Thursday, 7 February 2013

OKU pohon bantuan


MELAKA: Seorang Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Isa Mohamad, 42, dari Kampung Solok Air Budi, Masjid Tanah, di sini, merayu bantuan pihak-pihak yang berkaitan agar memberikan bantuan yang sewajarnya kepada beliau.

Beliau mengalami kelumpuhan separuh badan dari paras pinggang ke bawah sejak 2004 apabila terjatuh daripada pokok dan mempunyai dua anak iaitu Nurul Syafiqah, 17 tahun dan Mohd Loqman Hakim, 16 tahun yang masih bersekolah.


Menurut Mohd Isa bahawa beliau dan dua anaknya kini bergantung hidup hasil daripada pendapatan isterinya,
Siti Zarina Abdul Manan, 43, sebagai pekerja kilang sebanyak RM500 sebulan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM180 sebulan.

Pendapatan isterinya juga tidak menentu kerana sering sakit selepas diserang strok dan kini mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis serta terpaksa berulang-alik ke hospital setiap bulan.

“Saya harap JKM menaikkan bantuan bulanan saya yang tak pernah naik sejak 2004 dan meminta bantuan
kewangan daripada orang ramai bagi membeli kerusi roda khas berharga RM2,500 disebabkan kerusi yang sedia ada tidak sesuai.

“Kerusi roda ini kusyennya keras telah menyebabkan punggung saya luka berlubang dan terpaksa dicuci dua kali sekali dengan ubat khas dan kapas yang juga memerlukan wang untuk membelinya,” katanya kepada Harakah di sini baru- baru ini.

Beliau juga mengharapkan pihak berkaitan membantunya untuk berdikari dengan memberi tunjuk-ajar dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan kerana sebelum ini niat tersebut terhenti separuh jalan disebabkan JKM menolak permohonannya.

“Saya boleh berjalan dengan bantuan kerusi roda tapi bila buat kertas kerja JKM tolak, kata saya tak layak sebab tak berkemampuan, jadi macam mana saya nak mulakan perniagaan tanpa bantuan modal walaupun telah mengikuti Kursus Usahawan JKM di bawah Program Pembangunan OKU,” ujarnya.

Sesiapa yang ingin membantu bolehlah menghubungi beliau di nombor 017-2290781 atau menyalurkan terus ke akaun Maybank beliau bernombor 154044754112.

Sumber : Harakah 20 - 22 RABIULAWAL 1434 / 1 - 3 FEBRUARI 2013

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59