Saturday, 30 July 2011

Amaran Pemuda PAS Malaysia



Mohd Sany Bin Hamzan, Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa TIDAK akan berkrompomi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang cuba untuk meneruskan agenda ‘kotor’ mereka di dalam melakukan penipuan dan penyelewengan untuk merosakkan sistem pilihanraya di dalam Negara Malaysia. Pada 26 Julai lalu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membuat laporan polis terhadap pemilih yang mempunyai dua pengenalan diri di dalam daftar pemilih induk SPR. Pihak SPR juga telah mengakui secara terbuka bahawa masih terdapat ‘pengundi klon/hantu’ yang belum dibersihkan di dalam daftar pemilih.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat memandang serius terhadap perkara ini yang dan telah mengarahkan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri melakukan pemeriksaan terhadap daftar pemilih induk di negeri masing-masing dan membuat laporan polis serentak pada hari Jumaat, 29 Julai 2011 di setiap negeri bagi menunjukkan keseriusan Pemuda PAS di dalam menangani isu pemilih yang boleh mengundi di dua, tiga dan banyak tempat mengundi hasil dari kerja ‘silap mata’ pihak yang tidak bertanggungjawab.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga akan meneruskan siri-siri penerangan dan pendedahan terhadap penipuan dan penyelewengan sistem pilihanraya di dalam Negara Malaysia ini. Pada 4 Ogos 2011, Rabu akan datang Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan satu program perbincangan dan pendedahan ilmiah berkaitan isu-isu penipuan pilihanraya dengan menjemput pihak-pihak yang pakar mengenai pilihanraya selain pihak yang berkaitan langsung dengan sistem pilihanraya. Program akan dilaksanakan di hotel De Palma Ampang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Pelbagai institusi yang berkaitan langsung dan tidak langsung dengan pilihanraya, pihak NGO, parti-parti politik dan orang perseorangan akan dijemput untuk mengambil bahagian. Pihak media cetak dan elektronik, jurufoto dan blogger juga dijemput hadir.



MOHD SANY BIN HAMZAN

PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59