Sunday, 17 July 2011

Tahniah !! DACS Bukit Katil atas penganjuran perlawanan Futsal



Ahad 17/7/2011- Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukti Katil pagi tadi telah menganjurkan kejohanan futsal terbuka kawasan bertempat di Sport Planet Cheng, Melaka.

Program di bawah Lajnah Seni, Budaya dan Sukan (DACS) ini berjaya mencapai sasaran dengan penyertaan seramai 27 pasukan dari sekitar Parlimen Bukit Katil yang rata-rata melinbatkan anak-anak muda sekitar 20'an.




Pengarah DACS Kawasan Bukit Katil, Saudara Fadzli Mohamad berkata, program tersebut bertujuan mengumpul seramai mungkin anak-anak muda dari pelbagai kaum melalui semangat kesukanan.

Tambah Fazdli, anak-anak muda hari ini cenderung kepada aktiviti sukan, seni dan budaya maka menjadi tanggungjawab kami menyediakan ruang kepada mereka melalui aktiviti dan program yang mereka gemari.

Ketua Pemuda Pas Bukti Katil, Saudara Jauhar Dawi pula berkata program ini bertujuan merapatkan jurang antara anak-anak muda kepada parti politik melalui aktiviti sukan.


"Saya yakin golongan muda hari ini tidak takut pada parti politik kerana mereka merupakan golongan yang terbuka minda dan mampu berfikir" ujar Jauhar

"Golongan muda adalah aset besar kepada negara kerana mereka inilah pencorak masa depan negara " tambah beliau lagi.

Perlawanan futsal tamat sekitar jam 2 petang dengan Pasukan Taram FC muncul sebagai johan perlawanan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, beserta piala iringan.

Naib juara pula diraih pasukan Balik Pulau FC,dengan menerima wang tunai sebanyak RM300 beserta piala iringan.

Manakala tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM300 dan piala iringan.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka, Tuan Haji Yuhaizad Abdullah.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59