Wednesday, 2 March 2011

Lebih RM200 ribu ditelan dalam jamuan 1Malaysia di Merlimau


Oleh : Ong Vic Kee

Jamuan, angpow, hamper, malah hadiah istimewa seperti motorsikal, basikal, barangan elekronik dan sebagainya terus diberikan melalui cabutan bertuah oleh NGO 1Malaysia, yang bertapak di Merlimau dua minggu sebelum PRK Merlimau membuka tirai. Setakat ini dua jamuan malam telah diadakan, dan lebih RM200 ribu dibelanjakan, mengikut anggaran kasar wartawan.

Jamuan malam diadakan pada 20 dan 28 Februari, dengan kehadiran kira-kira 1300 orang masing-masing. Menurut seorang penduduk tempatan, Fua Yong Siong, jamuan yang disediakan kononnya berharga kira-kira RM200 semeja, dan kedua-dua jamuan menyediakan 130 meja masing-masing (semeja untuk 10 orang). Dengan kata lain, RM52,000 telah dibelanjakan hanya untuk makanan jamuan.

Ia belum termasuk angpow yang diberikan selepas jamuan pertama pada 20 Februari. Menurut Fua Yong Siong, penduduk hanya perlu mendaftarkan nama dan nombor kad pengenalan dirinya, untuk menghadiri jamuan bersama Perdana Menteri Najib Razak pada minggu lalu. Berbekalkan tiket yang berwarna kuning, penduduk di situ boleh mendapat wang tunai RM100, dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Seandainya kesemua 1300 orang memperolehi angpow bernilai RM100 masing-masing, maka RM130 ribu telah diberikan. Menurut Fua Yong Siong lagi, kira-kira 600 bungkusan yang mengandungi teh, susu dan sebagainya juga diedarkan, dijangka bernilai RM10 setiapnya.

Perkiraan kasar perbelanjaan NGO 1Malaysia di Merlimau setakat ini membawa kepada jumlah RM188,000 (RM52,000 + RM130 ,000 + RM6,000), belum termasuk barangan elektronik (televisyen LCD, mesin basuh, periuk nasi), basikal, pakaian, hamper dan sebagainya yang diberikan melalui cabutan bertuah. Malah, kos lain seperti upah pekerja, upah untuk persembahan, banner dengan gambar Najib dan sebagainya belum diambil kira.

Satu lagi jamuan sebelum hari pengundian

Fua Yong Siong menambah, sebagaimana yang diketahuinya, satu lagi jamuan yang menyasarkan 3,000 orang bakal dianjurkan pada 5 Mac, iaitu sehari sebelum hari pengundian PRK Merlimau. Bagaimanapun, Fua Yong Siong tidak pasti sama ada jamuan tersebut juga dianjurkan NGO 1Malaysia.

"NGO" 1Malaysia ini muncul buat kali pertama di PRK Galas pada Oktober 2010. Mereka mengerah pengundi untuk menyertai perarakan dan jamuan yang diadakan oleh mereka. "Pulangan" berharga RM100 hanya sampai ke tangan setelah hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai.

Secara umumnya, kewujudan "NGO" 1Malaysia ini dikatakan kerana MCA dan Gerakan tidak yakin terhadap kemampuan dirinya untuk memikat undi Cina. Bagaimanapun, Barisan Nasional telah menafikan hubung-kaitnya dengan NGO 1Malaysia ini, mendakwa bahawa NGO 1Malaysia berkempen kerana menyokong idealisme BN.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.


Prk Merlimau : SPR berat sebelah, paksa turun bendera di bilik Gerakan KEADILAN


MERLIMAU: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaksa Wanita KEADILAN menurunkan bendera parti di bilik gerakan Permatang Serai dilihat berat sebelah, kata ketuanya, Mahani Misban.

“SPRM datang dengan polis dan memaksa kami menurunkan bendera parti kerana mendakwa KEADILAN tidak bertanding.Kami Wanita pertahan mengatakan bahawa bilik gerakan yang memuatkan lebih kurang 30 orang itu adalah milik persendirian yang disewa khas. Ekoran itu timbul pertengkaran mulut antara SPRM dengan Wanita,” kata Mahani.

Ketika bercakap kepada Keadilandaily, Mahani tidak menolak tindakan SPRM dan polis itu atas arahan kerajaan Umno.

“Saya pasti mereka hanya mendengar arahan Umno sebelum membuat serbuan ke rumah ini. kami turut menjelaskan kepada mereka yang Wanita tahu undang-undang pilihan raya dan rumah yang disewa adalah milik persendirian.

“Selepas mendengar penjelasan daripada kami, pihak SPRM dan polis mula beredar kerana mengakui perkara tersebut tidak salah,” katanya.
Sementara itu beliau juga menyuarakan kekesalan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana sanggup menampal poster dan kain rentang berbentuk penghinaan kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Poster-poster tersebut digantung berhampiran tempat ceramah Anwar malam tadi yang menimbulkan ketidaksenangan penyokong. Tapi SPRM hanya menurunkan poster dan kain rentang selepas dapat laporan daripada kami, agaknya kalau kami tidak lapor, mereka buat tidak tahu sahaja,” ujarnya.

Keadilan Daily


Prk Merlimau : Umno Dan Utusan Penyebar Fitnah Dan Aib


MERLIMAU 3 FEB : Budaya memfitnah dan mengaibkan orang yang disebarkan oleh Umno dan akhbar kawalannya Utusan Malaysia hanya memakan diri dan gagal mempengaruhi rakyat.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbicaraan fitnah ke atas dirinya mendedahkan kepada orang ramai angkara jahat politik Umno untuk memanjangkan jangka hayat parti itu.

"Kalau Utusan itu akhbar Melayu, kemudian orang tak dibenarkan berfikir, siapa yang khianat Melayu? Nak ikut Rais Yatim? (Anwar ulang kenyataan Rais Yatim) 'kita mestilah jaga budi pekerti dan budaya bangsa kita, maka orang-orang seperti pembangkang yang rendah akhlaknya tidak boleh disokong'".

Berucap pada ceramah di Merlimau, Anwar berkata perbicaraannya atas tuduhan fitnah liwat sekali lagi membongkar kezaliman pemerintah dan polis.

"Hari ini keluar gambar lokap. apa dia cerita? lokap Anwar ada televisyen, ya televisyen apa? CCTV. ada katil, khas.Tadi Ketua Polis IDP Bukit Aman kata tak ada. Karpal Singh tanya, bukankah Datuk Seri Anwar kata ada sakit pinggang? dia jawab ada. Kamu tak bagi tilam, bantal? tak ada. dia tidur atas lantai? simen? ya," katanya.

Anwar berkata beliau menyedari layanan polis dan pejabat Peguam Negara di bawah telunjuk Umno adalah untuk mengaibkan beliau semata-mata demi meluntur semangat dan perjuangan politiknya.

"Telanjang saya dan ukur, sebab nak aibkan, kamu tangkap kamu telanjang ukur, hina. nak lawan lagi? bukan kamu tentukan. Kalau Allah takdirkan ujian ini, saya terima dengan sabar dan doa "ya Allah janganlah beri beban sehingga aku tak mampu menanggungnya" maksudnya sekarang ini, saya masih mampu tanggung tapi percayalah kekuasaan Tuhan," tegas Anwar.

Anwar berkata meskipun media massa seperti Utusan dan TV3 cuba memesongkan keterangan-keterangan pada perbicaraan beliau, hakikat ialah bukti-bukti terhadapnya direka cipta dan fitnah semata-mata.

Sumber berita asal: Warga Marhaen


PRK Merlimau : Ugut-mengugut cara Umno berkempen


WarkahDaily – Kalau kamu undi PAS, semua peruntukan kami tarik balik. Ugut-mengugut dah jadi darah daging pemimpin Umno-BN. Duit peruntukan yang memang sepatutnya rakyat dapat, depa duk jadikan umpan ugutan. Depa ingat duit tu, bapak depa punya kot.

Dah tak tahu dah bagaimana cara nak bagi rakyat jauhi PAS, ugutan lah jadi senjata utama pemimpin dan barua Umno-BN dalam pilihanraya kecil Merlimau sekarang ini.

Kerana terlampau takut sangat dengan kekalahan. Maklum sajalah, Melaka Ali Rustam anggap kubu kuat yang belum ditembusi pengaruh Pakatan Rakyat (PR). Jadi walau apa usaha sekali pun, tak kira kotor atau tidak, pasti depa akan gunakan. Yang penting, kuasa mereka kekal.

Kalau di Kerdau depa gunakan tenaga pakar dari Amerika untuk rancang strategi hadapi PAS. Hebat betul PAS, sehinggakan Umno-BN terpaksa guna tenaga dari Amerika untuk hadapi PAS. Barua-barua Umno-BN yang duk Malaysia semuanya bodoh-bodoh belaka. Bukan aku yang kata, tapi YB Umno yang duk bawak pakar Amerika datang ke Kerdau yang iktiraf.

Tapi di Merlimau, Umno-BN guna cara ugutan.

Malaysian Insider melaporkan, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat aduan daripada pengundi bahawa Umno mula menggunakan pendekatan ’mengugut’ sejak semalam.

Tambah beliau, ia dibuat melalui kempen rumah ke rumah dan juga dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan BN.

“Ada pihak tertentu dari Umno yang ugut pengundi supaya tak undi PAS, mereka cakap kalau undi PAS semua peruntukan akan ditarik balik.

“Itu adalah satu ugutan cara jahat supaya orang undi Umno, wang peruntukan itu duit rakyat kenapa mesti nak tarik?,” katanya pada sidang media di Markas PAS di Jasin.

Halim yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS Merlimau berkata, pengundi di DUN Merlimau perlu membuat perubahan dengan memilih calon PAS Yuhaizat Abdullah.

Tegas Halim, BN masih mengamalkan pendekatan “mengugut” kerana terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi di Merlimau yang majoritinya orang Melayu.

“BN gunakan kempen rumah ke rumah, ada pihak tertentu dari Umno ugut penduduk dan kita jangka ini akan berterusan sampai hari pengundian.

“BN masih main kotor, pilihan raya kecil tidak ubah (kerajaan negeri) Melaka, kalau PAS memang kerajaan (negeri) tak jatuh,” katanya.

Sumber: Warkah Daily


Kempen PRK Merlimau semakin dicemari


Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.


"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak,” katanya.

Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan sayapasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?” kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya. Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.

Payah Sungguh


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59