Monday, 3 December 2012

Kenyataan Media: Ketua Menteri Melaka diberi tempoh tujuh hari isu PERTAM



Kenyataan Media berkenaan:
PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA (PERTAM)
PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB)


PENGENALAN

PERTAM merupakan satu-satunya agensi yang menguruskan Kemajuan Tanah Adat di dalam negeri Melaka. Fungsi yang baik ini menjadi harapan kepada rakyat negeri Melaka supaya pengurusan tanah lebih efisien dan mendatangkan manfaat.

Sejarah dan fungsi PERTAM:
a. Ditubuhkan pada 14 Mei 1991
b. PERTAM menjalankan beberapa projek pembangunan yang melibatkan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah termasuk tanah estet melalui proses pengambilan balik tanah.
c. Fungsi PERTAM adalah membangunkan sektor hartanah samada secara maju sendiri, secara usahasama atau secara penswastaan.
d. PERTAM mempunyai 3 buah anak syarikat:
• PERTAM Construction Sdn. Bhd.
• PERTAM Properties Sdn. Bhd.
• PERTAM Trading Sdn. Bhd.
• Pertam Teamcoat Management Services Sdn Bhd

Namun, pengurusan dan pentadbiran agensi ini sering dipandang serong. Rentetan daripada Laporan Ketua Audit Negara yang menegur corak pentadbiran dan pengurusan PERTAM ini.

Berikut merupakan keratan daripada Laporan Ketua Audit Negara:

1. PENEMUAN AUDIT (JULAI - OGOS 2011)
a. 2008 : PCSB mengalami kerugian sejumlah RM0.25 juta
b. 2009 : PCSB mengalami kerugian sejumlah RM1.02 juta
c. 2010 : PCSB memperoleh keuntungan sebelum cukai sejumlah RM0.17 juta
d. Kerugian meningkat sebanyak RM0.77 juta dari tahun 2008 ke 2009.
e. Kerugian terkumpul sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM6.78 juta dengan beban hutang sebanyak RM6.26 juta.
f. Rujukan (Sumber: Penyata Kewangan PCSB):
 
• Pendapatan dan Perbelanjaan Serta Untung/Rugi Sebelum Cukai PCSB Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010
• Trend Pendapatan, Perbelanjaan Dan Untung/Rugi Sebelum Cukai PCSB Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010

*PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB)
(Dahulunya dikenali sebagai Pembangunan Pembinaan Melaka Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 8 Mac 1983 dan bertukar nama berkuatkuasa pada 18 Februari 1998)


2. HASIL LAPORAN AUDIT BERPENDAPAT PENGURUSAN DANPELAKSANAAN PRJEK OLEH PERTAM CSB TIDAK MEMUASKAN:
  • PCSB mensasarkan untuk menyertai sekurang-kurangnya 10tender dan memperoleh sekurang-kurangnya 2 projek dalam setahun bagi tahun 2009 – 2011. 
  • 2008 – Jun 2011 : PCSB menyertai 20 tender (19 untuk projek agensi kerajaan, 1 swasta). Penyertaan dari 13 tender bagi tahun 2008 menurun setiap tahun sehingga tiada tender disertai dalam tahun 2011.
  • PCSB tidak berjaya memperoleh sebarang projek bagi tahun 2008, 2010 dan 2011 kecuali 1 projek swasta dari CTRM dalam tahun 2009.
  • Kelemahan PCSB dalam pengurusan projek :
• PCSB gagal mencapai sasaran bilangan projek yang ditetapkan.
• Hutang projek tidak dijelaskan kepada subkontraktor walapun projek telah lama siap.
• Bayaran kemajuan kerja serta bon pelaksanaan milik subkontraktor digunakan oleh PCSB bagi menampung kos operasi.
• PCSB bergantung pada sokongan padu Kerajaan Negeri untuk memasuki tender/memperoleh projek.
• Peluang PCSB untuk memperolehi tender bagi melaksanakan projek baru terjejas akibat beban hutang yang gagal dijelaskan berikutan masalah kewangan yang serius.
• PCSB tidak mampu berperanan sebagai kontraktor utama dalam menjalankan projek yang diperolehi sedangkan PCSB merupakan kontraktor kelas A yang telah lama beroperasi.
• Menyerahkan projek yang diperolehi kepada subkontraktor kerana sumber kewangan tidak mencukupi.

Hal ini menunjukkan terdapat penyelewengan yang nyata dalam PERTAM.


3. HASIL LAPORAN AUDIT BERPENDAPAT TADBIR URUS KORPORAT PERTAM CSB TIDAK MEMUASKAN :
 
a) Caruman KWSP dan PERKESO dibayar bagi 2 jurutera yang tidak berkhidmat di PCSB
  • Jawatan Pengurus Projek dan Jurutera Tapak tidak pernah diisiwalaupun perjawatan diwujudkan. Kekosongan jawatan tersebut kerana PCSB kurang mendapat tender untuk melaksanakan projek selain mengalami masalah kewangan yang serius. 
  • PCSB menggunakan nama dan jawatan 2 jurutera yang tidak berkhidmat dengan PCSB bagi tujuan pembaharuan Lesen Kelas A di PKK dan CIDB.
  • Sebagai balasan, PCSB membuat caruman KWSP dan PERKESO syer majikan dan pekerja berjumlah RM0.03 juta dari tahun 2008 – Jun 2011 bagi kedua-dua jurutera berkenaan.

b) Jawatankuasa Audit tidak ditubuhkan dan pembayaran dividen tidak dapat dilaksanakan kepada PERTAM kerana mengalami kerugian.
  • PCSB tidak menubuhkan Jawatankuasa Audit sepertimana yang ditetapkan dalam Pekelling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 1993.* 
  • Pengurusan PCSB didapati belum pernah diaudit oleh mana-mana juruaudit termasuk PERTAM dan BADSA (Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan Awam)
*setiap syarikat kerajaan perlu menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan untuk meningkatkan kawalan dalaman yang berkesan terhadap pengurusan syarikat agar kepentingan kerajaan sebagai pemegang saham dipelihara
c) Pengurusan PCSB kurang memberi komitmen terhadap mesyuarat dengan badan induk.

Dengan ini, saya Johar Jawi mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, dan mewakili rakyat Melaka inginkan jawapan daripada Pengerusi PERTAM, YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap PENGURUSAN dan PENTADBIRAN PERTAM dengan jawapan yang munasabah dan disiarkan di media dan akhbar.

Kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan Polis dan laporan kepada SPRM dalam TEMPOH TUJUH HARI jika tidak mendapat penjelasan yang diiginkan daripada YAB Datuk Seri. (bermula 30 November 2012)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59