Saturday, 30 July 2011

Amaran Pemuda PAS Malaysia



Mohd Sany Bin Hamzan, Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa TIDAK akan berkrompomi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang cuba untuk meneruskan agenda ‘kotor’ mereka di dalam melakukan penipuan dan penyelewengan untuk merosakkan sistem pilihanraya di dalam Negara Malaysia. Pada 26 Julai lalu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membuat laporan polis terhadap pemilih yang mempunyai dua pengenalan diri di dalam daftar pemilih induk SPR. Pihak SPR juga telah mengakui secara terbuka bahawa masih terdapat ‘pengundi klon/hantu’ yang belum dibersihkan di dalam daftar pemilih.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat memandang serius terhadap perkara ini yang dan telah mengarahkan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri melakukan pemeriksaan terhadap daftar pemilih induk di negeri masing-masing dan membuat laporan polis serentak pada hari Jumaat, 29 Julai 2011 di setiap negeri bagi menunjukkan keseriusan Pemuda PAS di dalam menangani isu pemilih yang boleh mengundi di dua, tiga dan banyak tempat mengundi hasil dari kerja ‘silap mata’ pihak yang tidak bertanggungjawab.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga akan meneruskan siri-siri penerangan dan pendedahan terhadap penipuan dan penyelewengan sistem pilihanraya di dalam Negara Malaysia ini. Pada 4 Ogos 2011, Rabu akan datang Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan satu program perbincangan dan pendedahan ilmiah berkaitan isu-isu penipuan pilihanraya dengan menjemput pihak-pihak yang pakar mengenai pilihanraya selain pihak yang berkaitan langsung dengan sistem pilihanraya. Program akan dilaksanakan di hotel De Palma Ampang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Pelbagai institusi yang berkaitan langsung dan tidak langsung dengan pilihanraya, pihak NGO, parti-parti politik dan orang perseorangan akan dijemput untuk mengambil bahagian. Pihak media cetak dan elektronik, jurufoto dan blogger juga dijemput hadir.



MOHD SANY BIN HAMZAN

PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA




Tuesday, 26 July 2011

Selamat Menyambut Bulan Mulia


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak.
Semoga Ramadhan kali ini memberikan natijah yang baik kepada pemuda-pemuda Melaka.



Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui ada pengundi hantu


Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.

NONE"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan Kaiat (kanan) juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.

Boleh batal kemenangan

Wan Ahmad (bawah, berkemeja biru) juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.

Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.

wan ahmad wan omar EC secretary in k berangIni kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.


Sunday, 17 July 2011

Tahniah !! DACS Bukit Katil atas penganjuran perlawanan Futsal



Ahad 17/7/2011- Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukti Katil pagi tadi telah menganjurkan kejohanan futsal terbuka kawasan bertempat di Sport Planet Cheng, Melaka.

Program di bawah Lajnah Seni, Budaya dan Sukan (DACS) ini berjaya mencapai sasaran dengan penyertaan seramai 27 pasukan dari sekitar Parlimen Bukit Katil yang rata-rata melinbatkan anak-anak muda sekitar 20'an.




Pengarah DACS Kawasan Bukit Katil, Saudara Fadzli Mohamad berkata, program tersebut bertujuan mengumpul seramai mungkin anak-anak muda dari pelbagai kaum melalui semangat kesukanan.

Tambah Fazdli, anak-anak muda hari ini cenderung kepada aktiviti sukan, seni dan budaya maka menjadi tanggungjawab kami menyediakan ruang kepada mereka melalui aktiviti dan program yang mereka gemari.

Ketua Pemuda Pas Bukti Katil, Saudara Jauhar Dawi pula berkata program ini bertujuan merapatkan jurang antara anak-anak muda kepada parti politik melalui aktiviti sukan.


"Saya yakin golongan muda hari ini tidak takut pada parti politik kerana mereka merupakan golongan yang terbuka minda dan mampu berfikir" ujar Jauhar

"Golongan muda adalah aset besar kepada negara kerana mereka inilah pencorak masa depan negara " tambah beliau lagi.

Perlawanan futsal tamat sekitar jam 2 petang dengan Pasukan Taram FC muncul sebagai johan perlawanan sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, beserta piala iringan.

Naib juara pula diraih pasukan Balik Pulau FC,dengan menerima wang tunai sebanyak RM300 beserta piala iringan.

Manakala tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM300 dan piala iringan.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka, Tuan Haji Yuhaizad Abdullah.




Saturday, 16 July 2011

Lagi bukti kepincangan SPR : Satu orang ada dua tempat mengundi.




Kredit to Blogger Legendz

Dua nama ini mempunyai dua tempat mengundi. Perhatikan gambar pertama, dua orang (Daud Bin Mohamad) yang mempunyai nama yang sama, I.C sama tetapi tempat mengundi ada dua, begitu juga gambar kedua, orang yang mempunyai nama sama (Asia Binti Osman), I.C sama tetapi tempat mengundi yang berbeza.

Atas sebab itulah BERSIH di adakan bagi membersihkan kembali peranan SPR yang di lihat pasif dan hanya membuat kerja bagi memenangkan pihak pemerintah.

Hari ini Pengerusi SPR begitu angkuh untuk menerima nasihat dengan menganggap mereka tidak perlu perubahan. Namun realitinya pada hari ini terlalu banyak kelompangan yang berlaku pada SPR.

Bukti ini hanyalah salah satu contoh dari berpuluh-puluh lagi contoh ketidak telusan dan kepincangan SPR yang ada pada hari ini dan ia sendiri telah di bukti kan.

Puncanya adalah di sebabkan campur-tangan BN-UMNO yang merosakkan sistem SPR itu sendiri sehingga terlupa peranan mereka itu yang seharusnya bebas dan telus, bukan bias kepada mana-mana pihak.

SPR perlu berubah...jika tidak BERSIH 3.0 akan menyusul, yang sendiri akan mengaibkan BN dan SPR secara tidak langsung di mata dunia.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59