Wednesday, 29 February 2012

Ukhuwwah Islamiyyah (Persaudaraan Islam), Indahnya Islam




Muqadimmah

Konsep Ukhuwwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah S.W.T. Dia melontarkan kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci, Firman Allah SWT yang bermaksud:

A063

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."(Al Anfaal ayat 63)

Syarat-syarat Ukhuwwah

  • Ukhuwwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah SWT. Ukhuwwah yang dibina berlandaskan keikhlasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.
  • Mestillah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
  • Mereka yang berukhuwaah mestilah melazimi diri dengan manhaj islam.
  • Mempraktikkan amalan nasihat menasihat.
  • Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samaada dalam susah atau senang.
Hak-hak Ukhuwawah

  • memberi salam
  • menjawab salam
  • menziarahi sahabat yang sakit
  • mengiringi jenazah
  • Memenuhi Undangan
  • Mendoakan sahabat ketika bersin
  • Menolong mereka yang dizalimi
  • Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan
  • Menolong mereka yang kesusahan.

Selain itu Imam Al-ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:

  • Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta
  • Saling tolong menolong samaada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana Hadis Nabi yang bermaksud: "Perumpaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain"

  • Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samaada semasa dia ada atau tidak dan tidak tercari-cari kesalahnya.
  • Menebarkan kebaikannya dan memangginya dengan nama yang bai. Saidina Umar pernah Berkata : " 3 perkara apabila kamu melakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam, yang kedua lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketga panggilah dengan panggilan yang baik
  • Nasihatilah dia dengan cara berhikmah sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa
  • mendoakan selepas dia hidup dan kematiannya.
  • Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.
  • Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkanya.

dipetik daripada buku Himpunan Teks Usrah, Membina Fikrah Harakiyyah Islamiyyah terbitan Lujnah Penerbitan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.



Monday, 27 February 2012

Kubah Masjid Bukit Baru Runtuh





Sebuah Masjid di Bukit Baru telah mengalami kerosakkan pada bahagian dalam dan luar setelah kubah masjid telah menghempap pada bahagian tempat imam menunaikan solat dan ruang masuk. Kerosakkan itu berlaku sekitar jam 5 lebih setelah jemaah menunaikan solat Asar.

Masjid yang dimaksudkan itu ialah Masjid Al-Ihsan di Bukit Baru berdekatan dengan tapak bagunan yang telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan baru. Pimpinan PAS yang hadir ditempat kejadian ialah Penyelia 2 DUN Bukit Baru, Ramli Dalip dan setiausaha MTD Bukit Baru, Mat Zen.

Ketika kejadian, hujan dan petir berdentum dengan kuat namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan ketika kejadian. Kerja-kerja pembaikan akan dijalankan pada keesokkan hari. Para jemaah masih boleh menunaikan solat di ruangan sebelah luar masjid

Gambar ihsan: PJ Center Photography

dipetik daripada http://pasmelaka.blogspot.com


Friday, 24 February 2012

Konvoi Lujnah Penerangan PAS Pusat Ke Melaka siri 3


Pada sesi malam,

terdapat beberapa program yang berlangsung serentak.

Dimulai dengan kuliah magrib di beberapa tempat, Tuan Guru Presiden di Serkam, Tuan Ibrahim Tuan Man di Bukit Katil dan Ustaz Misbahul Munir di Pantai Kundor.

Selepas isyak, ceramah perdana diadakan di Surau Hj Ali, Permatang Pasir melibatkan Tuan Guru Presiden, Hj Adli (Pesuruhjaya Pas Melaka) dan beberapa pimpinan PR. Di Kuala Linggi juga diaadakan ceramah perdana melibatkan Dato' seri Nizar, Ustaz Misbahul Munir dan beberapa pimpinan PR.

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa membatalkan ucapan kerana ada kecemasan dan perlu berada di kota Bharu, kelantan sebelum Subuh.

Menariknya dalam ceramah perdana di Permatang Pasir,diselitkan sekali dengan pelancaran buku Negara Berkebajikan peringkat melaka dan 2 orang bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS iaitu bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin dan bekas Timbalan Pengrah Hospital Besar Melaka, Dr Hj Khalid Kassim. Datuk Sahak Sudin menyerahkan borang keahlian PAS seumur hidup dan Dr Hj Khalid Kassim menerima sijil keahlian daripada Tuan Guru Presiden.

Kemasukan kedua-dua mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN Melaka selama lebih dari 54 tahun.

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun.

Berikut Gambar yang sempat dirakam:orang ramai mula membanjiri perkarangan surau Hj Ali, jangkaan lebih 3000 orang

ketibaan TGHH disambut oleh pimpinan PR melaka

persatuan Seni Silat Bukit Pegoh membuat persembahan menyambut ketibaan TGHH

Majlis pelancaran buku Negara Berkebajikan, turut kelihat Samsul Iskandar (Ketua AMK), Hj Adli (Pesuruhjaya PAS melaka), Dr Khalid dan Goh Leong San (Pengerusi DAP Melaka)

Turut kelihatan Ust Zulkifli Ismail, ketua Dewan Ulama' PAS Melaka

Dr Khalid menerima sijil ahli PAS daripada TGHH

Gaya seorang ulama' memberi kata-kata semangat kepada rakyat bagi menegakkan Islam di Bumi Melaka

Selesai majlis, para tetamu dijamu dengan sedikit kuih muih.

Moga dengan rahmat kehadiran Tuan Guru Presiden ke Melaka akan menaikkan semangat ahli dan penyokong Pas untuk terus memartabatkan Islam di Bumi Melaka. InsyaAllah.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (Al-Baqarah :214)

TAKBIR, TAKBIR, TAKBIR


Thursday, 23 February 2012

Konvoi Lujnah Penerangan PAS Pusat Ke Melaka siri 2


Alhamdulillah,

untuk sesi petang, konvoi lujnah penerangan PAS pusat telah menghadiri program Hi-Tea di pekan Durian Tunggal. Konvoi petang ini disertai sekali oleh konvoi bermotosikal ARC.

Selepas asar, Dato Tuan Ibrahim Tuan sempat meluangkan masa bersama PAS kawasan Bukit Katil untuk bertemu rakyat dan mengedar Risalah di pasar malam Paya Ikan.

Dalam masa yang sama, Ust Misbahul Munir meluangkan masa bersama rakyat di Pantai Kundor.

Berikut adalah gambar-gambar yang yang sempat dirakam semasa program hi tea ini..

Konvoi ARC yang disertai anak muda melaka menyambut kovoi Tuan Guru Presiden

Tuan Guru Presiden memberi ucapan dan taujihat kepada orang ramai

orang ramai yang khusyuk mendengar ucapan Tuan Guru Presiden

pelbagai bangsa yang terus menyokong PAS

anak-anak muda turut bersama ulamak

Tuan Guru Haji Hadi menyampaikan sumbangan kepada rakyat

TG Haji Hadi, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Haji Adli (Pesuruhjaya Pas Melaka) di meja hidangan.


Semasa ketua penerangan, Tuan Ibrahim Tuan Man hadir ke pasar malam Paya ikan untuk beramah mesra dengan rakyat, beliau bertembung dengan ketua menteri melaka Dato Ali Rustam yang juga beramah mesra dengan rakyat. Video ini sempat dirakam:



ini adalah gambar-gambar yang sempat dirakam:

Ketibaan Tuan Ibrahim Tuan Man di pasar malam Paya Ikan

Tuan Ibrahim Tuan Man beramah mesra bersama peniaga

Tuan Ibrahim Tuan Man sempat bersalaman dengan Ketua Menteri Melaka, Dato Ali Rustam

Untuk sesi malam, kami akan memberi laporan di dalam siri 3 nanti.

Moga Islam akan berdaulat di melaka. Takbir.


Tuesday, 21 February 2012

Konvoi Lujnah Penerangan PAS Pusat Ke Melaka siri 1


Alhamdulillah,

pada hari sabtu 18/2/2012 Lujnah Penerangan Pas Pusat telah mengadakan konvoi ke negeri melaka.

Pemuda PAS Bukit Katil antara yang terlibat secara langsung di dalam konvoi ini..

berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.

Rombongan konvoi menunggu ketibaan Tuan Guru Presiden di tol ayer keroh


Tuan Guru Haji Hadi Awang bersama isteri bersarapan di Restoran Hj Bakrin



konvoi tiba di Markas Pas paya dalam untuk taklimat pilihanraya (turut kelihatan kereta chevrolet nabira kepunyaan ketua pemuda pas bukit katil, Saudara Jawhar)

Tuan Guru Presiden disambut di Paya dalam, turut kelihatan ust misbahul munir

Pimpinan Pas pusat bersama pimpinan pas melaka selepas selesai sesi taklimat

selepas sesi taklimat, sesi beramah mesra (kelihatan Dr Idham Lim, Tuan Ibrahim Tuan Man, pesuruhjaya PAS melaka, TPJ 1 dan TPJ 2)

nantikan laporan dan gambar-gambar untuk sesi petang dan malam. Moga Islam akan berdaulat di Melaka. Takbir...


Tuesday, 14 February 2012

Nasib Pengayuh Beca Melaka




Apakah peranan kerajaan dalam membantu pengayuh beca?

Harian Metro hari ini melaporkan mengenai nasib pengayuh beca yang bertajuk "Jurujual Pelancongan". Mengayuh sehingga lebih lapan jam sehari, tetapi gagal mendapat seorang pun pelanggan sudah menjadi asam garam buat penarik beca di bandar ini.

Namun, itu tidak dijadikan alasan untuk mereka mengalah bagi meneruskan legasi pengangkutan awam tertua di negeri ini.

Jika 11 tahun lalu beca masih relevan untuk mengangkut penumpangnya ke pasar, sekolah termasuk mengangkut barangan dibeli pelanggan, kini penarik beca hanya membawa pelancong yang mahu bersiar-siar di kawasan tumpuan pelancongan.

Tugas mereka bukan sekadar mengayuh, malah perlu menjadi ‘jurujual’ dengan berteriak memanggil pelanggan, menawarkan khidmat, juga seperti pemandu pelancong, pencerita kisah sejarah, selain terpaksa berpanas atau dibasahi hujan.

Dengan bergantung kepada kudrat tulang empat kerat, mereka perlu bersabar menanti kunjungan pelancong yang kadang-kadang hanya mampu memperoleh pendapatan RM10 sehari atau jika bernasib baik mampu mengaut lebih RM100.

Mereka kini hanya bertumpu di kawasan pelancongan di Bandar Hilir di sini, dengan jumlah lebih 150 penarik beca yang aktif melakukan tugasan itu terdiri daripada mereka berusia seawal 14 hingga 67 tahun.

Adakah pihak kerajaan memberikan sumbangan kepada pengayuh beca ini? Difahamkan pengayuh beca ini tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan kecuali mendapat sumbagan dari sebuah syarikat telekomunikasi yang turut memberi sumbangan kepada mereka.

Sumbangan lain adalah dari sebuah syarikat telekomunikasi Digi yang telah menaja ke semua beca di Melaka semenjak 8 tahun yang lepas. Digi menyumbang RM50 untuk hari raya. Digi juga memberi sumbagan sebanyak RM30 sebulan selepas ditolak RM20. Setahun Digi bagi RM240 dan tambah sekali ganda RM240 untuk menjadikan RM480 setahun. Ia bagaikan insentif kepada kami.

Pihak Digi juga mengadakan jamuan pada bulan Ramadhan dan juga pada musim perayaan. Selain itu, Digi memperuntukkan kepada setiap pengayuh beca sehelai baju T bagi setiap bulan. Maka untuk setahun kami dapat 12 helai baju T dari pihak Digi. [sini]
Zack Farhan


Thursday, 2 February 2012

Ugut Guna Pistol Palsu




AYER KEROH - Seorang penjual burger mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam, atas dua tuduhan, termasuk mengugut menggunakan pistol palsu, pertengahan Disember tahun lalu.

Zuhairi Zakaria, 29, dari Cheng, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Zuhairi didapati dengan sengaja melakukan ugutan jenayah sambil mengacukan sepucuk pistol tiruan bagi mendatangkan ketakutan dan kegusaran terhadap Ahmad Tamyiz Mak Aris, 41.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Restoran Hijrah Sari Cheng, Nasi Ayam Hailam, Cheng kira-kira jam 4.10 petang pada 15 Disember 2011.

Zuhairi didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama dan dibaca bersama Seksyen 32(2) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan penalti tambahan penjara tidak lebih 10 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, Zuhairi didapati memiliki sebilah parang berhulu dan bersarung kayu sepanjang kira-kira 36 sentimeter, sebilah pisau bersarung besi bulat kira-kira 56 sentimeter di dalam sarung kain warna hijau diletakkan di dalam sebuah kereta Viva berwarna hitam.

Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta berhadapan Rumah Pangsa Taman Anika, Lorong Pandan kira-kira jam 5.45 petang pada hari sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan boleh dihukum di bawah akta sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Ahmad Sazali membenarkan Zuhairi diikat jamin RM8,000 dan menetapkan 29 Februari depan tarikh sebutan semula kes.

Dalam prosiding berbeza di mahkamah sama, seorang mekanik mengaku tidak bersalah merogol dan mencabul teman wanitanya tahun lalu.

Mohd Redzuan Mohamad, 26, didakwa merogol perem­puan berusia 15 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Jalan Lipat Kajang, Kampung Kandang, kira-kira jam 1.30 pagi pada 24 Oktober 2011.

Mohd Redzuan juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap perempuan sama di rumah tidak bernombor di KM 8 Kampung Alai kira-kira jam 1.40 pagi pada 22 November 2011.

Bagi kesalahan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sementara kesalahan mencabul, didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Ahmad Sazali membenarkan jaminan RM10,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 29 Februari depan.


Guna Bomoh




MELAKA: Anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang bertugas di Rejimen 514 Wataniah, Kem Bukit Beruang, dekat sini, Lans Koperal Mohd Khairul Nizam Majid, 29, yang kehilangannya masuk tiga hari semalam, masih gagal dikesan.

Abangnya, Zamri Majid, 43, berkata, selepas dua hari gerakan mencari dan menyelamat membabitkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sekitar kawasan jirat Cina di Sungai Putat itu, kini mereka beralih kepada alternatif lain.

“Kami sekeluarga masih mencari Nizam di kawasan berkenaan dan turut mendapatkan khidmat perubatan tradisional, perubatan Islam serta paranormal bagi mengesannya.

“Pada jam 4.30 petang semalam (kelmarin), kakak kami, Suhaimi, 50, membuat laporan kehilangan Nizam di Balai Polis Bukit Baru,” katanya.

Menurutnya, gerakan mencari oleh JPAM diberhentikan sementara selepas laporan berkenaan dan pihaknya kini menunggu tindakan susulan daripada polis bagi usaha mengesan adiknya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan menerima laporan itu.

“Operasi masih dijalankan pasukan tentera dan 10 anggota polis turut serta dalam operasi itu selepas kami menerima laporan daripada kakak mangsa,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan kehilangan Mohd Khairul Nizam di jirat Cina ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan tradisional akibat masalah kemurungan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59