Thursday, 7 February 2013

Berhati-hati jebak Umno menjelang PRU13



MELAKA: Ahli PAS perlu berhati hati dengan jebak yang dipasang Umno dalam isu kalimah Allah yang bertujuan untuk mengelirukan dan memerangkap sesama kita kononnya PAS sudah lari daripada landasan sebenarnya.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, ahli PAS perlu berhati- hati dengan jebak yang dipasang Umno yang memainkan isu kalimah Allah untuk memerangkap sesama ahli di dalam jemaah.

"Sepatutnya Perlembagaan Malaysia dah boleh selesaikan isu ini tapi Umno sengaja membiarkannya bagi kepentingan politik mereka yang menggunakan isu agama, kaum dan raja dekat-dekat nak kalah ni.

"Perlembagaan negara dengan jelas tidak mengizinkannya dan keputusan kita selari dengan Perlembagaan Malaysia.

"Langsung tak bercanggah antara kenyataan Presiden dengan Majlis Syura PAS yang cuba dilaga lagakan oleh Umno sebab kenyataan awal Presiden itu dibuat dengan berhikmah," kata beliau dalam majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang diadakan di Hamas, Markas PAS Jasin di sini.

Sementara itu, Salahuddin menegaskan kepada petugas parti agar meningkatkan gerak kerja dan akur dengan keputusan yang dibuat parti menjelang PRU13 terutamanya berkaitan soal calon dan sebagainya.


"Bila diputuskan jemaah,patuhlah dan bertawakal kepada Allah, Insya-Allah ada keberkatannya dan menang atau kalah Allah yang tentukan yang penting kita laksanakan tanggungjawab parti yang kita pikul.

"Kerana yang utama sekarang ini ialah kita menjatuhkan Umno-BN untuk kita gantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang akan mengangkat kembali maruah rakyat dan bagi menjamin keadilan kepada semua.

"Umno dah terlalu lama menyamun dan merosakkan rakyat serta.negara ini, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat yang cintakan negara ini berjuang bersungguh-sungguh menolak kerajaan yang korup ini," ujarnya.

Selain Salahuddin antara pembentang kertas- kerja pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang diadakan di Hamas, Markas PAS Jasin itu adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Asmuni Awi.

Sumber : Harakah 20 - 22 RABIULAWAL 1434 / 1 - 3 FEBRUARI 2013

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59