Monday, 30 April 2012

BERSIH 3.0 : Kami Mendoakan SPR dan Kerajaan Malaysia memenuhi tuntutannya


Salam.

BERSIH 3.0 yg dijalankan di seluruh negara dan dunia telah berlangsung dengan penuh semangat untuk menuntut keadilan di dalam piliharaya di Malaysia. Masyarakat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan kaum berkumpul bagi menunjukkan kepada Kerajaan suara rakyat yang keramat.


Rakyat Malaysia yang berkumpul di Kuala Lumpur

Rakyat mahukan keadilan, rakyat mahu negara yang bebas daripada rasuah dan rakyat mahukan negara yang bebas daripada tangan-tangan jahat yang hanya sibuk mengumpulkan harta daripada duit rakyat untuk mereka dan kroni-kroni mereka.

8 tuntutan bersih adalah:

1. Bersihkan senarai undi

2. Mereformasikan undi pos

3. Gunakan dakwat kekal

4. Masa kempen minima 21 hari

5. Akses media yang bebas dan adil

6. Kukuhkan institusi awam

7. Hentikan rasuah

8. Hentikan politik kotor



Inilah tuntutan bagi memBERSIHkan Malaysia. Marilah kita sama-sama menyokong tuntutan ini. Jadilah kita sebahagian daripada sejarah yang merubah negara ke arah yang lebih baik.

TAKBIR..


Monday, 23 April 2012

Maksiat bermaharajalela di Melaka .. mana tindakan pihak berkuasa ?


ALOR GAJAH: Memalukan apabila ada pasangan muda mudi yang mabuk cinta tanpa segan silu memadu asmara di kawasan tersorok di Pulau Konet, Kuala Sungai Baru, dekat sini.


Pulau terletak di Kampung Telok Gong itu kini dikatakan menjadi tumpuan pasangan bercinta melakukan perbuatan itu tanpa mengira waktu dengan menjadikan celah batu dan tebing bukit sebagai port melakukan aksi terlarang.

Perbuatan terbabit meresahkan penduduk berhampiran pulau berkenaan khususnya penduduk Kampung Telok Gong yang tidak tahan dengan perlakuan sumbang terbabit.

Penduduk, Hasni Yang Ghazali, 50-an, berkata, keadaan pulau yang kecil memudahkan pasangan menyorok di celah pokok ketapang yang merimbun selain di sebalik tebing bukit di pinggir pantai untuk melakukan aksi itu.

“Mereka ini tidak hiraukan kehadiran orang ramai yang datang ke pulau ini untuk beriadah dan memancing ikan. Mereka dengan selamba melakukan aksi peluk cium bersama pasangan masing-masing.

“Ada pasangan masuk dalam pulau waktu air surut dan meninggalkan kenderaan di daratan dan pulang semula selepas mereka puas berasmara,” katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini terdapat satu pasangan kekasih terkandas beberapa jam sebelum diselamatkan anggota penyelamat selepas air laut pasang mendadak ketika mereka leka memadu asmara.

Menurutnya, kejadian itu sepatutnya menjadi teladan dan peringatan kepada pasangan lain, namun tambah mengejutkan apabila semakin ramai pasangan masuk ke pulau yang dianggap ‘port’ terbaik untuk melakukan maksiat.

“Bukan saja kegiatan maksiat, malah sampah dan botol arak yang dibuang pengunjung juga turut mencacatkan pemandangan di pulau ini.

“Sikap suka membuang sampah di merata-rata tempat boleh mencemarkan keindahan semula jadi pulau ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk dikenali Wahab, 61, berkata, perbuatan pasangan kekasih melakukan aksi mengghairahkan dengan bercumbuan dan berpelukan di dalam semak di sekeliling pulau amat memalukan.

“Hilang segala segan silu pasangan kekasih ketika berada di pulau ini apabila mereka dengan rakus berpelukan tanpa sedar aksi diperhatikan orang ramai.

Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak negeri merangkap Imam (1) Masjid Tanjung Bidara, Datuk Abu Khir Jamaluddin berkata, pengunjung pulau berkenaan dinasihatkan supaya tidak melakukan perbuatan berkenaan demi keharmonian bersama.

“Pulau ini adalah destinasi pelancongan dan lokasi tumpuan pemancing melakukan aktiviti itu dan ia seharusnya tercemar dengan perbuatan maksiat.

“Mereka yang ada niat tidak baik ke pulau berkenaan diminta mengubah fikiran dan segera bertaubat,” katanya di sini, semalam.

Sumber : Harian Metro - http://www.hmetro.com.my/articles/AsmaradiPulauKonet/Article 


Friday, 20 April 2012

Jaga-jaga resipi bakteria


AYER KEROH - Seorang pengusaha sebuah kafeteria di Hospital Melaka, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana menjual ayam masak kurma yang mengandungi bakteria coliform, Mei tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Ida Rahayu Sharif terhadap Rozailina Zainol, 33, yang mengaku pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Rozailina didapati menjual ayam masak kurma kepada Pegawai Berkuasa Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Mohd Azrol Nizam Aziz, setelah dianalisis di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh, Selangor, mengandungi 240 coliform.

Rozailina didapati melakukan kesalahan itu Kafeteria Hospital Melaka, Jalan Mufti Haji Khalil kira-kira jam 3.15 petang pada 18 Mei 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13B(1) yang dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2001) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Iskandarsah Mohd Sah meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang tidak mempunyai rekod lampau.

Sumber : Sinar Harian Melaka http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/didenda-jual-lauk-ada-bakteria-1.41234


Thursday, 19 April 2012

KERAJAAN BN MELAKA BAKAL RUNTUH KERANA ROBOH SEKOLAH DAN SURAU





Kemuncak kezaliman sesebuah kerajaan ialah apabila masjid atau surau dan sekolah dirobohkan tanpa takut kepada laknat Allah dan kasihan belas kepada rakyat.

Bila kerajaan Melaka merobohkan Pusat Asuah Tunas Islam (PASTI) Jaya Insan, Bukit Katil dan Surau Ujong Pasir maka lengkap kezaliman sebuah kerajaan negeri. Kerajaan Melaka mengulangi kezaliman dan kesilapan kerajaan BN Terengganu yang merobohkan Institut Berakan dan juga kesilapan kerajaan BN Selangor zaman Khir Toyo yang merobohkan surau. Akhirnya kedua-dua kerajaan pimpinan Wan Mokhtar dan Khir Toyo dihukum oleh Allah tewas dalam pilihanraya umum.

Kita berdoa semoga Allah juga menghukum kerajaan BN Melaka sekarang yang dengan zalim merobohkan PASTI dan surau tanpa alasan yang kukuh. Amin.


Jelas Ketua Menteri Melaka tidak belajar dari kesilapan 2 orang rakannya itu. Doa rakyat yang dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah. Apatah lagi alasan perobohan PASTI Jaya Insan itu jelas tidak dapat diterima. Ianya hanyalah kerana hasad dengki dan dendam kesumat politik sempit kerajaan negeri Melaka.

Insya Allah kezaliman kerajaan negeri ini akan memberikan impak besar kepada politik negeri Melaka. Rakyat mula membuka mata dengan kezaliman ini. Malah PAS Bukit Katil sendiri yakin kerajaan negeri dan pimpinannya sekarang sedang menerima hukuman dari Allah apabila mula takut kepada bayang-bayang sendiri dengan pelbagai tindakan akibat cacing kepanasan antaranya mengacau ceramah PAS dan beberapa tindakan yang menggelikan hati.

PAS Bukit Katil sendiri akan membuktikan bahawa perjuangan Islam di kawasan Parlimen Bukit Katil bukannya semakin lemah dengan perobohan PASTI tetapi kita akan bangkit dengan membuka lebih banyak pejabat, markas dan PASTI. PASTI Jaya Insan yang baru telah dibuka, selepas markaz baru akan dibuka dan sebuah pejabat serba canggih juga akan dibuka tidak lama lagi. 
Ibarat ungkapan TEKANAN MENAMBAH PENINGKATAN.

dipetik drp http://mutaligat.blogspot.com


PR Anjur Larian Perpaduan Rakyat


Pada ahad lepas, 15/4/2012 telah diadakan sukan marathon anjuran Sukan Rekreasi yang melibatkan sekitar 300 orang peserta yang melibatkan jarak sejauh 8.5 kilometer yang terbuka kepada tiga kategori yang dipertandingkan. Kategori yang dipertandingkan ialah kategori A bagi yang berumur 40 tahun ke atas, kategori B bagi dewasa bawah 40 tahun dan kategori C bagi acara wanita.
Acara yang bermula jam 8.00 pagi itu bermula digarisan permulaan pejebat DAP Lorong Pandang yang melalui Kampun Lapan dan jalan utama AMJ dan kemudiannya melalui Jalan Pokok Mangga dan garisan penamatnya adalah di tempat permulaan tadi. Kesemua peserta selesai membuat larian selepas satu jam setengah.
Para pemenang tempat pertama bagi setiap kategori adalah wang tunai bernilai RM500 dan cederahati, tempat kedua hadiah wang tunai RM300 beserta cederahati manakala tempat ketiga pula hadiah wang tunai berjumlah RM200 beserta cenderahati. Hadiah saguhati pula adalah dari tempat keempat hingga ketempat ke-23 bagi setiap kategori.
Gambar boleh didapati di sini 
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.442390749111078.122850.314902525193235&type=1

Dipetik drp http://pasmelaka.blogspot.com/2012/04/sambutan-sukan-rakyat.html


Tuesday, 10 April 2012

Pemuda Anjur Sukan PASTI Tahunan



Alhamdulilah, pada 7/4/2012 iaitu hari sabtu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil bersama Majlis Guru PASTI, MGP telah berjaya menganjurkan Sukan PASTI Tahunan. Pesta sukan ini diadakan di padang Maahad Ar-rahmah di kampung Solok Gaung.

Sukan ini diadakan sebagai salah satu aktiviti tahunan pasti yang diadakan samaada di peringkat kawasan hingga ke peringkat negeri. Ia juga sebagai salah satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa pelajar, Guru PASTI dan juga Pemuda PAS kawasan.

Sepertimana yang diketahui umum, PASTI ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam. Oleh kerana itu Sukan PASTI ini juga diharap menjadi satu cara untuk mendidik anak-anak kecil ini mengenali bagaimana beriadah dan bersukan mengikut syariat islam.

Berikut antara gelagat-gelagat pelajar PASTI yang sempat dirakam:













TAKBIR!!!..


Wednesday, 4 April 2012

UMNO Jangan Cuba Jadi Samseng!



Kesal dengan tindakan Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil yang cuba mengugut seorang surirumah yang menggantungkan bendera PAS. Adakah ini yang diajar oleh pemimpin mereka supaya melakukan politik samseng? Budaya bacul ini sepatutnya sudah tiada dalam era politik moden kerana politik samseng ini berlaku pada tahun 70-an yang dikenali pemuda tahan lasak.

Sekarang bukan lagi dikenali pemuda tahan lasak tapi dikenali sebagai pemuda mandom kerana menjadikan surirumah sebagai tempat melepaskan samseng. apa salah surirumah sehingga mengugut bunuh? Hebat sangatkah dengan ugutan bunuh itu? Mana pembela Melayu jika orang melayu pun sanggup dibunuh? Dangkal pemikiran seperti orang kurang waras.

Adakah bendera PAS itu haram dari sisi undang-undang? adakah hanya UMNO sahaja yang wujud dalam Melaka? Jika UMNO betul-betul anak jantan, bersainglah dalam ruang lingkup yang sihat dan bukannya cuba menujukkan samseng. Adakah budaya samseng ini diajar oleh zionis Israel? Pemimpin kenyang dan ahli bawah cuba tunjuk samseng.

Kenapa sakit hati sangat dengan penduduk yang menggantung bendera PAS? PAS tidak pernah mencabut atau mengugut rakyat atau surirumah untuk menanggalkan bendera yang digantung oleh ahli UMNO. Jika UMNO merasakan mereka tidak diterima oleh rakyat, maka mereka harus terima dengan hati terbuka mengapa rakyat tolak UMNO dan bukannya mengugut orang ramai.

Polis juga kena ambil serius kes seperti ini dan jangan asyik memantau ceramah Pakatan Rakyat tanpa buat kerja menyelesaikan masalah jenayah. Pertarungan politik hanya untuk parti dan pihak polis seharusnya tidak mencampuri urusan politik. Diharapkan pihak polis telus dalam menjalankan siasatan kerana pihak PAS tidak pernah menjadikan polis musuh sebaliknya mahukan polis melindungi orang ramai dari keganasan.


Tuesday, 3 April 2012

Pemuda Penggerak Perubahan


 Ucapan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil

Alhamdulillah, pada 1 april 2012, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPKBK) telah berjaya mengadakan Muktamar Tahunan dimana muktamar kali ini adalah muktamar kali ke 8.

Dengan memilih tema Pemuda Penggerak Perubahan, ia adalah satu bukti kesungguhan DPPKBK untuk memacu dan menggerakkan perubahan ke arah yang lebih baik khususnya di Parlimen Bukit Katil dan di Melaka amnya. Muktamar ini sekaligus menjadi satu penaik semangat kepada petugas-petugas untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka pada bulan Jun nanti.

Muktamar ini telah dirasmikan oleh Ustaz Musa Mohd selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan BUkit Katil yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka, Saudara Sofi Wahab.

 
 Perasmian oleh Ustaz Musa Mohd

Selain daripada sesi perbahasan dan muhasabah, muktamar kali ini turut memberi 2 anugerah khas kepada individu yang pernah memberi jasa dalam Pemuda PAS Bukit Katil iaitu Saudara Puhat selaku mantan Ketua Pemuda DPPKBK dan saudara Bahari selaku Mantan Pengerusi PASTI Kawasan Bukit Katil.

Antara Perwakilan yang memberi pandangan.

Muktamar ini juga turut dihiburkan dengan nyanyian daripada Band Boys di bawah DACS iaitu saudara Afiq. Mudahan-mudahan dengan sedikit usaha ini dapat memastikan kemenangan Islam di Kawasan Bukit Katil ini. InsyaAllah. TAKBIR..



Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59