Friday, 23 September 2011

Ali Rustam Diminta Jangan Jadi Pelawak Sarkas



Tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta dibanteras kegiatan judi haram seperti memakan tuan sendiri ekoran dari tindakannya sebelum ini membenarkan operasi hiburan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi pada waktu hujung minggu.

Paling melucukan ialah mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk memotong bekalan elektrik dan air masing-masing. Apakah jenis lawak yang mahu ditunjukkan oleh Ali Rustam ini?

Ke mana perginya polis dari bahagian atau cawangan D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat? Ke mana perginya Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)? Wujudkah semua ini di Melaka sehinggakan kerajaan pimpinan Ali Rustam menggunakan khidmat SAMB dan TNB.

Selesaikah dengan menangani masalah dengan memotong bekalan? Apakah hak TNB dan SAMB untuk memotong bekalan air dan eletrik sedangkan bukan di bawah premis dari kerajaan Melaka yang menjaganya? Masalah sekarang ialah tindakan dari Ketua Menteri itu sendiri yang membenarkan lanjutan tempoh operasi hiburan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengarahkan semua agensi terlibat termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan polis untuk melakukan operasi bersama membanteras kegiatan itu daripada terus merosakkan nama Melaka.

Mengenai keresahan penduduk kerana pusat perjudian haram yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan beroperasi tanpa tindakan tegas pihak berkuasa. Ia berpunca selepas kebenaran melanjutkan pusat operasi hiburan. Sebelum ini kes ini bukan tidak berlaku tetapi tidak seteruk yang berlaku sekarang

Pengusaha premis perjudian berkenaan pula semakin rakus mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka berjaya menarik minat ramai pelanggan berpendapatan rendah, golongan belia, pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi.

Jadi, selepas ini kerajaan negeri di bawah Ali Rustam perlu berfikir panjang dan tidak sewenang-wenangnya melanjutkan masa hiburan di Melaka. Jika tidak dibendung, maka bala akan tiba meimpa tidak kira sama ada baik atau jahat.

Jangan salahkan kaum lain berjudi sebaliknya perhatikan kaum mana yang paling kuat berjudi kalau bukan kaum yang sama seperti Ketua Menteri. Jangan jadi pelawak sarkas jika sudah tiada idea. Apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Apabila kes sudah merebak, baru mahu fikir bahananya. Sudah terlambat..

Oleh: kijang59


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59