Friday, 30 March 2012

Perlunya Bersih 3 Untuk Bersihkan SPR Daripada Kejahatan BN


Assalamualaikum.

Banyak bukti yang telah didapati bahawa berlaku manipulasi dalam daftar pemilih SPR. Inilah salah satu agenda jahat UMNO dan BN untuk memastikan mereka terus memuaskan nafsu mereka mencuri duit rakyat. Kami Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyokong penuh jika diaadakan BERSIH siri 3.

Berikut adalah berita yang dipetik drp Blog PAS Melaka(http://pasmelaka.blogspot.com):



Adakah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terlibat dalam proses pertukaran alamat seperti yang berlaku di DUN Ayer Molek? Seorang penduduk, Zawawi Abdul dari Ayer Molek mengadu kepada pihak kami bahawa tempat beliau mengundi telah ditukar tanpa pengetahuan beliau sendiri.

Kejadian ini berlaku setelah beliau meminta anaknya menyemak status tempat mengundi dan mendapati tempat beliau mengundi sebelum ini telah ditukar ke kawasan lain. Beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka di Ayer Keroh dan pihak SPR memberitahu bahawa beliau telah menukarkan alamatnya.


Beliau terkejut kerana sebelum ini tidak pernah menukarkan alamat dan borang itu juga bukan beliau yang mengisinya dan tandatangan itu juga palsu. Adakah pihak yang terlibat mendedahkan butiran peribadi ini ada kaiatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara?

Bagaimana maklumat seperti ini dimanipulasi oleh pihak SPR sedangkan beliau tidak pernah berbuat untuk pertukaran alamat? Adakah pihak KEMAS dengan kerjasama JPN dan SPR telah bersatu untuk memindahkan pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat ke kawasan lain?

Apakah fungsi SPR sebenarnya? Menjadi alamat kepada UMNO atau bebas sebagai sebuah badan yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik?





A054
"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."
(A-li'Imraan :54)


Monday, 26 March 2012

PASTI Jaya Insan, Bukit Katil Berpindah Ke Bangunan Baru


Assalamualaikum.

Pasti Jaya Insan yang berada di bersebelahan dengan jalan utama bukit katil telah berpindah ke satu tapak baru iaitu di No 57, Jalan Merak Mas 16, Taman Merak, Bukit Katil, Melaka. Ia berikutan bangunan lama yang berada di Lorong Demang Husain itu akan dirobohkan pada 30 Mac 2012 ini.

Jika para pembaca sering mengikuti perkembangan pasti jaya insan ini, bangunan asal ini akan dirobohkan oleh kerajaan negeri atas alasan untuk membina satu jalan baru yang menghubungkan antara Bukit Beruang dan Bukit katil. Berikutan itu, beberapa buah rumah penduduk kampung bukit katil ini juga akan dirobohkan.

Yang sebenarnya, alasan untuk membina jalan baru hanyalah sandiwara Kerajaan BN di bawah pimpinan Ali Rustam untuk melemahkan gerakan PAS di Bukit Katil dan Bukit Baru. Ini kerana pada PRU 12 yang lalu, beliau yang bertanding di DUN bukit baru hampir mengalami kekalahan kepada calon PAS.

Jika alasan untuk membina jalan ini berniat suci, pastinya Ali Rustam akan mengambil tanah di sebelah PASTI ini yang kosong dan tidak diduduki dan malah jika benar jalan baru itu hendak dibina adalah lebih baik ianya dibina di atas tanah berhadapan dengan Klinik Desa Kg Bukit Katil kerana ianya tidak akan melibatkan rumah dan bangunan-bangunan lain seperti PASTI dan Surau.

Walaupun banyak penentangan oleh penduduk di sini seperti demostrasi, membawa ke mahkamah dan sebagainya, BN melaka tetap rakus untuk merobohkan bangunan pasti ini bagi memastikan agenda jahat mereka untuk terus berkuasa di Melaka.

Oleh disebabkan itu, pihak jawatankuasa terlibat telah membeli sebuah bangunan di Jalan Merak Mas 16 untuk menggantikan bangunan lama ini. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tn Haji Adly Zahari yang juga PesuruhJaya PAS Melaka.

  
PASTI Jaya Insan yang Baru

Tn Haji Adly merasmikan bangunan baru PASTI jaya insan

PASTI Jaya Insan akan terus istiqomah mendidik masyarakat

Guru Pasti Jaya Insan Bersama beberapa orang pelajar PASTI

Disini kami menyelitkan video Pelajar Pasti Jaya insan berkenaan perobohan PASTI Mereka.

 A139
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."(Surah Ali Imran ayat 139)

Islam Pasti Menang, itu janji Allah.


Wednesday, 21 March 2012

Sokong Debat KM Melaka dengan Pesuruhjaya PAS



Jika diperhatikan, sudah tiba masanya untuk PAS dengan UMNO berdebat. Kita tahu setiap kali mengadakan ceramah di sekitar Parlimen Bukit Katil, ada sahaja pengacau yang cuba mengganggu ketenteraman awam dengan mengadakan ceramah di sebelah pihak PAS. Adakah ini debat yang sering dilaungkan oleh Ketua Menteri Melaka dengan mengganggu ceramah pihak PAS?

Sungguh dangkal jika beranggapan demikian. Sekiranya Ketua Menteri Melaka seorang yang berani, sahutlah hujah debat bersama Pesuruhjaya PAS Melaka. Jangan diberi seribu alasan untuk tidak berdebat. Mereka yang yang petah bercakap dengan mengganggu ceramah PAS, diseru untuk berlawan di medan 'face to face'. Jika seruan debat ini disambut, maka Ketua Menteri Melaka memang lelaki sejati jika dibandingkan dengan bosnya di Putrajaya.

Debat yang kita mahukan itu bukan untuk melihat siapa menang dan siapa kalah. Cuma kita ingin melihat bagaimana hujah dan jawapan Ketua Menteri Melaka apabila berdepan dengan Pesuruhjaya PAS Melaka. Jangan takut sebelum berjuang dan jangan hebat berkokok dalam menafikan sebarang sahutan debat ini. Debat juga akan melahirkan cara seorangan pemimpin berhujah dan menonjolkan diri dalam berdepan dengan pelbagai soalan.

Ketua Menteri tidak perlu takut kerana kita tidak ada pemenangnya dan tidak juga ada siapa yang tewas. Harapan golongan muda adalah ingin melihat dua watak besar dalam arena politik Melaka iaitu PAS dan UMNO dalam berhujah. Debat bukan medan mencari kelemahan atau menjatuhkan maruah sebaliknya mengasah bakat dalam berhujah.

Cuma dari pihak kami menunggu jawapan daripada Ketua Menteri untuk menerima debat ini memandangkan Pesuruhjaya PAS Melaka telah bersetuju seperti kenyataan di dalam blognya. Ayuh anak jantan berkokok dihadapan orang ramai dan jangan menyalak di dalam pagar yang tertutup. Bertempurlah di atas medan yang satu dan bukannya mengganggu ceramah orang lain.


Thursday, 15 March 2012

30 Orang Asli kesal tak dapat jumpa KM Melaka


Seramai 30 Orang Asli kesal kerana tidak dapat berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selepas menunggu hampir empat jam di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh bagi menyerahkan memorandum bantahan berkenaan tanah dan wilayah adat mereka.


"Kami dah menunggu hampir empat jam, iaitu dari jam 10 pagi hingga 2 petang tetapi hasrat untuk bertemu dengan ketua menteri dan menyerahkan memorandum ini tidak kesampaian," kata wakil Jaringan Kampung Orang Asli Melaka, Faridah A/K Goh Kam.

"Padahal kami sudah maklumkan kepada setiausahanya, mengapakah beliau enggan melayan kami," tambahnya.

Setelah menunggu hampir empat jam di hadapan pintu masuk bangunan, akhirnya memorandum tersebut sekadar diterima oleh setiausaha sulit kepada Ketua Menteri, Ali Mohamed.

Menurut Faridah, memorandum bantahan itu mengandungi 282 tandatangan penduduk membabitkan 11 buah kampung daripada 14 perkampungan Orang Asli yang terdapat di seluruh negeri Melaka.

Faridah berkata memorandum tersebut antara lain membantah tindakan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Mohd Ali Rustam yang berhasrat mewartakan 16 perkampungan Orang Asli di Melaka dengan pemberian tanah sebanyak 520.39 hektar kepada 363 ketua isi rumah.

"Sekiranya perkara itu terlaksana, setiap ketua isi rumah cuma memperolehi 1.5 hektar tanah sahaja.

"Kami juga menuntut segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat Orang Asli dihentikan dan menarik balik lesen yang diberikan kepada kontraktor yang bekerja di atas tanah itu.

"Pihak yang berkenaan juga perlu membayar pampasan yang sewajarnya menurut Perlembagaan Persekutuan di atas kerosakan dan kerugian yang kami hadapi dan mengiktiraf wilayah adat Orang Asli menurut peta komuniti Orang Asli," katanya.

Sumber :

http://www.malaysiakini.com/news/192073


Monday, 12 March 2012

Pemuda PAS Bukit Katil terus mendekati masyarakat


A090
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya."
(al-Nahl: ayat 90)
Alhmadulillah,

Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sentiasa berusaha untuk mendekati masyarakat sesuai dengan tema PAS Melaka iaitu Rakyat Di Hati Kami.

Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit katil dalam mendekati rakyat sekaligus memastikan rakyat terus bersama-sama PAS dalam usaha untuk memastikan Negara Berkebajikan yang berasaskan Islam dapat dilaksanakan di Malaysia.

Pada 4/3/2012, Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil telah turun di sekitar kampung Bukit Katil untuk bertemu dan bermesra dengan rakyat terutama golongan pemuda. Selain itu DPPKBK turut mengedarkan risalah penerangan bagi memastikan rakyat terus mendapat berita-berita yang benar.

  
DPPKBK yang diketuai saudara Jauhar (3 dari kanan) bersama wakil UPU bukit katil, Hj Maarof dan Hj Jaya berganding bahu untuk mendekati rakyat.
 Golongan muda terus menyokong PAS.

 
 Kereta Peugeot yang dimiliki oleh salah seorang Pemuda di kampung bukit katil.

Selain mendapatan maklumat, DPPKBK turut sama untuk mendaftarkan pengundi baru,

Saudara Abu khir mengedarkan risalah penerangan dari rumah ke rumah

Ketua Pemuda, Saudara Jauhar (duduk) bersama Naib ketua Pemuda, Saudara Bahtiar bertanyakan kepada pengundi muda sesuatu.

Pada 10/3/2012 DPPKBK turun ke Gelangang permainan sepak takraw Taman Harta Pertama, Bukit Baru untuk bermesra dengan orang muda yang selalu bermain sepak takraw disitu. DPPKBK turut menyumbangkan air 100plus dan bola sepak takraw kepada anak-anak muda ini.

  
ketua DPPKBK, saudara jauhar dan Ketua Penerangan DPPKBK, Saudara Aizat memberi sumbangan air 100plus dan bola sepak takraw.

Saudara Jauhar bersembang bersama salah seorang pemain.

 Para pemain mengucapkan terima kasih



Anak-anak muda sedang bermain sepak takraw.

InsyaAllah, dengan sedikit usaha seperti ini akan memastikan kemenangan PAS dan menjatuhkan kerajaan rasuah umno dan BN..



Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59