Monday, 7 January 2013

TPM: BR1M boleh dinaik ke RM1,000 jika BN menang


Ketika rakyat Malaysia menunggu menjelang pilihan raya umum ke-13, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata wang tunai RM500 untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh ditambah kepada RM1,000 dan menjadi dasar kekal jika BN mengekalkan Putrajaya.

Menurut laporan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News, Muhyiddin berkata semasa sesi bertemu rakyat di Tanjung Malim semalam bahawa BR1M akan diberi "bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan ".

Sekiranya pendapatan nasional dan hasil cukai melebihi RM125 bilion, kerajaan akan menimbang menaikkan pemberian wang tunai RM500 itu kepada RM1,000, kata Muhyiddin, yang juga timbalan presiden BN.

Agensi Berita Nasional, Bernama melaporkan bahawa Muhyiddin juga berkata BR1M diberikan untuk memastikan bahawa pendapatan rakyat tidak akan terjejas oleh kenaikan harga.

Muhyiddin juga mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya oleh pembangkang yang mendakwa kerajaan BN telah mengecewakan rakyat.

Beliau berkata bahawa kemakmuran dan keamanan membuktikan bahawa kerajaan BN berada di landasan yang betul untuk terus memerintah negara.

kredit: malaysiakini

P/S: belum pilihanraya TPM dah mengunakan politik wang demi membeli undi rakyat.Bangkitlah Rakyat jangan biar diri kita di gula2kan oleh sang pemerintah...ABU!!!!!!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59