Wednesday, 30 May 2012

Pemandu Lori Berdemo berhampiran Pejabat Ketua Menteri Melaka



Lebih 100 orang pemandu lori pasir berdemo di jalanraya berhampiran Seri Negeri Melaka. Mereka berdemo bagi menyuarakan kekesalan terhadap tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sering menahan pemandu lori walaupun muatan yang dibawa dikatakan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. 

Hal ini dibebankan lagi dengan kos pembaikan yang tinggi dan kos-kos lain seperti cukai jalan dan lesen memandu. 

Menurut salah seorang pemandu lori, beliau seringkali ditahan kerana dikatakan membawa muatan lebih daripada had sedangkan ukuran pasir memenuhi spesifikasi. "Setiap kali saya bawa lori, mesti bawa pasir sikit. Tak melebihi badan lori. Itu spesifikasinya. Jadi kami ikut. Tapi, saya tetap disaman sebab tak ikut spek katanya. Takkan kami nak bawa pasir separuh dari badan lori. Duit kami dapat RM30 je. Nak bayar diesel pun tak lepas."

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam:


























Friday, 25 May 2012

Pemuda PAS Bukit Katil mengajak para pemuda menghayati bulan Rejab.




Kini telah masuk bulan Rejab. Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengajak semua umat Islam terutama para pemuda untu sama-sama menghayati bulan Rejab ini.

Jika dilihat kembali kepada sejarah, banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab iaitu :
1.Hijrah Pertama umat islam ke Habsyah (Ethopia)
2. Isra' dan Mi'raj
3. Perang Tabuk iaitu pertempuran antara umat islam dan tentera rom
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Berkat bulan Rejab ini juga diambil oleh PAS untuk peristiwa penting sebelum PRU 13 iaitu XPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA di Kedah.


Ayuh sama-sama pemuda PAS untuk menegakkan keadilan dan membebaskan Malaysia daripada kezaliman Umno dan Barisan Nasional.









Wednesday, 23 May 2012

Video Panas Keganasan UMNO





Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu melibatkan PERKASA dan Umno walau dinafikan oleh Ibrahim Ali seperti kenyatan dalam Malaysiakini. 

Namun kejadian yang berlaku bukan kerana orang yang membeli baju PERKASA sebaliknya sememangnya PERKASA dan UMNO terlibat dalam keganasan membaling batu dan telur ke arah dua ADUN DAP sehinggakan pecah cermin kenderaan dan mnegalami kerosakan.

Video ini juga diperolehi dari seorang blogger yang merakamnya kerana pihak pembangkang tidak dibenarkan merakamnya dan telah diugut akan merampas kamera sekiranya merakam kejadian ini. Kejadian tersebut betul-betul seperti keadaan di negara yang bergolak.

Dengan adanya video ini, diharapkan pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil dan tidak melindungi samseng-samseng yang mengganggu ketenteraman awam sehingga merosakkan harta benda awam serta menimbulkan kekecohan yang tidak diigini.

Sumber video TV PAS Melaka dan gambar kijang59



Sumber: PAS Melaka


Tuesday, 22 May 2012

PAS Melaka Akan Saman Blogger UMNO Melaka Kerana Fitnah



Tindakan seorang blogger UMNO (gambar atas) memfitnah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari mengenai bahawa ada agenda jahat kafir dalam cubaan membawa fahaman jahat dengan menggunakan orang Islam sebagai senjata mereka.

Ini jelas membuktikan UMNO menjadikan budak mentah seperti blogger murahan sebagai senjata menabur fitnah. Blogger tersebut telah dikenal pasti dan menetap di alamat Batu Gajah Pasir, Merlimau. Beliau merupakan salah seorang blogger yang suka menyebarkan fitnah dan menyiarkan perkara lucah.

Berikut adalah fitnah yang ditabur oleh blogger jambu UMNO kepada Pesuruhjaya PAS berkaitan isu yang berlaku di Merlimau pada sabtu yang lalu;

Adly juga menggunakan kuasanya sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka untuk menggunakan duit kutipan derma bagi menanggung perbelanjaan Hi-Tea itu untuk menjamu musuh Islam tersebut. Wang derma yang dikutip setiap kali ceramah diadakan digunakan untuk belanja makan musuh Islam, ada ke patut???
Adly yang telah dijanjikan jawatan penting jika Melaka berjaya ditakluki Pakatan Pembangkang ternyata telah hilang pertimbangan dan terlalu mementingkan politik dari agama Islam. Dia sanggup mendahului musuh Islam dari berpegang teguh dengan Islam.
Adly Zahari dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka kerana dia patuh kepada Anwar Ibrahim dan mudah digunakan oleh musuh Islam untuk menjahanamkan Islam. Kejahilan untuk mengenal siapa musuh Islam ini dan tawaran politik yang menarik adalh punca utama kenapa Adly sanggup bersetuju membawa Ambiga ke Melaka.
Adly Zahari ternyata hanyalah boneka dan akan akur apa sahaja kepada arahan Anwar Ibrahim dan DAP Komunis. Memandangkan PAS tidak punya suara di dalam DUN Melaka, PAS juga dilihat sebagai hamba abdi DAP Komunis untuk melaksankan kerja seperti ceramah dan kempen untuk kesenangan ADUN DAP Komunis di Melaka.
Adly Zahari contoh seorang parasit yang dimaksudkan oleh Dr Hassan Ali dan dia juga adalah alasan kukuh kenapa PAS tidak layak menggunakan nama Islam dalam parti potilik mereka. Untuk politik dirinya dan DAP Komunis, Adly sanggup buat apa sahaja asalkan dia ada untung dan memenuhi kehendakan DAP Komunis yang dianggap Tuan dan kiblatnya di dalam politik.
PAS Melaka akan mengambil tindakan dalam masa terdekat dan akan memastikan budaya fitnah dalam UMNO ini tidak boleh merosakan pemikiran rakyat. UMNO bukan sahaja menipu rakyat malahan lembu juga turut menjadi mangsa mereka.


Friday, 18 May 2012

Banner PAS Diconteng Dengan Cat Kuning. Lagi Pebuatan Tidak Bertamadun.


Minggu lepas kita dikejutkan dengan Ketua Pengarah Unit Amal, Saudara Johari yang menerima ugutan berbentuk sebutir peluru. Minggu ini, bilboard PAS di Tangga Batu dihancurkan. Awal tahun ini, kita dikejutkan dengan rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor yang dibakar , begitu juga seorang penduduk yang juga Orang Kelaianan Upaya di Bukit Baru Melaka diugut bunuh kerana menggantungkan bendera PAS, kini banner pas pula menjadi sasaran.

Banner pas yang dipasang di persimpangan Taman Indah, Bukit Sebukor ini diconteng dengan cat berwarna kuning. Mungkinkah ini perbuatan mereka yang tidak suka melihat kebangkitan rakyat semasa bersih baru-baru ini atau mahu menjatuhkan PAS dengan cara kotor.

Walaubagaimanapun, ia tidak mematah semangat PAS untuk memperjuangkan rakyat. Berikut laporan daripada Blog Penyelia Dun Bukit Baru, Cikgu Yusuf Wahab.

Hanya Pengecut Berani Berkokok Di Malam Hari

 

Inilah sifat dengki dan khianat pihak musuh yang tidak boleh melihat sebarang poster, risalah dan banner berkaitan dengan Pakatan Rakyat. Diajak berdebat takut maka cara orang hilang akal inilah yang digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kalau bukan politik kotor maka keadaan sedemikian tidak akan berlaku.

Dipetik daripada blog PAS Melaka bagaimana banner Penyelia DUN Bukit Baru telah disembur dengan cat kuning yang bermaksud BERSIH. Mengapa kerana benci pada BERSIH 3.0 yang lalu maka kain rentang atau banner yang tidak bersangkutan menjadi mangsa. Politik apakah ini?

Bacul dan pengecut itulah ungkapan yang sesuai kepada golongan yang tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda orang lain tanpa memikirnya dengan keadaan waras. Golongan yang biasa terlibat ini dinamakan vandalisma yang tidak boleh melihat keadaan itu dalam keadaan baik atau sempurna serta keinginan untuk merosakkan hak orang lain ini satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Vandalisma ini bukan sahaja berlaku dalam arena politik semasa namun vandalisma juga berlaku seperti merosakan harta benda wama tanpa sebab kecuali untuk memuaskan nafsu semata-mata atau kerana ingin tunjuk kekuatan kepada orang sekeliling bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Vandalisma politik pula merujuk sesebuah parti tidak senang melihat lawannya gah dengan adanya bahan kempen atau publisiti. Bagi merosakkan imej sesuatu parti itu, maka unsur-unsur jahat dan vandalisma inilah yang menyebabkan berlaku seperti dalam gambar di atas. Politik di Malaysia boleh disifatkan politik "Engkau sahaja yang boleh siar, orang lain tidak boleh".

Apa gunanya berpolitik jika tidak mahu ada pihak lawan yang dinamakan status quo? Politik yang bijak adalah melontarkan idea yang bernas supaya rakyat menilai dan bukannya politik vandalisma ala-ala budak sekolah menengah. Tidak senang dengan kemasyuran seseorang makan rosaklah kemasyuran itu ditangan yang jahil.

Apakah ini salah mereka yang melakukan vandalisma atau salah pemipin yang gagal mencorakkan nilai-nilai beretika dan beradab dalam kehidupan seharian? Untuk apa kita berpolitik sekiranya ada perosak yang sering merosakkan harta benda. Ibarat sawah padi yang rosak padinya kerana seekor tikus.

http://yusofwahab.blogspot.com


Thursday, 17 May 2012

Bilboard PAS Tangga Batu Dirosakkan



Ganas, tidak bertamadun dan tidak berakhlak. Itulah yang telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan jahat iaitu engan merosakkan bilboard PAS Tangga Batu. Lihatlah gambar diatas, Jentera PAS yang bersusah payah untuk membangunkan bilboard ini telah diruntuhkan.

Pada minggu lepas, kita dikejutkan oleh berita Saudara Juhari, Ketua Pengarah Unit Amal Malaysia yang menerima sebutir peluru dan ugutan, kini bahan kempen PAS juga menjadi sasaran. Beginilah sikap pihak tidak bertamadun yang ingin menjatuhkan PAS tetapi hakikatnya PAS semakin diterima oleh rakyat tidak kira agama, bangsa dan kaum.

Namum begitu ia tidak mematahkan semangat PAS melaka untuk terus berjuang demi Islam dan untuk kebajikan rakyat. 

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

"ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”-surah al-Imran ayat 54
Moga Allah memberi mereka hidayah.


Tuesday, 15 May 2012

NAKBAH PALESTIN, Pemuda PAS Bukit Katil mengajak seluruh umat islam memperingatinya



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengajak seluruh umat Islam untuk sama-sama memperingati Hari Nakbah iaitu dimana hari pencerobohan yahudi laknatullah ke atas palestin.

Isu Palestin yang ditindas selama berpuluh-puluh tahun sepatutnya menjadi isu yang dekat dihati umat islam bukan sahaja pada 15 Mei tetapi setiap Tahun. PAS dengan kerjasama NGO Yayasan Amal seringkali berulang alik ke palestin untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Salah satu cara untuk kita sama-sama memerangi Israel Zionis ini adalah dengan memboikot barangan mereka. Walaupun kita tidak mampu untuk mengangkat senjata bersama-sama rakyat palestin, tetapi jika kita memboikot barangan mereka, ia sebagai satu usaha kecil kita untuk memenangkan Palestin.

Kita tahu bahawa Kerajaan BN seringkali mengadakan hubungan dagang dengan israel ini. Oleh itu salah satu cara kita menyokong perjuangan rakyat Palestin ialah dengan menjatuhkan Kerajaan BN yang menjadi proksi-proksi Israel di Malaysia ini.

Berikut ialah tulisan yang dipetik daripada Saudari  Nur ‘Amahirah binti Hasan Zaki yang sedang menuntut di Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah.

MEMPERINGATI 64 TAHUN HARI NAKBAH PALESTIN - 15 MEI 2012

Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri.


Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernahkah terdetik di hati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita.


Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram.





Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi palestin. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata. Sebagai gantinya, kepedihan, keperitan dan derita makin dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis.
Pakatan Israel ini berjaya mengorak langkah sejak 1897 apabila tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). 


Kemudian, dengan satu tekad pembentukan negara zionis, serta kerjasama sekutu kuat mereka, British, mereka telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 november 1917. British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin. Sejak itu, berlakulah penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin sehingga mencecah ratusan ribu orang. Sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas samada secara kekerasan dan juga penipuan oleh pendatang yahudi. 


Mereka dengan angkuhnya menguasai tanah haram tersebut. Yahudi laknatullah ini bukan sahaja menidakkan hak penduduk bumi Palestin yang sah, malah tegar mencabuli perjanjian antarabangsa. British juga tanpa segan silu mendesak PBB menjadikan isu Palestin ini sebagai salah satu agenda PBB.





Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk membahagikan tanah mereka kepada dua buah Negara bersaingan. Namun, usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 november 1947, PBB yang bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan meluluskan ‘ ketetapan 181 ‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang yahudi serta bakinya 1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali lagi berlaku ketidak adilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin bermaharajalela. Liga Negara Arab ketika itu juga gagal membantu Palestin apabila tentera yang dihantar turut dimusnahkan oleh pengganas yahudi. Akhirnya, Palestin terpaksa akur apabila yahudi zionis mengumumkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948 seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan ‘ palsu ‘ mereka secara rasmi pada 15 Mei 1948.

Inilah yang dikatakan yahudi laknatullah. Mereka tidak akan sesekali berdiam diri serta bersenang lenang selagi impian mereka tidak terlaksana. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “Engkau akan temukan orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (QS. Al-Ma’idah: 82). Rejim yahudi meningkatkan serangan dengan menghancurkan 478 buah kampung dan mengusir hampir 800 000 rakyat palestin ke luar Negara. Warga tua, kanak-kanak serta ibu mengandung dibunuh. Malah, anak di dalam kandungan dikeluarkan terburai. Sehingga kini Palestin terus diasak kekejaman dan penindasan. 

Peristiwa dahulu seolah-olah di ulang tayang semula kini. Pembunuhan, pemenjaraan, sekatan ekonomi serta serangan ke atas masjidil aqsa semakin menjadi-jadi. Namun, kemana perginya umat islam kini? Ketika saat British, yahudi dan PBB bersatu bergabung untuk menjatuhkan Palestin, umat islam tetap diam membatu seolah-olah menurut telunjuk PBB seperti Pak Pandir.


Ayuh, sahabat.. Isu Palestin ini bukan khas untuk rakyat Palestin sahaja. Bukan juga untuk negara-negara arab di sekitarnya, tetapi isu kita bersama selaku umat islam seluruh dunia. Sebagaimana termaksub dalam alquran yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat“(Al-hujurat:10). 

Pelbagai mekanisma harus diatur. Kefahaman perlu diperluaskan lagi, sumbangan kemanusiaan pula perlu dipergiatkan. Jom sama-sama tingkatkan usaha, perkasakan ukhuwwah, serta patrikan kesatuan bersama. Selebihnya, kita serahkan kepada ALLAH untuk menentukan segalanya. Insya-Allah, semoga kejayaan dan kegemilangan Islam sampai ke kemuncak satu hari nanti. Amin.





Wednesday, 9 May 2012

Politik Kotor dan Ugut, Itu gaya UMNO.


Semalam 8/5/2012, kami dikejutkan dengan berita dimana Ketua Unit Amal Malaysia, Juhari bin Osman mendapat ugutan dan sebutir peluru hidup bagi menakutkan beliau. Beliau yang juga AJK Pemuda Pas Melaka terkejut dengan mainan dan politik kotor yang dimainkan oleh pihak lawan. Hari ini berlangsung sidang media dan juga laporan polis akan dibuat di Bandar Melaka. Ini laporan yang dipetik daripada Blog PAS Melaka.

Juhari menunjukkan nota yang dihantar kepada beliau

Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman menerima peluru yang disertakan bersama surat ugutan bunuh hari ini. Juhari menerima sebutir peluru yang dihantar bersama sampul surat ke rumahnya di Taman Ayer Molek, kira-kira 11.50 pagi tadi.

Beliau amat terkejut dan ketika ditemui petang tadi mengatakan ini merupakan kali pertama semenjak beliau sebagai Unit Amal. Beliau menyangkakan bahawa surat yang diterima tadi itu adalah gurauan kawan-kawan kerana hanya ada akhbar berbahasa Tamil. Setelah dibuka lipatan akhbar kedua, beliau mendapati ada nota dan sebutir peluru hidup.

Peluru yang dihantar kepada Juhari

Kandungan nota tertulis dengan perkataan mencarut yang berbunyi "Pu**mak Kau Juhari.. Pengkhianat Bangsa". Beliau juga menolak kemungkinan ada bermusuh dengan sesiapa kerana kes ini berlaku ada kaitan dengan BERSIH 3.0 yang berlaku pada hujung bulan April yang lalu.

Sampul surat itu dihantar ke alamat rumah berdasarkan maklumat dalam pengenalan diri beliau. Jika diperhatikan ayat berkemungkinan daripada Melaka dan beliau tidak menuduh mana-mana pihak serta meminta pihak polis membuat siasatan dengan terperinci kerana ia melibatkan kes jenayah yang serius.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu diterima kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu. Juhari mengetuai 4,000 anggota Unit Amal berkhidmat pada hari tersebut.


Monday, 7 May 2012

Indahnya Bendera PAS berkibar


Bahang PRU 13 kian dirasai. Tarikh tepat pilihanraya belum diketahui. Tidak seperti negara Demokrasi moden lain yang mana tarikh pilihanraya telah diketahui 2,3 tahun awalnya. Itulah 'hebatnya' demokrasi Malaysia.

Ketika rangking Malaysia dalam kebebasan media kian jatuh dalam rangking dunia dan kebebasan bersuara yang kian lompong seperti mana kita lihat dalam demostrasi BERSIH 3.0 baru-baru ini. Inilah kesan rakusnya pemimpin-pemimpin BN yang sibuk mengumpulkan harta untuk mereka dan kroni-kroni mereka dengan duit rakyat. Mereka sanggup mengadaikan kebahagiaan rakyat semata-mata untuk kepentingan diri mereka.

walaubagaimanapun, Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil terus melangkah mara ke hadapan bagi menegakkan keadilan di bumi malaysia amnya dan Melaka khasnya. Dengan berpegang teguh dengan Al-quran dan hadis, Pemuda Pas Bukit katil tetap gagah untuk memenangi hati rakyat. Sesuai dengan slogan PAS Melaka, Rakyat Di Hati Kami, Pemuda PAS Bukit Katil mengambil langkah kanan dengan mengibarkan bendera PAS bersaiz 20 kaki di markas operasi di bukit baru. Ini sebagai satu simbol dimana Dewan Pemuda PAS tetap akan berjuang untuk islam dan rakyat walaupun dibenci oleh golongan-golongan yang menentang ISLAM.

Keindahan Bendera PAS


Wednesday, 2 May 2012

Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Piala Pakatan Rakyat





Pada Ahad lalu, 29/4/2012, Pemuda MTD Ayer Molek menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Piala Pakatan Rakyat di Kampung Ayer molek.

Kejohanan ini disertai oleh pemain-pemain sepak takraw daripada seluruh negara. 15 pasukan telah mendaftar. Kejohanan ini diadakan bermula 8.00 pagi hingga 7.00 petang. Hadiah utama adalah wang tunai RM1000 , piala pusingan dan pingat untuk setiap pemain.

Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya Pas Melaka merasmikan Kejohanan 



 Warm Up pemain sebelum perlawanan

 Para pemain begitu bersemangat

 Pemain bergambar bersama Hj Adly dan Hj Mat Diah

Barisan AJK tidak melepaskan peluang untuk melibas.

Kejohanan ini membuktikan PAS dan Pakatan Rakyat mampu memimpin kerana ini ialah kejohanan yang boleh dianggap besar.

Moga Islam kembali tertegak.




Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59