Wednesday, 6 February 2013

Bekas KM Melaka Mimpi Di Hujung Usia


KUALA LUMPUR: Cadangan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik supaya diwujudkan larangan penggunaan nama Islam pada parti politik konon untuk mengelak disalahguna disifatkan sebagai “mimpi di hujung usia”.


Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang (gambar) berkata, Rahim juga barangkali “mudah lupa” kenyataan Umno-BN itu sudah pun jelas di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu pada 22 Mac 2001 yang menetapkan tiada halangan penamaan Islam pada pertubuhan dan parti politik.

“Kenyataan Rahim itu seolah-olah mahu meniru apa yang pernah berlaku pada zaman Mustafa Kamal Attaturk di Turki sedangkan gerakan negara sedunia mutakhir ini seperti Mesir sedang beralih menyokong politik ke arah Islam,” jelas Ustaz Ahmad.

Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 31 Mac 2000 antara lain menyebut “tiada halangan untuk menggunakan perkataan ‘Islam’ oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ihsan.”

Bernama Selasa lalu melaporkan Rahim antara lain mendakwa parti politik yang menggunakan nama Islam boleh memburukkan imej agama itu sendiri serta pemakaian nama Islam pada PAS hanya demi kepentingan
politik.

Sumber : Harakah edisi 16 – 19 RABIULAWAL 1434 / 28 – 31 JANUARI 2013

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59