Friday, 20 January 2012

Projek Propaganda Lagakan Pakatan Rakyat




Tidak menghairankan bagaimana idea untuk menggambarkan Hasan Ali sebagai pejuang Melayu Islam yang tulen – setulen UMNO agaknya – dan menggambarkan seolah-olah dalam Pakatan Rakyat, hanya PAS sahaja yang mampu membela Islam.

Pakejnya mudah iaitu, UMNO mahu dilihat sebagai pejuang Melayu dan Islam sebagai hak istimewa PAS. Pakej Islam dan Melayu ini adalah agenda perpaduan yang diimpikan oleh UMNO dan beberapa kerat pemimpin PAS termasuk Hasan Ali.

Matlamat ini hanya untuk memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Itu sahaja niat suci mereka untuk terus berkuasa dan mencuri harta negara. Tiada kaitan dengan Melayu atau Islam.

Mentaliti mengatakan bahawa Melayu hanya mampu dibela oleh UMNO adalah manifestasi kewujudan UMNO itu sendiri. Tafsiran pemimpin UMNO hari ini ialah UMNO adalah parti satu kaum, oleh satu kaum dan untuk satu kaum sahaja.

Ia berbeza dengan semangat kelahiran UMNO pada 1946 yang mahu membela Melayu kerana situasi hari ini lebih menunjukkan bahawa parti itu hanya mahu memastikan para pemimpin elit, keluarga dan kroni mereka sahaja mendapat pembelaan, dan bukannya umat Melayu keseluruhannya.

Kita dapat lihat bahawa dalam Barisan Nasional, UMNO menjadi dominan bukan hanya dengan nombor atau jumlah kerusi tetapi UMNO membolot semua hak-hak parti dan kaum lain termasuk wang dan khazanahnya. MIC, MCA, Gerakan dan yang lain hanya menjadi kuda tunggangan UMNO.

Adakah ini bermakna UMNO hebat kerana berjaya menundukkan parti-parti lain? Dari satu sudut, jawapannya ialah ya. Dari sudut yang lain pula, walau pun parti-parti komponen BN hanya menjadi kuda tunggangan UMNO, para kapitalis kaum-kaum lain mengaut keuntungan hasil persahabatan para pemimpin elit UMNO.

Yang terpinggir adalah rakyat, termasuk orang Melayu dan kaum-kaum lain sendiri akibat permainan politik UMNO-BN.

Untuk mengabui mata rakyat, isu emosi kaum dan agama terus dimainkan. Oleh kerana UMNO mempunyai mimpi ngeri dengan Anwar Ibrahim, maka PAS cuba dipujuk, diserang dan dikelirukan semata-mata kerana tidak mahu melihatnya berkawan dengan PKR dan DAP.

Maklumlah UMNO tidak akan berjaya memujuk dan berkawan dengan PKR kerana ramai pemimpin dan ahli parti itu adalah bekas UMNO yang benci dengannya. DAP pula tidak boleh dijadikan kawan kerana ketulusan dan kelurusan (skema) kepimpinannya menyukarkan UMNO yang penuh intrik dan korupsi berkawan dengan DAP.

Sumber: Akhbar Roket


Tuesday, 17 January 2012

Ketua Menteri Melaka Pengemis



Ketua Menteri Melaka boleh diibarat seperti pengemis yang melukut ditepi gantang dengan mengenakan caj RM2 walaupun telah memansuhkan cukai warisan sebanyak 5% yang telah berkuatkuasa pada 1 Oktober 2011 yang lalu namun cukai tersebut tidak diendahkan oleh pengusaha hotel.

Tindakan mengenakan cukai sebanyak 5% itu membebankan kepada mereka yang menginap. Jika Melaka benar-benar negeri maju, mengapa perlu ada caj warisan? Kerajaan Melaka selalu membuat perbandingan dengan Kerajaan Kelanatan namun kerajaan Kelantan tidak pula mengenakan caj warisan seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Menteri Melaka bahawa Kelantan negeri yang mundur.

Peliknya negeri maju ada caj warisan. Adakah caj tersebut semat-mata untuk menampung hutang kerajaan Melaka yang kian menggunung atau untuk diisi dalam kocek pemimpim dari parti yang memerintah? Jika benar-benar maju, tidak perlu adakan caj warisan atau kutipan RM2 ini. Ia mencerminkan kerajaan pimpinan Ali Rustam makin kekurangan duit.

Mohd Ali berkata, pengusaha perlu menjelaskan caj tersebut setiap bulan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). 

Beliau berkata, satu Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan akan ditubuhkan bagi melicinkan proses pelaksanaan caj berkenaan.

Satu kenyataan Ketua Menteri yang tidak konsisten dan seperti lidah biawak adalah tindakan menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan sedangkan beliau sendiri yang menghapuskan caj warisan dan mengapa perlu diwujudkan jawatankauasa pelaksaan ini. Ini membuktikan mereka tetap akan laksanakan tapi dengan cara lain.

Ia seperti istilah menginap pada pandangan Ketua Menteri Melaka, "Kami tidak akan menginap dihotel tetapi akan menginap di rumah". Ini bermaksud walaupun tidak menginap dihotel ia tetap menginap dirumah. Tetapi pada masa yang sama akan cuba masuk hotel walau tidak menginap. Inilah cakap-cakap pemimpin yang tidak bertamadun.

Ketua Menteri mengenakan caj RM2 ibarat Melaka lebih miskin dari Kelantan sedangkan Ketua Menteri Melaka mewar-warkan bahawa Melaka Maju tetapi disebaliknya ada pengemis meminta duit RM2.


Friday, 6 January 2012

UMNO Melaka Terdesak


Kerajan Melaka milik kerajaan Barisan Nasional

Duit parti dikongsi dengan duit kerajaan negeri?

UMNO Melaka semakin terdesak. Kali ini mereka menggunakan jentera wanita untuk mengadakan bacaan Surah Yasin di surau dengan mengagihkan kalendar 2012 seperti yang tertera di atas. Pemberian kalendar ini tidak menjadi masalah dan persoalan yang ingin dirungkaikan di sini adalah tindakan UMNO menjadikan kerajaan negeri Melaka itu kerajaan Barisan Nasional.

Adakah pihak kerajaan Barisan Nasional tidak dapat membezakan sebuah kerajaan dengan parti? Walaupun dibaca Surah Yasin pada tiap-tiap malam Jumaat, hati tetap masih menolak Islam. Apakah formula yang sesuai agar pemimpin Barisan Nasional terutamanya UMNO untuk membezakan apa itu parti dan kerajaan? Adakah mereka pura-pura bodoh ataupun memang tidak cerdik dan tidak tahu membezakan parti dan kerajaan?

UMNO jangan ingat bahawa Melaka ini milik UMNO secara total. Ini kerana kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka bukan 100% milik UMNO/BN sebaliknya mempunyai 5 kerusi DAP. UMNO/BN tidak boleh mengatakan mereka kuat selagi ia tidak perintah 100% dan Ketua Menteri Melaka pernah berkata mahukan Melaka sifar pembangkang.

Dua hari yang lepas juga Barisan Nasional yang diketua UMNO telah mengadakan ceramah di Taman Sin Hoe untuk mengganggu ceramah yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat. Tindakan seperti itu sudah sinonim dengan UMNO yang suka mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Mereka merasakan tidak kuat walaupun mempunyai siaran TV yang sentiasa memaparkan berita milik mereka.


Jentera pihak berkuasa tempatan telah dipergunakan untuk memastikan ceramah milik UMNO/BN berjalan seperti biasa. Pihak berkuasa tempatan yang terlibat itu ialah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah ditugaskan ditempat ceramah UMNO/BN manakala ditempat ceramah Pakatan Rakyat pula mereka memegang buku saman.



Apakah motif yang tidak masuk akal ini? Adakah pihak berkuasa tempatan di Melaka bekerja 25 jam sehinggakan malam pun mahu di saman kenderaan yang diletakkan ditepi jalan. Atau adakah mungkin kerana pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai dana untuk membayar gaji pekerja sehinggakan melakukan operasi sehingga tempat ceramah?

Bukan itu sahaja, pihak majlis bagaikan mengganti pihak polis untuk menjaga keselamatan pada malam ceramah tersebut. Semenjak bila pula pihak berkuasa tempatan mengambil alih tugas pihak polis dan kebenaran mana pula tiba-tiba pihak berkuasa tempatan berselera menjalankan tugasan di malam hari?

Mungkin jangka hayat UMNO/BN akan berakhir pada tahun ini. Mereka dikatakan menggunakan jentera kerajaan dengan sepenuhnya bagi memastikan mereka terus berkuasa. Berjayakah mereka memindahkan mahasiswa untuk mengundi di parlimen Bukit Katil seperti yang didedahkan oleh blogger kijang59?


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59