Tuesday, 5 February 2013

Kerjasama mantap Pakatan di Melaka


KUALA LUMPUR: Gabungan serta persefahaman jitu merupakan intipati terpenting dalam usaha Pakatan Rakyat menawan dan ‘meruntuhkan’ keangkuhan Dato’ Seri Mohd Ali Rustam yang mendakwa Melaka akan kekal bernaung di bawah Kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Mat berkata, Pakatan Rakyat di Melaka berusaha bersungguh-sungguh untuk merubah landskap politik negeri tersebut, akibat daripada pelbagai permasalahan yang melanda Kerajaan Negeri pimpinan Ali Rustam khususnya berkenaan dengan rasuah, korupsi dan pembaziran.

Katanya, pimpinan muslimat PAS di Melaka khasnya telah bersama-sama dengan kepimpinan wanita DAP dan KeADILan untuk turun padang bagi menerangkan masalah-masalah yang telah ditimbulkan oleh Ali Rustam dan implikasinya terhadap rakyat.

“Kami bersama kepimpinan wanita dari DAP dan KeADILan kerap mengadakan pertemuan bersama rakyat berkenaan pelbagai isu dan masalah yang telah dilakukan Ketua Menteri. Kami di pihak muslimat sendiri telah gunakan ‘tagline’ ‘sutera kasih tautan hati’ bagi dekatkan diri rakyat bersama kami”, katanya kepada Harakah pada 7 Januari lalu.

Selain itu, Kintan yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, menerangkan bahawa daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan di Melaka, 13 diberikan kepada PAS, lapan DAP dan tujuh KeADILan.

Tambahnya lagi, daripada 13 kerusi Dun yang diberikan kepada PAS, salah satu kerusi iaitu di Dun Sungai Rambai akan diisi oleh dirinya selaku Ketua Muslimat PAS Melaka.

Harakah 28 SAFAR – 1 RABIULAWAL 1434 / 11 – 13 JANUARI 2013 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59