-diam dia mahu saf kepimpinan dikuasai ulamak dan dia seolah-olah mahu membawa PAS berundur kebelakang. Nasib baik dia sudah dipecat ! PAS sangat-sangat tidak memerlukan pemimpin yang kaya dengan sifat munafik sepertinya!


(update) isu MKN pintas email dari pembangkang


PKR tidak bimbang mengenai kemungkinan e-mel mereka dipintas oleh kerajaan, seperti dakwaan yang tersebar luas di Internet, kerana tiada apa yang perlu disembunyikan, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Bagaimanapun, katanya, tindakan yang didakwa melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu harus tetap dikecam kerana agensi kerajaan, termasuk pasukan keselamatan sepatutnya menjaga keamanan dan bukan merisik aktiviti pembangkang.

NONE"Tak ada apa-apa yang kita takutkan kerana kandungan emel PKR atau Pakatan sendiri tiada apa-apa yang perlu disembunyikan," kata Surendran (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam surat yang mulanya dimuat naik dalam blog Milosuam itu, MKN dikatakan menghantar surat kepada perdana menteri mengenai "Laporan Strategi Pakatan Pembangkang" yang menurutnya diperoleh daripada pintasan emel.

Sebuah yang bertarikh dalam bulan ini didakwa daripada seorang pegawai kanan MKN kepada Datuk Seri Najib Razak Razak.

Malaysiakini cuba menghubungi pegawai MKN tersebut dan Milosuam untuk ulasan bagaimanapun belum ada sebarang jawapan diberikan setakat ini. Manakala artikel itu juga tidak boleh lagi dilayari.

Sementara itu, Surendran menuntut aktiviti merisik pembangkang dihentikan segera jika benar berlaku kerana ia bukan amalan negara maju seperti United Kingdom.

"Ia tidak adil kerana pihak keselamatan dipaksa kerajaan untuk merisik pembangkang. Tugas mereka sepatutnya menjaga keamanan," katanya lagi.

-malaysiakini bm-


inikah fungsi MKN selama nie???


 

KUALA LUMPUR 23 Mac: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta membuat penjelasan berhubung satu surat yang mula beredar di laman-laman media sosial seperti Facebook dan blog.

Surat yang mula tersebar semalam itu menunjukkan ia dari MKN dan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Kandungan surat itu antara lain menyebut satu lampiran disediakan berhubung laporan strategi Pakatan Pembangkang yang diperolehi melalui ‘pintasan emel’ dan ditandatangani Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata Thajudeen perlu menafikan atau mengesahkan tentang surat tersebut bagi mengelakkan tanggapan negatif terhadap fungsi sebenar majlis itu.

Beliau berkata sama ada surat berkenaan benar atau merupakan fitnah, Thajudeen perlu memberi penjelasan segera.

“Bagaimanapun, saya percaya mungkin dia akan menafikannya,  tapi kita tunggu penjelasan daripadanya,” tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. ~keadilandaily


apa dah jadi dengan parlimen hisamuddin di sembrong?



Dianggarkan kira-kira 20,000 orang sedang membanjiri Johor Bharu mendengar pidato dari pemimpin Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Hadirin mula tiba sejak jam 8 malam lagi walaupun dikhabarkan beberapa kain rentang dirosakkan syaitan yang dikenali.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi DAP negeri, Boo Cheng Hau dan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Parlimen ini diwakili veteran Umno, Shahir Samad yang digugurkan dari kabinet selepas perdana menteri, Najib Altantuya menggantikan Abdullah Badawi pada April 2009.

Pada pilihanraya umum lalu, Shahir menewaskan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi.

Terdahulu, Salahuddin dalam ucapannya mendakwa ahli parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein dikatakan akan lari dari kawasan parlimennya mencari kerusi yang lebih selamat.

Salahuddin mendapat maklumat terbaru berdasarkan perkembangan semasa yang dilihat pengundi parlimen itu kini semakin kritikal dengan khidmatnya sebagai ahli parlimen.

Dikatakan Hishammuddin akan bertanding di parlimen Kota Tinggi yang kini disandang Syed Hamid Albar yang memilih untuk tidak mempertahankan kerusinya.

Sembrong merupakan kerusi campuran dengan pengundi Melayu kira-kira 54 peratus, Cina 36 peratus dan kaum India kira-kira sembilan peratus.

Hishammuddin menang dengan majoriti 11,570 undi tetapi angka tersebut dijangka berubah pada trend menurun hingga kini dianggap berstatus kelabu (50-50).

Selain itu, faktor perubahan undi pengundi muda dan pengundi kali pertama yang tidak memihak Hishammuddin antara sebab mengapa dia kini hampir pasti bertanding di Kota Tinggi yang dianggap kubu kuat Umno.

Nampaknya KEADILAN terus menampilkan muka-muka baru sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan politik bagi mencapai sasaran menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

Malam tadi, Anwar mengisytiharkan ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Ken sekali lagi dicalonkan mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal kedua dalam jelajah yang sama di Kuang, Rawang, Selangor malam tadi.

SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 23 Mac 2013)

Johor Bharu - Tan Poh Lai
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
Padang Serai - N Surendran
Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
Pandan - Rafizi Ramli
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin 
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
Segamat - Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 23 Mac 2013)

Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)

addin


DAP tanding guna lambang PAS dialu-alukan


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13.


“Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily.

Mustafa memberikan reaksi kepada cadangan Lim yang menyatakan kesediaannya untuk bertanding di bawah lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Di Twitter, bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melahirkan kebimbangan timbul konspirasi untuk mengelakkan partinya bertanding di PRU13.

“Tiada sebab untuk ROS untuk membatalkan DAP! Tapi konspirasi tertinggi di dalam jabatan mainan kotor BN akan menggantung/membatalkan DAP supaya lambang Roket tidak boleh digunakan pada PRU13 kerana BN takut pada PRU13.

"(Saya telah) memberitahu wartawan bahawa BN bersalah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan DAP dengan tidak mengikut perlembagaan supaya simbol roket tidak dapat digunakan di PRU. Maka dengan itu, calon-calon DAP akan bertanding sebagai calon bebas atau meminjam logo PAS/PKR. Jika BN salahguna kuasa, saya mungkin akan guna logo PAS di PRU13 untuk menguatkan PR,” tulis Lim di Twitter.

Semalam, bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa DAP diambil tindakan oleh ROS kerana gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman pula berkata ia menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Rahman dipetik berkata notis telah diberi kepada seorang pemimpin tertinggi DAP untuk memberi keterangan tapi pemimpin tersebut memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Sementara itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13.

“Adalah tidak adil untuk membatalkan DAP di saat menjelang pilihanraya umum ke 13. PAS melihat tindakan itu lebih bermotif politik,” tegas beliau.


Tuesday, 12 March 2013

muhasabah pru-13



Gambar TGNA Di Hadiahkan Wallet Bagi Menggantikan Sampul Surat.. Saksikanlah!!






Seorang hamba Allah bersusah payah buat beg duit Handmade dan menghadiahkan pada Tuan Guru Nik Aziz. 
Dia terlihat Tuan Guru hanya menggunakan sampul surat untuk simpan duit dan merasa sedih dengan keadaan tersebut.


Ayahanda PEKIDA Isytihar Sokong Pakatan Rakyat


 
 
 
 
PERAK 11 MAC: Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN,  Pengerusi Pekida Perak Tengah,  Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan.“Pekida adalah NGO, bukan parti politik.

Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13,” kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.

Sabri juga mengakui bukan mudah untuk menyatakan sokongan kerana pendirian beliau itu menyebabkan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakannya, cuba merampas kedudukannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pekida.“Pernah rampasan kuasa cuba dibuat pihak tertentu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pekida tanpa pengetahuan.

Tap, mana boleh mesyuarat agung diadakan tanpa kehadiran pengerusi?” katanya.Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka. ~keadilandaily


DUN S'gor mungkin bubar bulan ini


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan ini.

Diminta mengulas mengenai perkara itu, beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya belum berhasrat untuk mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN itu.

NONE"Kita (kerajaan negeri) sudah buat keputusan untuk membubarkan DUN dalam bulan ini, tetapi untuk setakat ini kita tidak akan umumkan lagi bila (tarikh) pembubaran itu berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Shah Alam hari ini.

Pada Februari lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal (dari pembubaran Parlimen).

Namun baginda meminta agar kerajaan negeri mengumumkan tarikh pembubaran tersebut dalam keadaan serta cara yang tertib dan teratur.

Mandat DUN Selangor akan tamat pada 22 April ini.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bahawa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina projek kondominium mewah sama seperti projek Datum Jelatek di sembilan kawasan di sekitar Selangor, Abdul Khalid berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh PKNS.

Tambahnya, pihaknya tidak akan membantah sekiranya PKNS mahu melaksanakan projek-projek perumahan mewah itu kerana ia boleh memberi pulangan pelaburan yang besar kepada Selangor.

"Saya tidak tahu mengenainya...tetapi apa yang saya boleh katakan jika projek seperti itu (kondominium mewah) dilaksanakan, sememangnya ia akan memberikan pulangan pelaburan yang besar kepada negeri ini," katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk kalangan rakyat Selangor mendesak projek kondominium mewah Datum Jelatek yang akan dibangunkan di Jalan Jelatek, Kampung Datuk Keramat, dibatalkan.

Mereka menggesa kerajaan negeri menggantikan projek mewah itu dengan perumahan mampu milik dan kawasan berkenaan dikekalkan sebagai penempatan Melayu.

-malaysiakini bm-


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59