Saturday, 9 February 2013

Video : Program Taklimat dan Motivasi Petugas Pilihanraya DUN Bukit Baru


Sabtu 9 Februari 2013 - Majlis Tindakan DUN ( MTD ) Bukit Baru dengan jayanya telah menganjurkan majlis Taklimat dan Motivasi Petugas Pilihanraya yang disertai puluhan amilin daripada kalangan pemuda, muslimat dan muslimin dari seluruh Unit Peti Undi ( UPU ) di bawah DUN Bukit Baru. Majlis yang dimulai dengan ucapan daripada Pengarah MTD saudara Sofi Wahab dan kesemua Penyelia - Penyelia DUN Bukit Baru itu turut disertai dengan suntikan motivasi oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Ustaz Mohd Noor Omar.

Sofi Wahab dalam ucapannya menegaskan tentang kepentingan para petugas UPU memberikan sepenuh tumpuan kepada gerak kerja jemaah. Ujar beliau, semenjak beberapa bulan lepas, satu pasukan di peringkat MTD telah bergerak setiap minggu bertemu dengan rakyat di Bukit Baru. Pasukan ini yang kebanyakannya terdiri daripada 'veteran' PAS ini turun selang beberapa hari dalam seminggu ke rumah - rumah, ada ketikanya dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dapat merangkumi puluhan rumah dalam masa seminggu.

Sebahagian jentera saf petugas PRU PAS DUN Bukit Baru - "Kami sudah bersedia."

"Oleh dengan itu, setiap UPU perlu menyediakan pasukan yang sama, walaupun dalam keadaan yang minima, turun seberapa mampu yang boleh bertemu dengan masyarakat. Dalam masa yang berbaki ini, kita harus menginfakkan masa, tenaga, peluh, buah fikiran dan wang riggit demi kemenangan islam. Jangan kita hanya menjadi tukang tengok dan tukang sorak." saran beliau, yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil.


Manakala Dr. Khalid Kassim ( gambar - kanan sekali ), bekas timbalan pengarah Hospital Besar Melaka yang merupakan salah seorang daripada Penyelia DUN Bukit Baru dalam ucapan beliau menyebut, dalam gerakan islam di mana jua di muka bumi ini kita perlu bergerak dengan kolektif dan penuh tawaduk serta istiqamah.

"Kita inginkan islam menang, bukannya seorang individu yang menang sebagai calon. Kita sebagai amilin mesti mempunyai jati diri yang kukuh dan utuh, tentunya kita bersatu atas faktor persamaan pendapat dan meraikan perbezaan pendapat sesama kita. " ucap beliau.


Sedutan Motivasi Jentera Pilihanraya oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Noor Omar

Laporan oleh : Musab Umair

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59