Monday, 11 June 2012

Himpunan Jentera Pemuda PR Melaka : Satu Lambang Kekuatan


Bertarikh 10/6/2012 iaitu Ahad lepas, diadakan Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka di Dewan Rakyat Lorong Pandan, Bachang. Satu matlamat diadakan himpunan ini adalah untuk menaikkan semangat jantera Pemuda PR dan sekaligus menunjukkan Pemuda PR sudah bersedia menghadapi Pilihanraya 13 nanti.

Berikut laporan yang dikeluarkan oleh Blog PAS Melaka.

Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat


Semalam telah berlangsungnya Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat Melaka yang telah mengumpulkan seramai 300 orang pemuda Pakatan Rakyat di Melaka. Kehadiran mereka diwakili oleh tiga warna tema baju yang berlainan iaitu merah, kuning dan hijau bagi setiap parti.

Kehadiran wakil pemuda pusat bagi setiap parti masing-masing membuktikan mereka bersatu untuk datang ke Melaka bagi melihat jentera Pakatan Rakyat yang paling cepat dibentuk jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Berikut ialah wakil bagi ketua-ketua pemuda negeri dan pusat yang telah hadir sama dalam pelancaran jentera semalam:

Law Bing Haw - Ketua AMK Melaka

Yuhaizad Abdullah - Ketua Pemuda PAS Melaka

YB Tiey Kok Kiew - Ketua DAPSY Melaka

Shamsul Iskandar Md Akin - Ketua AMK Pusat

YB Anthony Loke - Ketua DAPSY Pusat

Ustz Nik Abduh Nik Abdul Aziz - Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat

Antara gambar-gambar menarik semasa himpunan.











Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59