Tuesday, 14 February 2012

Nasib Pengayuh Beca Melaka




Apakah peranan kerajaan dalam membantu pengayuh beca?

Harian Metro hari ini melaporkan mengenai nasib pengayuh beca yang bertajuk "Jurujual Pelancongan". Mengayuh sehingga lebih lapan jam sehari, tetapi gagal mendapat seorang pun pelanggan sudah menjadi asam garam buat penarik beca di bandar ini.

Namun, itu tidak dijadikan alasan untuk mereka mengalah bagi meneruskan legasi pengangkutan awam tertua di negeri ini.

Jika 11 tahun lalu beca masih relevan untuk mengangkut penumpangnya ke pasar, sekolah termasuk mengangkut barangan dibeli pelanggan, kini penarik beca hanya membawa pelancong yang mahu bersiar-siar di kawasan tumpuan pelancongan.

Tugas mereka bukan sekadar mengayuh, malah perlu menjadi ‘jurujual’ dengan berteriak memanggil pelanggan, menawarkan khidmat, juga seperti pemandu pelancong, pencerita kisah sejarah, selain terpaksa berpanas atau dibasahi hujan.

Dengan bergantung kepada kudrat tulang empat kerat, mereka perlu bersabar menanti kunjungan pelancong yang kadang-kadang hanya mampu memperoleh pendapatan RM10 sehari atau jika bernasib baik mampu mengaut lebih RM100.

Mereka kini hanya bertumpu di kawasan pelancongan di Bandar Hilir di sini, dengan jumlah lebih 150 penarik beca yang aktif melakukan tugasan itu terdiri daripada mereka berusia seawal 14 hingga 67 tahun.

Adakah pihak kerajaan memberikan sumbangan kepada pengayuh beca ini? Difahamkan pengayuh beca ini tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan kecuali mendapat sumbagan dari sebuah syarikat telekomunikasi yang turut memberi sumbangan kepada mereka.

Sumbangan lain adalah dari sebuah syarikat telekomunikasi Digi yang telah menaja ke semua beca di Melaka semenjak 8 tahun yang lepas. Digi menyumbang RM50 untuk hari raya. Digi juga memberi sumbagan sebanyak RM30 sebulan selepas ditolak RM20. Setahun Digi bagi RM240 dan tambah sekali ganda RM240 untuk menjadikan RM480 setahun. Ia bagaikan insentif kepada kami.

Pihak Digi juga mengadakan jamuan pada bulan Ramadhan dan juga pada musim perayaan. Selain itu, Digi memperuntukkan kepada setiap pengayuh beca sehelai baju T bagi setiap bulan. Maka untuk setahun kami dapat 12 helai baju T dari pihak Digi. [sini]
Zack Farhan


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59