Wednesday, 16 February 2011

Merlimau - Jangan Jadi Hulu Selangor


Sebentar tadi (10.2.11 jam hampir 6.00 petang) saya terima panggilan talipon dari Sdr Yusof (Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Selandar) memberitahu saya bahawa rumah yang disewa oleh Parti Keadilan Rakyat Negeri Melaka di Permatang Serai, Merlimau telah dikacau oleh seorang lelaki Melayu yang mendabik dada bahawa beliau akan menjadi calon untuk DUN Merlimau mewakili Barisan Nasional.

Rumah yang disewa oleh KEADILAN itu adalah kepunyaan kakak ipar saya. Lelaki Melayu itu adalah juga penduduk Permatang Serai dan saling mengenali kakak ipar saya dan anak-anak buah saya didalam rumah itu.

Lelaki itu telah datang ke rumah kakak ipar saya dan berjumpa dengan anak buah saya dan bertanya secara kasar seperti: "Dengar awak sewakan rumah awak kepada PKR, betul ke?" Anak buah saya menjawab: "Betul."

"Kenapa bodoh sangat sewakan rumah kepada PKR? Dah, batalkan sewa itu, ambil duit dari UMNO, kita bayar sekali ganda dari PKR, dan saya pastikan UMNO akan hantar batu dan lain-lain untuk membaiki laman rumah." katanya, sombong.

Anak buah saya kata: "Tak boleh buat begitu sebab saya dah terima bayaran sewa dari PKR."

Melayu sombong itu bertanya: "Awak orang PKR ke?"

Anak buah saya jawab: "Kat rumah ni, macam-macam parti ada, PKR, PAS dan UMNO. Kami anak-beranak boleh hidup serumah walaupun berbeza parti. Rumah ini kepunyaan emak saya dan terserah kepada dia nak sewakan kepada siapa."

Ketua Wanita PKR Melaka juga menalipon isteri saya, Hendon Jaafar, adik kepada tuan rumah, memita isteri saya menalipon kepada anak buah kami di Merlimau tu.

Isteri saya sudah pun bercakap dengan anak buahnya, dan anak buahnya itu telah memberikan jaminan bahawa dia tidak akan menyewakan rumah tersebut kepada UMNO. Dia faham tujuan UMNO itu supaa orang-orang Pembangkang tidak mendapat kemudahan menyewa rumah.

Isteri saya menceritakan juga pengalaman dia semasa di Hulu Selangor. Setiap rumah untuk disewa oleh PKR didatangi oleh wakil-wakil UMNO dengan menawarkan sewa berkali-kali ganda yang ditawarkan oleh PKR.

Namun setelah PKR tidak mengambil rumah-rumah itu untuk disewa, UMNO juga tidak menyewa rumah-rumah itu. War-war UMNO mahu menyewa rumah-rumah itu hanyalah untuk menghalang rumah-rumah itu dari disewa oleh PKR, akhirnya rumah-rumah itu samapai siap PRK Hulu Selangor itu tidak disewa pun oleh UMNO.

Ini bermakna UMNO hanyalah khianat kepada pemilik-pemilik rumah yang terdiri daripada orang-orang Melayu daripada mendapat rezeki semasa PRK itu.

Anak buah isteri saya itu faham, bahkan melahirkan perasaan menyampah dengan sikap sombong wakil dari UMNO itu.

Sumber : Selatan Online


Merlimau: Umno BN mula peralat Jabatan Pelajaran


KUALA LUMPUR, 16 Feb: Umno BN seperti mahu mengulangi episod memalukan seperti di pilihan raya kecil (PRK) Tenang apabila sekali lagi memperalatkan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Pejabat Pelajaran Daerah Jasin untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.

Menurut laman http://pencacai-semalaysia.blogspot.com, jika di PRK Tenang, Pengarah JPN Johor secara terang-terang dan terbuka berkempen dengan menggunakan nama rasmi program JPN dengan meminta guru-guru dalam PRK Tenang supaya mengundi dan menyokong calon Umno/BN.

Di PRK Merlimau, episod menjadikan guru sebagai kuda tunggangan iaitu alat kempen Umno/BN seperti di PRK Tenang berulang. Atas nama program Jabatan guru-guru di Merlimau telah dikerah dan dipaksa untuk hadir dalam program kononnya majlis perasmian Bangunan Tambahan SKJ (C) Merlimau.

Menurut guru yang hadir dalam majlis yang dihadiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada langsung agenda perasmian bangunan tambahan seperti dalam surat jemputan. Sebaliknya 'backdrop' majlis pada malam itu terpampang 'Majlis Makan Malam Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri'.


Ramai guru yang hadir pada malam itu kesal dan berasa tertipu kerana terang-terang ia adalah majlis kempen supaya guru-guru menyokong Umno/BN. Lebih menghairankan mereka surat jemputan ke program dibuat pada sebelah malam. Menurut seorang guru yang hadir yang enggan dikenali memberitahu, mana ada orang rasmi bangunan sekolah pada sebelah malam.

Apa yang berlaku menunjukkan Umno/BN benar-benar terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi N.27 Merlimau yang dimenangi sebelum ini. Apa yang dilakukan oleh JPN ternyata bercanggah dengan etika dan tanggungjawab seorang penjawat awam.

Kita tunggu dan lihat apakah reaksi sekiranya terdapat guru dan juga kakitangan kerajaan memihak dan bertugas bersama jentera PAS atau Pakatan Rakyat dalam PRK Merlimau.

Harakah Daily


Hujan emas di Merlimau


Untung jadi pengundi Merlimau. Mintak apa saja pasti diberi. Kalaulah nyawa boleh diberi mesti ada jugak mungkin terjadi. Umno akan cuba memenuhi apa saja permintaan penduduk Merlimau. Sebut aje di mulut pasti sampailah ia. Jangan sebut nak berbini mau berperang seluruh Merlimau. Bengkak kepala. Projek dicurahkan begitu banyak sepertimana air hujan mencurah di Tenang.

Bimbangnya Merlimau menjadi tenang yang kedua. Banyak sangat projek mencurah kemudian datang hujan lebih banyak mencurah daripada projek yang dibuat oleh Umno. Sampai sekarang Tenang mungkin masih ada lagi yang duduk di tempat pemindahan.

Tak apalah asal kroni dapat wang untuk biayai kempen Umno. Kalau tak ada projek untuk kroni maka tak adalah sumbangan kroni untuk Umno. Kelepuk Umno berbuih pengsan. Tak ada sumbangan rokok, tak ada sumbangan duit, tak ada sumbangan Umno pasti cepat m*mp*s.

Di Merlimau projek dijalankan siang dan malam. Turap jalan dari pagi sampai ke malam. SAMB pun siang malam pasang paip air. Yang tak ada kepala paip pun diberi kepala paip secara percuma. Kalaulah semua YB mati, mahu menangis jabatan kerajaan nak jalankan semua projek sekaligus. Siang malam pegawai kerajaan dijadikan hamba abdi demi survival Umno di bumi Malaysia. Semua pegawai dibolehkan claim overtime dan yang pasti beruk gelekek le sampai pagi.

Hampir seluruh jabatan di Melaka diarahkan untuk menolong Umno memenangi dun Merlimau. Kalau ada rumah senget, pasti jabatan perumahan negara datang membaikinya. Kalau nelayan sampan bocoq ada yang akan menampalnya. Kalau petani bocoq seluar pasti ada tukang jahitnya. Pokok pisang yang mati lemas banjir baru ni dah mula diganti dengan anak pisang awak. Dulu tanam pisang saya. Pisang yang lemas air dulu untuk pasaran tempatan, selepas ini projek pokok pisang akan dieksport ke negara monyet, beruk dan Mesir.

Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah buat kajian tentang kemiskinan, yang mana tak dapat lagi duit kebajikan diberi awal selama 3 bulan, selepas ini payah le penerima wang kebajikan nak hadap 3 bulan hidup tanpa bantuan. Hidup hidup ditipu penerima wang kebajikan, ingatkan wang itu untuk sebulan tapi sebenarnya 3 bulan dan akan dihabiskan dalam bulan ini.

Selepas ini bulan Mac penerima wang kebajikan akan berkepuk menahan lapar. Dulu arrr pakcik kerajaan sulah bagi untuk 3 bulan pasai apa pakcik belanja semua sekali, lahabau kau orang aku ingat kan duit pilihanraya rupanya duit hantu raya rupanya. Menangis le pakcik menahan azab sengsara duit diberi awal dan dihabis pun awal. Nyawa pun akan habis awal nak menahan lapar dengan kenaikan harga barang.

Malam malam sekarang di Merlimau tidak sunyi langsung. Ada je deruan kenderaan jabatan. Nasib baik Jabatan Alam Sekitar tak datang jugak. Perhilitan pun masih tidur lagi gamaknya. Yang aktif sekarang adalah JKR, SAMB, jbtn kebajikan, jbtn pertanian, jbtn perikanan, jbtn jentera dan kilang pun aktif gila, yang seronok Ali Rustam tidur kat rumah.

Yang meriah sekarang di Anjung Batu dan Umbai, setiap malam penuh pelanggan kerana Umno sedang membahagikan harta rakyat. Makan gelak minum gelak nasib baik tak mati tercekik tulang ikan siakap. Duit apa nak heran, banyak mana dihabiskan dah nampak di depan mata yang akan diganti. Tak dapat merana seperti kontraktor Kuala Terengganu sampai sekarang bayaran tak dapat dapat.

Menangis lagu Umno pun belum tentu dapat bayaran. Ada yang dah kena kerja dengan orang jadi kuli sebab nak bayar hutang angkara mempercayai Umno. Masa pilihanraya ambik semua kalau tanya siapa nak bayar; YB bayar. Lepas menang, menang kalah Umno duit tak ada sebab mana ada hitam putih, ambik tanpa PO ( Purchase Order ). Ada PO pun tak dibayar.

Umno Merlimau tengah sibuk melobi sampai malam semalam masih duk melobi. Siapa yang ada kelapangan datang le ke Tenang, ada majlis dengan Cikgu Normala calon Pas Tenang. Sementara nak berperang di Merlimau jom kita raikan petugas di Tenang. Orang Pas, kalah menang prk tak kisah punya. Apa nak dikisahkan sangat tentang kalah. Yang tak biasa kalah je jadi Mat Jenin.

Sumber : Selatanonline


SAJAK : SEHARUSNYA BILA TERBUKA TABIR TAHUN BARU


Seharusnya bila terbuka tabir tahun baru
kita sudah memenuhi dewan berasa sesal
dan pilu; 40 hari
suasana berkabung dihirup
atas usia yang tergelincir semalam
diselubungi sejuta asap
lihat saja sekumpulan kerbau
bergelumang dengan lumpur kelabu
menyembunyikan rupa yang sebenar.

Berlarilah sejauh-jauhnya daripada terpalit
aktiviti
meraikan kedatangan tahun baru
dengan perbuatan tak berkualiti
atau menghidupkan program
membangkai
yang ketara membabi buta melanggar
batas hukum
dan mencalar wajah ketimuran
yang mulus sebagus gadis manis
masih meniti permatang bening
embun bersiul-siul
di jendela dinihari.

Seharusnya bila terbuka tabir tahun baru
kita sama-sama sepakat mengisi petak
sangat bersyukur
atas diberi-Nya peluang sekali lagi
untuk hidup menuju pengabdian sejati.

Mohd Adid Ab Rahman,
Selandar, Melaka

Dipetik daripada Harakah keluaran 1 – 3 RABIULAWAL 1432 / 4 – 6 FEBRUARI 2011


Muslimat PAS bantu mangsa banjir di Melaka


MELAKA: Dewan Muslimat PAS Pusat turut turun padang menziarahi mangsa banjir di sekitar Merlimau dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian oleh Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh, di sini, baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Muslimat Melaka, Kintan Man melalui kerja-kerja kebajikan seperti ini kita dapat menyantuni pelbagai golongan masyarakat dan mampu menterjemahkan mesej Islam yang kita bawa.

“Kita harap program sebegini menjadi penghubung antara kita dan masyarakat dan seterusnya dapat menarik hati mereka untuk menyokong dasar perjuangan kita.



“Program ini berjaya menemui hampir kesemua mangsa banjir di Chincin dan Sungai Rambai sama ada melalui mangsa sendiri ataupun wakilnya di mana kita berjaya sampaikan kepada hampir 50 keluarga yang mengalami banjir baru-baru ini.

“Malah ada mangsa banjir yang sebelum ini tidak menerima apa-apa bantuan pun daripada mana-mana pihak yang bertanggungjawab kerana pelbagai alasan,” katanya.

Beliau menambah, sumbangan yang diberikan itu amat bermakna kepada mereka kerana banjir yang melanda pada kali ini agak menjejaskan mereka berikutan hujan lebat dan air yang naik secara mendadak tanpa diduga seperti tahun-tahun sebelumnya.

Banjir yang berlaku kali ini di Jasin, Alor Gajah dan Sungai Rambai turut mengakibatkan satu kematian dan menyebabkan kerugian harta-benda kepada mangsa yang terlibat.

HARAKAH 11 - 14 RABIULAWAL 1432 / 14 - 17 FEBRUARI 2011


Merlimau, Melaka negeri bersejarah


Merlimau di Jasin di dalam negeri bersejarah, apakah PAS sekali lagi akan meletakkan calon muslimat untuk bertanding di DUN Merlimau? Di Melaka banyak sejarah diukir, dan PAS perlu mengukir lagi sejarah di negeri bersejarah. Calon PAS telah dipilih oleh majlis syura dan dalam senarai pendek calon PAS Melaka telah mengemukakan seorang calon muslimat sebagaimana di Tenang. PAS telah melihat bagaimana muslimat PAS telah memanopoli perarakan calon di Tenang.

Muslimat PAS telah ke depan dan lebih maju dari wanita UMNO yang dikatakan akan terus kempunan kerana ketua wanita UMNO sekarang hanya seorang senator menjawat jawatan menteri second hand. Muslimat PAS, wanita DAP dan srikandi PKR telah bersatu semasa menjalankan kempen bersama bertemu pengundi. Jika ini digembelingkan lagi bermakna kuasa wanita akan lebih bersemangat untuk menang di Merlimau walaupun tewas di Tenang. Tenang tetap menang dalam kalah. UMNO tetap kalah di Tenang sampai sekarang tak tenang tenang.

Apakah muslimat di Merlimau juga dijadikan calon, hanya 24 Februari nanti akan diketahui. Jika diambil kira semangat di Tenang, PAS pasti akan mengukir lagi sejarah di bandaraya bersejarah. Yang pasti muslimat PAS sudah bersiap sedia untuk datang dan bertempur lagi di Merlimau.

Satu daerah berjiran dengan Tenang, Cikgu Normala pasti datang menambahkan tenaga dan sengat di depan serangan kempen. Kali ini muslimat pasti lebih hebat. Pengalaman pertama mematangkan mereka untuk terus berhujah dengan wanita UMNO di Merlimau.

Merlimau bukan lagi kubu kuat UMNO. Walaupun Ali Rustam dan Majidin terus melaungkan amaran. Kalau kubu kuat tak lah sampai Majidin terpaksa buat walkabout, gila ke apa tpm jalan kaki cari pengundi, kalau kuat tak buat macam tu, letak aje tunggul pun pasti menang. Kalau kuat tak perlu paksa JKR kerja sampai malam, SAMB terpaksa cari banyak kepala paip nak sambung air, tak perlu kerah Jabatan Pertanian tanam pisang awak.

Kasihan kepada pegawai kerajaan di Melaka. UMNO terus memaksa semua jabatan dan agensi supaya terus bekerja demi mempertahankan kuasa UMNO di Melaka. Kubu mereka di Tenang telah bocor dan dirobek robek oleh muslimat PAS, ego UMNO makin dikelabukan, tiada apa yang boleh dibanggakan sangat oleh UMNO Tenang.

Kubu kuat UMNO hanyalah kubu maut menanti mereka. Tenang kubu kuat UMNO dan kubu yang mengapungkan air banjir dan boleh menghanyutkan apa saja termasuk Toyota Hilux yang berat bertan-tan. Kubu kuat bermakna selamat untuk penghuninya, kalau kubu kuat kita rasa damai dan tenteram dari segala ancaman tapi di Tenang kubu kuat UMNO menjadi perangkap maut kepada pengundi UMNO.

Hampir 60 ribu terpaksa pindah dari kubu kuat, kuatnya kubu dulu terpaksa dihantar kuda troy untuk menakluknya. tapi UMNO berkubu alamat tak selamat le penduduknya. Di Merlimau kubu UMNO perlu diruntuhkan agar rakyat selamat dunia dan akhirat.

FZT


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59