Saturday, 16 February 2013

Pakatan Rakyat sudah sedia ambil alih Melaka



MELAKA: Sekretariat Pakatan Rakyat Melaka, sudah bersedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri dari Barisan Nasional. Keyakinan ini dilihat berputik dari sokongan padu rakyat Melaka terhadap ketiga-tiga parti komponen Pakatan iaitu PAS, KeADILan dan DAP.

Walaupun banyak pihak mentertawakan hasrat dan kemahuan Pakatan ini, tetapi ianya tidak mustahil akan berlaku, rakyat dewasa kini sudah terdedah kepada maklumat dari media baru khususnya pengundi muda.

Mereka ini adalah silent voters yang hanya menunggu masa untuk mengundi dan mengenepikan kerajaan BN dari Seri Negeri.

"BN sudah tidak dapat menutup mata, memekakkan telinga rakyat dan menutup pekung di dada mereka semuanya telah terdedah kepada umum. Rasuah, penyalahgunaan kuasa, amalan kronisme, keborosan dan ketirisan sudah menzalimi rakyat lebih dari 54 tahun.


Siapakah lagi yang boleh bertahan dengan pemerintah semacam ini?" soal sekretariat PR dalam satu kenyataan.

Oleh itu, berdasarkan congakan pemerhati politik dalam negeri bahawa Pakatan Melaka akan memenangi sekurang-kurangnya 18 kerusi.

Kerusi-kerusi tersebut sudah tentu kerusi majoriti pengundi Cina, kawasan campuran dan beberapa kerusi majoriti Melayu. Walaupun BN Melaka perasan mereka begitu gagah tetapi itu syok sendiri kerana majoriti rakyat hari ini tidak menzahirkan sokongan mereka secara terbuka. Mereka akan tahu bila pengiraan undi dibuat nanti.

Sumber : Harakah
28 SAFAR - 1 RABIULAWAL 1434 / 11 - 13 JANUARI 2013

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59