Tuesday, 13 September 2011

Pemuda Bukit Katil edar Kuih Bulan



ISNIN 12/9/2011- Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil semalam di bawah Lujnah Perpaduan Nasional telah mempergiatkan usaha mempereratkan hubungan antara kaum dengan melaksanakan program mengedar kuih bulan di beberapa kawasan Parlimen Bukit Katil.

Program dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun, Bukit Baru dan Ayer Molek telah mendapatkan respon positif dari kaum Tiong hua yang begitu gembira menerima kuih bulan. Ada di antara mereka yang terkejut dengan kehadiran petugas PAS yang menghulurkan kuih bulan kepada mereka.

“Ada seorang wanita Cina yang terkejut apabila saya datang dan memberi beberapa bungkus kuih bulan, dia bertanya bagaimana awak tahu hari ini kami menyambut perayaan kuih bulan dan ada juga yang mengucapkan Selamat Hari Raya sebagai ucapan balas terima kasih” ujar ustaz Nor Khairi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Bukit Katil.

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orangCina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Ia sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Saudara Jauhar Dawi berkata sejarah Perayaan Kuih Bulan ini sebagai simbolik bahawa kita perlu menolak sebarang bentuk kekejaman yang di lakukan pemerintah kepada rakyat.

“Islam juga menyeru kepada umatnya agar menolak kezaliman dan berusaha untuk berlaku adil, kerana adil itu dekat kepada Taqwa” ujar Jauhar

Program ini juga sebagai salah satu inisiatif Pas dalam usaha memasyarakatkan Pas selain memecahkan fenomena takut kepada Pas khususnya kepada rakyat bukan Islam.

“Pas komited dalam usaha memperbaiki hubungan antara kaum yang akhir-akhir ini kelihatan agak goyah dengan pelbagai isu sensitive yang di main kan UMNO” kata Jauhar lagi.

Program turut di hadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Ustaz Kamarudin Sidek yang turut mambantu mengagih kuih bulan di beberapa restoren di Bukit Baru.



Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59