Thursday, 2 February 2012

Guna Bomoh




MELAKA: Anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang bertugas di Rejimen 514 Wataniah, Kem Bukit Beruang, dekat sini, Lans Koperal Mohd Khairul Nizam Majid, 29, yang kehilangannya masuk tiga hari semalam, masih gagal dikesan.

Abangnya, Zamri Majid, 43, berkata, selepas dua hari gerakan mencari dan menyelamat membabitkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sekitar kawasan jirat Cina di Sungai Putat itu, kini mereka beralih kepada alternatif lain.

“Kami sekeluarga masih mencari Nizam di kawasan berkenaan dan turut mendapatkan khidmat perubatan tradisional, perubatan Islam serta paranormal bagi mengesannya.

“Pada jam 4.30 petang semalam (kelmarin), kakak kami, Suhaimi, 50, membuat laporan kehilangan Nizam di Balai Polis Bukit Baru,” katanya.

Menurutnya, gerakan mencari oleh JPAM diberhentikan sementara selepas laporan berkenaan dan pihaknya kini menunggu tindakan susulan daripada polis bagi usaha mengesan adiknya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan menerima laporan itu.

“Operasi masih dijalankan pasukan tentera dan 10 anggota polis turut serta dalam operasi itu selepas kami menerima laporan daripada kakak mangsa,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan kehilangan Mohd Khairul Nizam di jirat Cina ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan tradisional akibat masalah kemurungan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59