Saturday, 5 March 2011

Yuhaizad Abdullah terima sms daripada Geng Jebat Derhaka


Perkhidmatan pesanan ringkas (sms) berbaur ugutan tersebar di sekitar kawasan Merlimau, memberi amaran supaya pengundi tidak menghadiri ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat. Calon PAS-PR, Yuhaizad Abdullah (gambar bawah, tengah) bersama empat orang ahli PAS, menerima sms sedemikian pada petang semalam.

"Geng jebat derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR yang menjadi pentas memecah belahkan Melayu. Sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirla ke ceramah2 PR pd mlm ini dan seterusnya. awas keselamatan kenderaan anda tidak dijamin," demikianlah kandungan sms yang diterima oleh Setiausaha PAS Melaka, Harun Mohamad, daripada nombor telefon 0124496241.

Dalam laporan polisnya, Harun Mohamad mendakwa dirinya menerima sms ini pada jam 7.20 petang 3 Mac, ketika beliau berada di bilik gerakan PAS Merlimau. Beliau percaya bahawa sms ini datang daripada pihak UMNO, kerana beliau juga menerima satu sms daripada nombor tersebut, sebelum ini, berbunyi, "TPM bayau makan minumnya di chinchin supaya halal dan dia x amik kesempatan bukan macam nik aziz...naik haji pun nak free..nak org sponsor..itu rasuah namanya dan tak ikut sunnah nabi..sah ke hajinya?"

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyanggah kenyataan Ketua Polis Melaka bahawa tuduhan pemimpin PR diserang tidak berasas, menekankan bahawa sms berbaur ugutan itu dihantar melalui nombor telefon tertentu, dan polis harus menyiasat dalam hal ini. Dalam satu sidang media tadi, Salahuddin Ayub berkata dirinya mengesyaki bahawa Geng jebat derhaka dilindungi, malah diupah oleh pihak tertentu.

Merdeka Review


Penternak lembu pun diperdaya Ali Rustam


MERLIMAU: Berang dengan janji Ketua Menteri Melaka ,Dato’ Seri Mohd Ali Rustam, 15 penternak lembu di Kampung Paya Buluh dekat sini mendesak kerajaan BN negeri segera menyelesaikan kemelut mereka sebelum hari mengundi Ahad ini.

Wakil penduduk M Nesmuthu, 50, berkata pada perjumpaan dengan Mohd Ali di Pejabat Operasi BN di pekan Merlimau 15 Februari lalu, Mohd Ali berjanji bahawa kesemua 15 penternak yang berdaftar dengan Jabatan Veterinar Melaka akan menerima seekor lembu susu.

“Bagaimanapun, dalam senarai yang dikeluarkan Jabatan Veterinar Melaka pada 2 Mac 2011, hanya lapan daripada kami yang disenaraikan akan menerima lembu susu tersebut. Apa yang kami berang empat orang daripada lapan orang yang disenaraikan menerima lembu susu tersebut adalah mereka yang tidak layak menerima lembu susu di bawah skim Teras.

“Mereka ini penternak lembu kecil-kecilan dan tidak pernah membekalkan susu lembu kepada Jabatan Veterinar Melaka, sedangkan kami adalah penternak lembu yang juga pembekal susu lembu kepada Jabatan Veterinar,” kata Nesmuthu.

Sementara itu Naib Pengerusi DAP Melaka, N Gandhirajan yang turut hadir bertemu penternak berkata, wujud amalan kronisme dalam pengagihan lembu susu oleh kerajaan negeri.

“Salah seorang daripada empat orang tersebut tidak pernah membela lembu tetapi disenaraikan layak mendapat lembu. Apabila diselidiki beliau ialah Ketua Kampung Paya Buluh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Harakah edisi 2 – 5 RABIULAKHIR 1432 / 7 – 10 MAC 2011


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59