Thursday, 10 February 2011

Pakatan Rakyat mampu tumbangkan BN Melaka


MELAKA: Kerajaan BN Melaka mampu ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya semangat perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat dapat dikekalkan kerana ianya menakutkan BN, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada majlis makan malam di Merlimau, baru-baru ini.

“Semangat perpaduan di antara pelbagai kaum di dalam Pakatan Rakyat di Melaka seperti yang ditunjukkan melalui majlis makan malam ini menakutkan BN yang menggunakan sentimen perkauman bagi mengekalkan kuasa.

“Jika semangat ini berjaya dikekalkan dan diteruskan saya percaya bahawa Melaka juga mampu ditawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum nanti dan yang penting kita kena bersamasama bekerja keras ke arah itu,” kata beliau.

Tambahnya, janji 100 hari Pakatan Rakyat yang diumumkan pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat menakutkan BN sebab itu Najib tidak berani berdebat dengan Anwar.

“Mengapa takut hendak berdebat! Kita ajak berdebat tentang ekonomi negara tapi BN tak berani, kenapa tak berani, ini buktikan hipokritnya BN dan rakyat boleh buka mata untuk jadikan BN tak berkuasa pada PRU-13.

“Sebab itu kita mengajak rakyat ubah sekarang, selamatkan Malaysia kerana hanya ada satu matlamat iaitu ke Putrajaya dan kita yakin kita boleh lakukanya,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jika Pakatan Rakyat boleh menewaskan BN pada Pilihan Raya Kecil di Johor dan Melaka maka itu adalah isyarat jelas bagi Umno-BN direhatkan daripada politik Malaysia.

Salahuddin mengatakan yang penting Melayu, Cina dan India mesti bersatu hati di bawah payung Pakatan Rakyat bagi menjadikan Malaysia yang berkebajikan, Malaysia yang harmoni serta Malaysia yang sejahtera.

“Kita mahu rakyat di Melaka juga merasai nikmat seperti yang diperolehi oleh negeri Pakatan Rakyat seperti air percuma di Selangor, RM1,000 kepada anak Selangor yang masuk IPT dan RM100 kepada anak-anak Selangor yang baru lahir.

“Ini yang ingin kita berikan kepada rakyat walaupun baru memerintah, sedangkan Umno-BN tidak mampu memberikannya kepada rakyat walaupun setelah lebih 50 tahun memerintah,” katanya.

HARAKAH • 27 – 30 SAFAR 1432 / 31 JANUARI – 3 FEBRUARI 2011


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59