Tuesday, 31 December 2013

Pemuda PAS Kawasan Bukit Bantu Gerakkan 11 PASTI


Mengedarkan flyes PASTI di pasar malam Bt. Berendam
Di dalam kesibukan masyarakat membuat persiapan anak-anak ke sekolah. Tidak ketinggalan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil membantu salah satu institusi pendidikan yang bernaung di bawah organisasi Dewan Pemuda PAS iaitu PASTI.


Thursday, 26 December 2013

Kenaikan Kos Hidup, Segera Mobilisasi Kesedaran Rakyat


Kerajaan didesak untuk fahami mesej rakyat dan segera mengambil tindakan wajar untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. 

Demikian ditegaskan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (gambar) merujuk kepada dapatan kajian yang dilakukan oleh University of Malaya Centre of Democracy and Elections (UMcedel) yang dibentgangkan semalam.

Kajian itu mendapati sekurang-kurangnya seramai 1,676 responden telah menggeneralisasikan keresahan rakyat terhadap perkembangan kenaikan kos sara hidup yang tinggi setelah 6 bulan Pilihan Raya Umum Ke-13 berlalu. 


Monday, 23 December 2013

Selepas Bangladesh, Mesir Dan Turki.. Kini Giliran PAS?


Dunia dikejutkan dengan hukuman mati terhadap Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Quader Mullah (gambar).

PAS melalui kenyataan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyifatkan perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.


Saturday, 21 December 2013

Sidang Media Membantah Kenaikan Harga Barang Pakatan Rakyat negeri Melaka



Pagi tadi (20/12/2013) diadakan sidang media Pakatan Rakyat Negeri Melaka berkaitan membantah kenaikan harga cukai. Semua kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memberi sokongan. 


Thursday, 19 December 2013

Pencerahan Mat Sabu Berkenaan Isu Syiah


Ramai yang meletakkan persepsi apabila Tuan memilih mengagumi pemimpin yang berfahaman Syiah itu, bahawa Tuan juga sealiran dengan mereka. Adakah tuan rasa tercalar dengan dakwaan itu?

MAT SABU: Saya tidak kisah orang mahu burukkan nama saya. Tetapi hari ini apabila saya berdepan orang ramai, saya tidak nampak semakin buruk sebaliknya semakin ‘harum’.

Jika dahulu hanya segelintir sahaja yang datang bersalam dengan saya, tetapi hari ini ramai datang bersalam tidak kira Melayu, Cina, India, orang tua, muda budak kecil juga datang kepada saya.


Tuesday, 17 December 2013

Anak gesa SKM siasat mesyuarat khas KPF



KUALA LUMPUR: Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendesak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyiasat perjalanan Mesyuarat Agung Khas yang dijalankan Koperasi Permodalan Malaysia Berhad (KPF) pada 27 Oktober lalu.


Monday, 16 December 2013

Syahidnya Abdul Qader Mulla jadi inspirasi aktivis Islam


KUALA LUMPUR: Kematian Abdul Qader Mulla (gambar) tidak dinafikan lagi adalah syahid dan almarhum akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Bangladesh tetapi juga kepada seluruh aktivis Islam di seluruh dunia.

Pembuktian yang direkacipta oleh para hakim yang korup jelas adalah di bawah arahan kerajaan dan bertujuan politik semata-mata.

Demikian ditegaskan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin; Timbalan Pengerusi Jama'iy Perak, Zulkifli Ibrahim; Timbalan Presiden Teras, Wan Tarmizi Abdul Aziz dan Yang Dipertua Salimah, Datin Aminah Zakaria dalam kenyataan media bersama, hari ini, sebagaimana di bawah.


Saturday, 14 December 2013

Syiah: Pemuda PAS pastikan tekanan kuat kepada Umno BN


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan memastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini.

“Saya ingin menyatakan keazaman Pemuda PAS Malaysia untuk menggembleng tenaga seluruh pemuda Pakatan Rakyat dan aktivis anak-anak muda dari pelbagai bangsa, jalur fikrah dan latar belakang untuk bersatu memberikan tekanan yang sama ke arah Umno BN yang telah menekan rakyat Malaysia dengan seribu satu bebanan,” ujar ketuanya, Suhaizan Kaiat.


Friday, 13 December 2013

Pemuda PAS bentuk jawatankuasa sesi 2013-2015


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baharu jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015. 

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, hasil dari mesyuarat DPPM semalam, beberapa portfolio penting berjaya diisi. 

Mohd Nasaie Ismail dilantik sebagai Setiausaha DPPM, Ustaz Yussaine Yahya (Bendahari), Ustaz Zaharuddin Mohamad (Ketua Penerangan) manakala Pengarah Pilihanraya adalah Mohd Sany Hamzan.


Saturday, 30 November 2013

Pemuda PAS mesyuarat semula 5 Dis, lantik SU


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan mesyuarat sekali lagi bagi melengkapkan perlantikan anggota Dewan Harian sayap itu.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, mesyuarat pertama yang diadakan Khamis lalu, telah berjaya membuat perlantikan bagi jawatan Bendahari, Ketua Penerangan dan juga Pengarah Pilihan Raya.


Friday, 29 November 2013

Apakah rakyat Malaysia perlu hidup melarat demi melayan ego Dr Mahathir?


Sering kali ramai yang bertanya, apakah negara ini diuruskan untuk kesejahteraan rakyatnya atau untuk melayan ego kepada seorang bekas perdana menteri yang tidak habis-habis mencampuri urusan negara walaupun sudah 10 tahun bersara?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) memberikan amaran kepada kerajaan, memansuhkan sistem Permit Import (AP) kereta akan menyebabkan riwayat dua kenderaan nasional Proton dan Perodua tamat.


Saturday, 23 November 2013

Ada ahli PAS 'terkejut' konsert Gig Green Zone


SHAH ALAM: PAS menjelaskan konsert Gig Green Zone yang diadakan di Stadium Malawati malam tadi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan PAS berhubung program-program hiburan. 

Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam berkata, PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda. 

 Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'. "PAS bukan baru sekali menganjurkan konsert melibatkan artis-artis namun pertama kali diadakan menjelang muktamar dan mungkin ada yang terkejut dengan perkara 'baru' sebegini," kata beliau pada sidang media di Stadium Malawati petang tadi. 


Thursday, 14 November 2013

KBS bayar K-Pop RM1.6 juta, bukan penaja - Khairy


KUALA LUMPUR: Sekali lagi persoalan berkait bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop ketika sambutan Hari Belia 2012 dijawab untuk kali kedua.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menjelaskan, sememangnya bayaran itu telah dibuat oleh pihak kementerian dan bukan oleh pihak syarikat swasta selaku penaja seperti asalnya.

"Memang benar konsert ini telah dibiayai oleh kementerian."Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja dibuat kerana ketika itu ada tawaran pihak swasta untuk menaja.


Wednesday, 13 November 2013

Isu zakat, SAR diketengah dalam sidang Dun Melaka


MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim akan memastikan isu berkaitan dengan umat Islam di negeri ini mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.


Sama ada ia berbentuk penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat atau pembelaan kepada institusi berkaitan, beliau akan membawa perkara itu pada persidangan Dun.



Begitupun, selaku wakil rakyat kepada penduduk berbilang kaum di Dun Bukit Baru, permasalahan setempat akan terus disentuh dan disalurkan kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkenaan.




Monday, 11 November 2013

Ketua Penguatkuasa Jaip mati ditembak bukti jenayah makin teruk


KUANTAN: Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Nazri Ahmad meminta pihak polis dan kerajaan mengambil langkah serius membendung jenayah pembunuhan dan tembakan.

Katanya, kes terbaru pembunuhan KetuaPenolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raflie Ab Malik(gambar) yang mati selepas terkena tiga das tembakan hari ini, membuktikan jenayah tersebut kini bukan sahaja berkaitan dengan gangsterisme malah melarat ke bidang agama.

Sambil melahirkan rasa sedih, beliau mahu pihak berkuasa segera memberkas penjenayah tersebut bagi menghormati isntitusi agama.


Sunday, 10 November 2013

Suhaizan Kayat - dinamik, inklusif, peduli


Membawa motto 'Dinamik, Inklusif, Peduli', calon Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berikrar akan menterjemahkannya dalam lima agenda utama yang dibawa bersama.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Suhaizan berkata kelima-lima agenda yang dibawa beliau itu terangkum dalam motto yang digunakan, di mana dinamik itu dari sudut tarbiyah, inklusif dari sudut dakwah dan peduli dari sudut rakyat.


Friday, 8 November 2013

TG Nik Aziz terima Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate



KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat Anugerah Khas Ikon Anak Muda Kelate oleh kerajaan negeri.


Thursday, 7 November 2013

Najib, Ghani Patail bakal kepanasan tak lama lagi?


Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara, Ghani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini.


Wednesday, 6 November 2013

BN Berbelanja RM15.5 Juta Tetapi Hanya Dapat Kelebihan 456 Undi


Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.


Tuesday, 5 November 2013

PAS Berjaya Pertahankan, BN Gagal Di Sg. Limau


Barisan Nasional (BN) gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat, di samping wang dan tokoh-tokoh besarnya.

PAS berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,084 undi apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samad mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dalam pertandingan satu lawan satu.


Friday, 1 November 2013

Sg Limau: Pemuda PAS serah memo kepada Agong



JERAI: Dewan Pemuda PAS Kedah hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Yang DiPertuan Agong berhubung dakwaan penyalahgunaan premis awam dan eksploitasi kakitangan kerajaan untuk kempen BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.


Thursday, 31 October 2013

Ijtihad politik dan PAS


Kebelakangan ini, istilah ijtihad politik meniti di bibir penggiat politik terutama ketika berseminar, berdiskusi atau berborak mengenai politik. Istilah ini menjadi popular akibat pengaruh persekitaran politik negara yang melalui fasa-fasa baru politik yang dicorakkan oleh badan politik dan bukan politik sesuai dengan perkembangan dan realiti semasa.

Bagi sebahagian orang, istilah ini terasa seperti baru walaupun hakikatnya istilah ijtihad dan politik adalah istilah yang diguna pakai melebihi seribu tahun, khususnya dalam sumber-sumber rujukan Islam. Muaz bin Jabal menggunapakai istilah ijtihad semasa menjawab pertanyaan Rasulullah SAW mengenai kaedah beliau akan menjatuhkan hukuman jika berhadapan dengan sesuatu kes yang tidak ada petunjuknya daripada al-Quran dan sunnah [rujuk Sunan Abi Daud: 3119]. Sementara istilah siyasah [politik] disabdakan oleh baginda ketika menjelaskan mengenai Bani Israel yang dipimpin oleh para nabi [rujuk Sahih al-Bukhari: 3196 dan lain-lain].


Wednesday, 30 October 2013

Sultan Brunei lancar buku Qanun Jenayah Syariah


Buku Qanun Jenayah Syariah: Satu Pengenalan dan The Shari’ah Penal Code: An Introduction telah dilancarkan oleh Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini. 

Pelancaran dibuat semasa Majlis Ilmu 2013 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-67 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam. 


Tuesday, 29 October 2013

Melaka Dapat Ketua Pemuda Yang Baru


Bukit Katil : Dewan Pemuda PAS Melaka mendapat kepimpinan baru apabila Ketua dan Naib Ketua baru dipilih pada Muktamarnya Sabtu lalu. 

Jauhar Md Dawi (gambar) dan Muhsin Jamaat dilantik masing-masing sebagai Ketua dan Naib Ketua yang baru, manakala Timbalan Ketua sessi lalu Ustaz Musa Mohammad mengekalkan jawatannya tanpa sebarang pertandingan. 


Monday, 28 October 2013

Syariah boleh dilaksanakan di negara ini - Prof. Aziz Bari


Undang-undang syariah yang turut terkandung hukum hudud boleh dilaksanakan di negara ini walaupun dianggap bertentangan dengan undang-undang negara yang disifatkan sekular.

Pakar undang-undang perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, berkata undang-undang syariah tidak dilaksanakan di Malaysia kerana pemimpin negara itu sendiri yang tidak mahu melaksanakannya, sedangkan ia boleh diperbaiki melalui undang-undang negara yang sedia ada.


Sunday, 27 October 2013

Mengapa PAS bantah GST?


KUALA LUMPUR: Kerajaan BN masih meneruskan kerja borosnya manakala memangsakan rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk meningkatkan pendapatan.

“Oleh itu, PAS tetap membantah pelaksanaan GST,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Katanya, pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan apabila kerajaan mula bertanggungjawab untuk mengurangkan pengurusan operasi dan bukannya terus berboros dengan duit rakyat.


Thursday, 24 October 2013

Dialog anak muda bersama Anwar Ibrahim di Melaka Sabtu ini (26 Okt)


KUALA LUMPUR 23 OKT: Anwar Ibrahim Club (AIC) akan mengadakan program ‘Meet Anwar Melaka’ pada Sabtu 26 Oktober ini. 

Program berkenaan akan diadakan di King Hotel, Lebuh Ayer Keroh Melaka. Waktu acara ialah dari 4 petang hingga 6 petang dan masuk adalah percuma. 


Tuesday, 22 October 2013

Sungai Limau: Pakatan angkat suara anak muda


Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh calon anak muda Ustaz Mohd Azam Abdul Samat yang diumumkan bagi mewakili PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau pada 4 November ini. 

“Kami yakin akan kemampuan anak muda ini untuk membawa inspirasi dan suara anak muda di dalam Dun Kedah kelak dan mampu menggalas tugas yang ditinggalkan oleh mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak,” kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.


Ustaz Azam Samad Calon PAS PRK Sg. Limau


Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai Ustaz Mohd Azam Samad (gambar) diumumkan secara rasmi sebagai calon PAS bagi PRK Dun Sg Limau. 

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam majlis ceramah pengumuman calon di Sungai Limau malam ini. 


Monday, 21 October 2013

Anak muda perlu serius 'terjun' dalam masyarakat


PETALING JAYA: Penglibatan wanita muda secara khusus dalam masyarakat masih rendah terutama perlibatan diri secara sukarela yang menuntut kepada kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk bersama.

Menurut Ketua Ameerah Malaysia Dewan Muslimat PAS Pusat Fareedah Samad berkata, anak muda hari ini harus lebih serius untuk mengambil tempat dalam masyarakat melalui agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).



Sunday, 20 October 2013

Sahabatku, perjuangan bukan hanya...



1. Perjuangan bukan hanya buah fikir yang dilontar menerusi medium wacana.

2. Perjuangan bukan hanya lantunan suara tinggi yang dilambung menerusi pembesar suara.


Mahathir Mengaku Pernah Beri Rasuah


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengakui politik wang masih berleluasa dalam Umno dan mengakui perwakilan yang mengundi pada pemilihan kali ini didalangi dengan kerenah politik wang.

Beliau berkata rakyat tidak perlu berharap kerajaan untuk membetulkan sistem sedia ada kerana mereka masih tidak mampu memperbaiki kelemahan dalam Umno.


Friday, 18 October 2013

PRK Sg Limau: PAS pertaruh calon muda



PETALING JAYA: PAS akan meletakkan calon muda bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.


Thursday, 10 October 2013

Pakatan Bakal Tawan Putrajaya, Tidak Perlu Kerjasama BN


Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyangkal pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kewujudan ruang kerjasama antara Umno dan PAS dengan menyatakan bahawa gabungan kerjasama itu tidak perlu kerana Pakatan Rakyat mempunyai peluang terbuka luas menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak. 

Muhammad berkata, parti komponen PR sepatutnya bersedia mengukuhkan parti untuk membentuk kerajaan dan jangan menerima agenda tersembunyi Barisan Nasional (BN) bagi menjalinkan kerjasama. 


Wednesday, 9 October 2013

PRK Sungai Limau: PAS Teliti Calon 10 Okt


KUALA LUMPUR: PAS akan meletakkan calon yang diyakini boleh mencapai kemenangan, sekaligus mempertahankan kerusi N.20 Sungai Limau pada pilihan raya kecil itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata PAS juga akan meneliti calon-calon yang disenarai pendekkan PAS Kedah itu bersesuaian serta mampu meneruskan legasi kepimpinan almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.

"Tidak kira calon itu orang muda, profesional atau apapun, yang penting calon itu calon yang boleh menang dan diterima pengundi di kawasan tersebut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.


Tuesday, 8 October 2013

Kejohanan Badminton Piala Harapan Pemuda PR Bukit Katil




YB Adun Bukit Baru, Dr. Khalid Kassim menghadiri dan menyampaikan hadiah sempena kejohanan badminton Piala Harapan anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan Bukit Katil.


Thursday, 3 October 2013

KBS Penipu, Konsert K-Pop Bernilai RM1.6 Juta Bukan Tajaan


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membelanjakan RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu. 

Laporan Ketua Audit Negara 2012 semalam mendedahkan penganjuran konsert itu datangnya daripada dana kerajaan meskipun KBS menafikan tahun lalu dengan mengatakan kos konsert itu ditanggung penaja. 


Tuesday, 1 October 2013

PRK: PAS Gesa SPR Ambil Kira Tarikh Muktamar


KUALA LUMPUR: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan bermesyuarat Khamis ini agar mengambil kira Muktamar Tahunan PAS dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau. 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan bermuktamar pada 21 hingga 24 November ini, iaitu dalam tempoh 60 hari PRK perlu diadakan. 

"Harapan PAS agar pertimbangan diberi supaya tidak bertembung muktamar. 

"Sebaik-baiknya SPR pertimbangkan kerana memang sukar untuk PAS mengubah tarikh muktamar yang sudah dirancang lama," katanya kepada Harakahdaily. 


Monday, 23 September 2013

Laksana 4 Program Tarbiah - Ustaz Tuan Ibrahim


BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS di peringkat cawangan dan kawasan mesti memastikan empat program tarbiyah wajib dijalankan iaitu usrah, tamrin, muqayyam dan rehlah. 

"Dengan usrah dan program-program tersebut fikrah dan amalan ahli dan pimpinan akan mantap dan tidak timbul soal tidak faham perjuangan dan pergeseran sesama sendiri," ujar beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil ke-10 di sini hari ini. 


Sunday, 21 July 2013

Amalan-amalan Yang Dikasihi Allah di Bulan Ramadhan


اعمال يحبها الله في رمضان
Amalan-amalan Yang Dikasihi Allah di Bulan Ramadhan

أولا: الجلوس بعد صلاة الفجر إلى طلوع الشمس لذكر الله ثم صلاة الضحى
Pertama :
Duduk selepas solat fajar sehingga terbit matahari untuk berzikir kemudian solat sunat dhuha

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "من صلى الصبح في جماعة، ثم جلس في مصلاه يذكر الله حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كان له مثل أجر حجة وعمرة تامة".. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "تامة تامة تامة". رواه الترمذى
Daripada Nabi S.A.W. telah bersabda " Sesiapa yang solat subuh berjamaah, kemudia ia duduk di tempat solatnya berzikir mengingati Allah sehinggalah terbit matahari, kemudian ia solat dua rakaat, adalah baginya ganjaran seumpama haji dan umrah sesempurnanya
ثانياً:الذكر
**********

Kedua :
Zikirullah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"ألا أنبئكم بخير أعمالكم ، و أزكاها عند مليككم ، و أرفعها في درجاتكم ، و خير لكم من إنفاق الذهب و الورق ، و خير لكم من أن تلقوا عدوكم ، فتضربوا أعناقهم و يضربوا أعناقكم ؟ قالوا : بلى يا رسول الله قال : " ذكر الله " صحيح الإسناد
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Apakah kamu mahu aku memberitahu kamu sebaik-baik amalan kamu, sebersih-bersih amalan di sisi Pemilikmu, setinggi-tinggi pada kedudukan kamu, sebaik- baik ganjaran daripada infaq emas dan perak, sebaik-baik ganjaran daripada kamu bertemu musuhmu, maka kamu memancung tengkuk mereka dan mereka memancung tengkuk kamu? Mereka berkata : " Bahkan ya wahai Rasulullah"..Rasulullah S.A.W bersabda : " Zikrullah ".
ثالثاً:الصدقة
*************

Ketiga :
Bersedekah
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"إن صدقة السر تطفىء غضب الرب تبارك وتعالى }[صحيح الترغيب].
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Sesungguhnya sedekah secara tersembunyi itu menutup kemurkaan Allah Tabaraka wa Ta'ala "

وروى البخارى عن ابن عباس رضى الله عنهما , كان رسول الله صلى الله عليه و سلم : " أجود الناس , و كان أجود ما يكون فى رمضان حين يلقاه جبريل عليه السلام , و كان يلقاه كل ليلة فى رمضان فيدارسه القرآن فلرسول الله صلى الله عليه و سلم أجود بالخير من الريح المرسلة .
Diriwayatkan oleh Bukhari daripada Ibnu Abbas RAhma, adalah Rasulullah seorang yang sangat dermawan, dan Baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan ketika bertemu Jibril AS, dan adalah Jibril menemui Baginda pada setiap malam Ramadhan dan mengajar Baginda Al Quran, kedermawan Rasulullah S.A.W melebihi angin yang berhembus

رابعاً:عمرة رمضان
**********

Ke empat :
Umrah di bulan Ramadhan
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
": عمرة فى رمضان كحجه معى" .( متفق عليه)
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Umrah di bulan Ramadhan seperti menunaikan haji bersertaku "

خامساً: السحور
**********

Ke lima :
Bersahur

قد اجتمت الائمة على إستحبابه , فعن أنس رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه و سلم قال (( تسحروا فإن السحور بركة ))رواه البخارى و مسلم

Telah sepakat para ulama pada hukumnya sunat. Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda " Bersahurlah kamu sesungguhnya sahur itu keberkatan "

سادسا: تعجيل الفطر
********

Ke enam :
Menyegerakan berbuka

يستحب للصائم أن يُعجل الفطر متى تحقق غروب الشمس فعن سهل بن سعد رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر )) رواة البخارى و مسلم .
و ينبغى ان يكون الفطر رُطبات وتراً فإن لم يجد فعلى الماء , فعن انس رضى الله عنه قال (( كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يُفطر على رطبات قبل أن يُصلى , فإن لم يكن فعلى تمرات , فإن لم تكن حسا حسوات من ماء )) رواه ابو داود و الحاكم وصححه الترمزى وحسنه 
Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa ia menyegerakan berbuka apabila telah yakin tenggelam matahari. Daripada Sahal bin Saad RA bahawasabta Nabis S.A.W. telah bersabda :" Tidak akan putus kebaikan manusia selama mana mereka menyegerakan berbuka".Dan sayugianya berbuka itu dengan 'ruthob' pada kiraan ganjil, jika tidak ada , berbuka dengan minum air. Daripada Anas RA berkata, "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji ruthob (tamar basah) sebelum solat, jika tiada ruthob Baginda berbuka dengan tamar, dan sekiranya tamar tiada, baginda akan berbuka dengan air." (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Kata Tirmidzi ia hadis hasan )

سابعا: الدعاء عند الفطر و أثناء الصيام
**********

Ke tujuh :
Berdoa ketika berbuka dan berpuasa

روى ابن ماجه عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( إن للصائم عند فطرة دعوة ما تُرد ))
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al As RAhuma bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda :" Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada satu doa yang tidak ditolak".

و روى الترمزى بسند صحيح انه صلى الله عليه و سلم قال (( ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر و الإمام العادل و المظلوم )) .
Diriwayatkan oleh At Tirmizi dengan sanad yang sahih bahawasanya Nabi S.A.W telah bersabda :" Tiga orang yang doa mereka tidak ditolak : Orang yang berpuasa sehinggalah berbuka, Imam yang adil dan orang yang dizalimi ".

ثامنا: السواك
**********

Ke lapan:
Bersiwak
يستحب للصائم أن يتسوك أثناء الصوم و لا فرق بين اول النهار و آخره
و قال الترمذى (( و لم ير الشافعى بالسواك , أول النهار و آخرة بأساً )) و كان النبى صلى الله عليه و سلم يتسوك و هو صائم .
Disunatkan bagi orang yang berpuasa bahawa bersiwak ia ketika ia berpuasa dan tiada beza samaada pada awal siang atau akhirnya. Berkata Tirmizi ( As Syafie tidak berpandangan siwak itu suatu yang salah samaada di awal atau akhir hari ...) dan adalah Rasulullah S.A.W. bersiwak sedangkan ia berpuasa.

تاسعا: الإجتهاد فى العبادة فى العشر الأواخر من رمضان
**********

Ke sembilan :
Bersungguh-sungguh beribadat pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

روى البخارى و مسلم عن عائشة رضى الله عنها أن النبى صلى الله عليه و سلم (( كان إذا دخل العشر الأواخر أحيى الليل , و أيقظ أهله , و شد المئزر )) و فى رواية مسلم (( كان يجتهد فى العشر الأواخر ما لا يجتهد فى غيره ).
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada A'isyah RAha, bahawasanya Nabi S.A.W. apabila masuk sepuluh yang terakhir (Ramadhan )..baginda menghidupkan malam ( dengan ibadah ), membangunkan keluarganya dan mengikat kainnya ..dan pada riwayat Muslim ( adalah Baginda bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir apa yang Ia tidak bersungguh lakukan pada selainnya

dipetik daripada: http://takwinfardilmuslim.blogspot.com


Sunday, 7 July 2013

RAMADAN, AL-QURAN DAN KITA



Ramadan dan al-Quran satu ikatan yang tersimpul mati. Apabila disebut Ramadan, di samping puasa, kita akan teringatkan penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran). Bulan Ramadan bulan yang diturunkan dalamnya al-Quran. Penurunan al-Quran itu dua peringkat; pertama, dari Luh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah (langit dunia). Kedua, dari langit dunia kepada Nabi s.a.w secara berperingkat-peringkat dalam tempoh sejak Nabi Muhammad ditabalkan menjadi rasul sehingga baginda wafat iaitu selama 23 tahun.
Para sarjana tidak berbeza pendapat bahawa al-Quran turun (Nuzul al-Quran) dalam bulan Ramadan. Ini kerana Allah sendiri yang menjelaskan bahawa al-Quran itu turun dalam bulan Ramadan. Firman Allah: (maksudnya)
“Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia” (Surah al-Baqarah, 185).
Namun begitu sarjana berbeza pendapat tentang berapa haribulankah Ramadan penurunan itu berlaku? Ada yang berpendapat ia diturunkan pada 21hb Ramadan. Pendapat ini dipegang oleh beberapa orang ulama, antaranya tokoh Sirah yang terkenal al-Syeikh Safiyy ar-Rahman al-Mubarakfuri seperti yang beliau sebut dalam karyanya Rahiq al-Makhtum. Ada juga yang berpendapat 24hb Ramadan kerana bersandarkan hadis riwayat al-Imam Ahmad yang menyebut: “…Allah turunkan al-Quran pada 24hb Ramadan”. Hadis ini disahihkan oleh sebahagian ulama, dihasankan oleh sebahagian yang lain. Terdapat juga sarjana yang mendaifkannya disebabkan kritikan terhadap salah seorang rawi iaitu Imran bin al-Qattan. Namun ada riwayat lain daripada Ibn ‘Abbas yang boleh menyokong riwayat ini. Di sana ada lain-lain pendapat tentang haribulan Nuzul al-Quran ini.
Di tempat kita biasanya kita mendengar tarikh Nuzul al-Quran pada 17hb Ramadan. Ini juga salah satu pendapat yang telah sesetengah sarjana kemukakan. Pun begitu pendapat ini mendapat kritikan sebahagian sarjana yang lain atas beberapa alasan. Antaranya, al-Quran sendiri menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada Malam al-Qadr (Lailatul Qadar). Ini seperti yang Allah sebut dalam Surah al-Qadr: (maksudnya)
“Sesungguhnya Kami telah turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr” (ayat 1).
Hadis-hadis Nabi s.a.w pula banyak yang menjelaskan bahawa Malam al-Qadr itu berlaku pada salah satu dari sepuluh malam yang akhir bulan Ramadan. Maka, sepatutnya penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) dalam lingkungan sepuluh yang akhir. Tokoh ilmu al-Quran yang terkenal al-Imam al-Zarqani menyebut dalam karyanya Manahil al-‘Urfan:
“Kemudian di sana ada pendapat yang menyatakan bahawa pemulaan Nuzul al-Quran itu pada 17hb Ramadan. Itulah merupakan Malam al-Qadr menurut sebahagian pendapat. Namun pandangan itu menyanggahi pendapat yang masyhur yang disokong oleh hadis sahih”. (1/52, Beirut: Dar al-Fikr).
Apapun perbezaan pendapat yang ada, kesemua umat akur bahawa al-Quran itu turun pada bulan Ramadan. Sarjana hanya berbeza pendapat tentang haribulannya sahaja. Masing-masing telah mengemukakan alasan mereka.
Penghayatan
Lebih penting dari itu semua, kita hendaklah menghayati tujuan al-Quran itu diturunkan kepada manusia. Ia bukan sebuah kitab sekadar untuk dibaca dan diperlagukan tanpa memahami tujuan ia diturunkan. Jika ramai orang boleh membaca al-Quran, melagukannya, menghiasinya dengan ukiran dan solekan yang indah namun enggan mendalami dan menghayati tujuan penurunannya, maka al-Quran tidak akan berfungsi dalam kehidupan manusia. Ia seakan seorang pesakit yang membaca jadual ubatnya, menulisnya dengan indah dan cantik tetapi tidak memakannya. Firman Allah: (maksudnya):
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. (Surah al-Baqarah, 185).
Itulah tujuan penurunan al-Quran. Ia menjadi petunjuk, menjelaskan petunjuk tersebut serta memampukan pembacanya membezakan antara yang benar dan yang salah. Antara haq dan batil. Itulah cahaya insan dalam menerangi cabaran kehidupan di dunia ini. Hal ini tidak mungkin diperolehi jika kita sekadar berlagu dan menggantungnya di dinding rumah dan pejabat tanpa melakukan tadabbur (penelitian kandungan). Allah menyebut dalam Surah al-Israa: (maksudnya)
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul, dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (ayat 9-10)
Kita semua ada kelemahan, kita juga mungkin tidak berjaya menjadi insan yang melaksanakan seratus peratus isi kandungan al-Quran tetapi kita sentiasa wajib beriman bahawa jalam hidup ini ialah mengikuti isi kandungan al-Quran, bergerak dan berusaha menghayatinya dari masa ke semasa adalah tanggungjawab seorang yang beriman. Kejayaan kita ialah dengan memahami dalam melaksanakan isi kandungan al-Quran. Kita hendaklah membaca al-Quran sehingga dapat membezakan antara yang benar dan yang salah. Antara yang ikhlas dan yang pura-pura. Antara yang membela kebenaran dan yang memperjudikan kebenaran. Ini amat penting sepanjang masa, apatahlagi di zaman dunia yang penuh kekaburan dan kekeliruan. Tidak berpada sekadar melagukan, bertanding dan menggantung di dinding-dinding tanpa memperdulikan isi yang tersurat dan tersirat di sebalik tulisan yang tersemat.
Jangan juga kita lupa bahawa pada zaman ini akan ada yang menggunakan al-Quran untuk mendapatkan wang ataupun harta dunia dari manusia. Sabda Nabi
“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, bertaraf hasan).
Jangan hairan jika kita bertemu dengan mereka yang meminta wang bacaan al-Quran kononnya sebagai bayaran pahala kepada si mati, ataupun membaca al-Quran dengan segala lengangan lagunya hanya semata-mata untuk mendapatkan wang. Bukan itu tujuan al-Quran diturunkan!
Tulisan oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dipetik daripada http://drmaza.com


Thursday, 13 June 2013

Pusat Aduan Adun Bukit Baru


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru akan dibuka secara rasminya bermula 16 Jun 2013. Pusat ini akan beroperasi di No 12, Jalan Bayan, Taman Bukit Katil, Melaka.

Oleh yang demikian, 1 majlis perasmian akan diadakan pada 16 jun 2013 pada jam 2.30 petang. jemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan dan memeberi sokongan kepada perjuangan rakyat.


--PAS FOR ALL--


Thursday, 25 April 2013

Umno Main Kotor.. Banner, Risalah Fitnah Mula Tersebar


 
 Banner dan risalah provokasi telah mula di kesan di sekitar bandar Melaka. Melalui maklumat yang di e-mel oleh  sahabat Addin banner ini di letakkan di sekitar Taman Sin Hoe, berhadapan Tokong dan Perpustakaan Negeri di sekitar DUN Bukit Baru. 
Banner dan risalah provokasi ini bertujuan untuk mengelirukan pengundi terutamanya pengundi Melayu dan Cina yang merupakan penduduk majoriti di DUN Bukit Baru. 
Untuk rekod, DUN Bukit Baru akan di tandingi oleh calon PAS, Dr. Khalid Kassim merupakan mantan Timbalan Pengarah Hospital Negeri Melaka. DUN Bukit Baru adalah salah satu DUN yang berada dalam Parlimen Bukit Katil.

Untuk rekod, Parlimen Bukit Katil akan di tandingi oleh Ali Rustam dan Shamsul Iskandar, Ketua AMK Pusat.
Dan DUN Bukit Baru adalah DUN berpotensi untuk di menangi oleh Pakatan Rakyat berdasarkan  analisa keputusan PRU 2008, komposisi kaum dan mood rakyat yang mahukan perubahan.
 

 


Punca Sebenar Dato' Kamalia Ibrahim Tanding Calon Bebas Terbongkar


Bekas naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim hari ini mendedahkan kenapa dia sanggup menjadi calon Bebas untuk bertanding walaupun tahu dia bakal dipecat dari parti.
Kepimpinan tertinggi Wanita Umno tiada tempat dalam pilihanraya umum 5 Mei ini merupakan punca utama mengapa Kamilia tidak teragak-agak menyerahkan kertas pencalonannya bertanding di parlimen Kuala Kangsar menentang calon Umno sendiri, Wan Muhamad Khairil dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Khalil Idham Lim.
Ternyata kekecewaan Kamilia yang sudah menggerakkan kerja berkempen sejak setahun lebih rupanya dipandang seperti sampah tak berguna apabila hanya diberi tempat sebagai calon DUN Bukit Chandan walaupun berjawatan pemimpin nombor dua wanita dalam Umno.
Malah BEKAS ketuanya, Shahrizat Jalil yang pantas mempertahankan keputusan presiden Umno, Najib Razak dan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Zambry Abdul Kadir tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejutan yang dilakukan Kamilia bertujuan untuk tidak menambah garam pada luka yang sudah pun parah.
Alasan Zambry bahawa suara akar umbi lebih mahukan Khairil juga dilihat dangkal kerana pengundi tegar Umno yang selama ini diwakili BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar, Rafidah Aziz, sudah maklum bahawa Kamilia lah calon yang sesuai diletakkan berbanding dengan Khairil yang lebih rapat dengan pemimpin Umno atasan.
Tindakan Zambry menempelak Kamilia bukti satu lagi perpecahan tak terduga, bukan setakat dialami Umno Perak malah di seluruh negara.
Malah Najib sendiri kelmarin sudah mula mengeluarkan arahan supaya Kamilia 'diberi perhatian sewajarnya' kerana tanda-tanda untuk belot dari parti ternganga luas.
Wanita Umno yang selama ini dianggap tulang belakang kepada kemenangan parti itu kini sudah ibarat kupang tembaga tak laku seduit pun.
Bayangkan bagaimana wanita Umno bersusah payah merayu undi dari rumah ke rumah, berpanas dan berhujan serta sanggup bersengkang mata menyiapkan bahan kempen untuk dipasang oleh Pemuda Umno, kini itu semua sudah tidak bermakna lagi.
Mungkin sesetengah dari kita bersetuju dengan kenyataan Zambry bahawa Kamilia hanya mementingkan diri dari parti, tetapi lihatlah siapa pula barisan calon wanita Umno yang diketengahkan kali ini.
Bukannya hendak memandang rendah kemampuan Azalina Othman Said di parlimen Pengerang, Noriah Kasnon di parlimen Sungai Besar serta ketua puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin di parlimen Papar, tetapi kesemua mereka cuma setakat menjadi timbalan menteri sahaja melainkan Azalina yang dilantik menteri semasa pentadbiran Abdullah Badawi, itu pun atas kouta puteri Umno sebelum digugurkan apabila mencecah usia 40 tahun.
Saya melihat Shahrizat dari sisi lain kesan daripada pemecatan automatik Kamilia kerana umum sudah mengetahui persengketaan lama antara dua pemimpin tertinggi Umno dan BN itu semasa isu skandal lembu RM250 juta yang membabitkan keluarga Shahrizat.
Ketika itu, Kamilia dilihat terlalu vokal menghentam Shahrizat hinggakan kedua-dua mereka terpaksa ditenangkan seketika takut-takut persiapan pilihanraya umum terjejas hingga boleh menyebabkan kekalahan BN.
Dan kali ini giliran Kamilia pula ditempelak Shahrizat dengan mengatakan keputusannya hanya bernafsu peribadi bagi mengejar impiannya mencabar Shahrizat sebagai ketua wanita Umno dalam pemilihan agung parti itu yang sudah tertangguh lebih tiga tahun.
Kata orang, pulang paku buah keras.
Dipercayai ada campur tangan supaya Kamilia hanya diletakkan sebagai calon DUN seperti mana yang dilakukan ke atas ketua penerangan wanita Umno, Hamidah Osman yang bertanding di DUN Sungai Rapat.
Kamilia mungkin sudah mengetahui had dan sekatan yang ada sekiranya hanya menang di kerusi DUN kerana setakat cuma dilantik sebagai Exco kerajaan negeri pun belum tentu dia terpilih kerana perlu pula bersaing dengan Hamidah untuk melengkapkan kouta wanita Umno dalam kerajaan negeri.
Hamidah diletak sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan HARAM Zambry tetapi dikhabar mempunyai masalah dengan Umno bahagian Gopeng hingga surat rayuan turut dihantar kepada Zambry jam 12 tengah malam beberapa hari sebelum BN mengumumkan calonnya.
Itulah sebabnya dia terus mara mempertahankan haknya bertanding di kerusi parlimen kerana merasakan peluangnya untuk mencabar Shahrizat sebagai bosnya seterusnya menjawat jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat terbuka luas.
Rata-rata pengundi di Kuala Kangsar akan mengundi Kamilia berbanding dengan pencabarnya, Khalil Idham sekiranya pertandingan dua penjuru diadakan kerana Khalil sendiri pun mempunyai masalah dengan pengundinya di DUN Titi Serong.
Tetapi itu tidak berlaku dan Umno sendiri memilih jalan berliku menghadapi tentangan Kamilia dan Khalil untuk mempertahankan kerusi yang menjadi kubu kuat Umno selama ini tetapi hampir roboh ekoran Rafidah cuma menang lebih 1,400 undi dalam pilihanraya umum lalu.
Kamilia melihat kepupusan calon wanita Umno semakin serius selepas pengumuman Shahrizat tidak bertanding dan sebab itulah dia diberi 'restu' untuk berkempen di Kuala Kangsar bagi meneruskan warisan Rafidah di bandar diraja Perak itu seberapa lama yang boleh.
Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Rafidah dimalukan Shahrizat semasa pemilihan wanita Umno dan dendam lama Shahrizat terhadap Rafidah kini terpaksa dipikul pula oleh Kamilia yang pada jam 10.45 pagi semalam sudah pun mengumumkan keluar dari Umno berkuat kuasa serta-merta.
Pembunuhan karekter Kamilia oleh pemimpin Umno sendiri lebih dahsyat berbanding dengan penarikan diri calon Umno bagi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang seakan didiamkan walaupun kesannya lebih dahsyat dari tindakan Kamilia.
Muhyiddin tidak perlu bersusah payah mengarahkan pejabat agung Umno mengeluarkan surat pemecatan Kamilia kerana jika dihantar sekalipun ia pasti akan dilayan sebagai sampah berdaftar sebagaimana yang dilakukan ke atas batang tubuh dan prinsip perjuangannya selama ini.
Jika Anwar Ibrahim yang pernah menjawat pemimpin kedua dalam Umno boleh dimalukan semahu-mahunya, apalah sangat dengan orang nombor dua dalam pergerakan wanita!
Inilah budaya 'pembunuhan' sebenarnya dalam Umno kerana tidak ada siapa yang akan dipancung jika terus mencium tangan presidennya.


Punca Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Melaka Di Ubah Saat-Saat Akhir Tersebar


 
Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka melalui Ketua Penolong Pengarah, (Dakwah) pada 18hb April 2013 telah mengutus surat kepada Pengerusi Jawatan Kuasa SurauJalan KPS,Taman Krubong Perdana, Melaka mengarahkan ceramah agama oleh Ustaz Azhar Idrus yang dijadulakan berlangsung malam ini 21hb April 2013 ditangguhkan atas alasan tidak mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Melaka.
Nampak sangat Kerajaan UMNO Melaka gentar dengan individu bernama Ustaz Azhar Idrus hanya disebabkan berlainan anutan politik.
UMNO sedar akan fenomena Ustaz Azhar Idrus dikalangan umat Islam dinegara ini..Kuliah atau ceramahnya akan menarikh puluhan ribu umat Islam datang mendengar. Ini yang menyebabkan Ali Rustam amat takut sekali.

Namun bagi pencinta Islam, ceramah Ustaz Azhar Idrus di ubah ke hadapan Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka bermula jam 8.00 malam ini (21 April 2013). Kepada yang berkesempatan di jemput hadir.

Kebathilan yang kuat pasti tumbang akhirnya.. Kebenaran walaupun lemah pasti tetap akan muncul.


"Watikah Saya Di Rompak"


 
KUALA LIPIS – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya ke-13 bagi kerusi Parlimen Lipis yang digugurkan pada saat akhir walaupun setelah menerima watikah pencalonan menyatakan kesedihan dan marah dengan apa yang berlaku namun tetap reda.

Bekas pensyarah, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata, beliau berasa marah dan dukacita kerana watikah yang sudah ada dalam tangannya bertukar tangan dengan menggunakan teknik sabotaj.

"Saya marah sebab watikah sudah ada pada saya tetapi dirompak oleh Ketua Bahagian Umno Lipis dan kumpulannya.“Bukan saya sahaja yang disabotaj tetapi turut sabotaj parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Namun begitu, beliau tetap menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang kerana melayakkannya menjadi ‘calon boleh menang’ bagi BN.

Beliau turut menyatakan hasrat akan turun berkempen membantu calon BN bagi Dun Ceka dan Benta selain melahirkan harapan agar BN menang pada PRU13. ~sinar harian


Memalukan!! Muhyiddin Lapor Kemenangan Palsu BN


Tindakan timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN), Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN Senggarang semalam dikesali.
Ini kerana dakwaan orang nombor dua BN itu terbukti bohong sedangkan hakikanya kesemua kerusi parlimen dan DUN ada pertandingan di seluruh negara.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon PAS, Dr Ramli Mohamad Kari akan bertanding di situ melawan calon BN.
Kira-kira jam 1.20 petang semalam, TV3 mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang, Johor.Sehingga berita ini ditulis, laporan berita itu masih disiarkan dalam laman web TV3.
"Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor.
"Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan," lapor TV3.Berita itu memetik kata-kata Muhyidin yang memperlekeh calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan.
Terbukti berita itu palsu apabila SPR mengesahkan penyertaan calon PAS Dr Ramli Kari di situ."PAS bertanding di DUN Senggarang. Segala berita mengatakan BN menang tanpa bertanding di Senggarang adalah palsu," tulis laman Facebook PAS Kawasan Batu Pahat."


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59