Tuesday, 21 June 2011

Ali Rustam: Lihat diri dulu sebelum mengata orang.


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka membidas Datuk Seri Ali Rustam berhubung kenyataan beliau mengenai pemimpin yang berselindung di sebalik imej warak.

Dalam kenyataan tersebut di Akhbar Utusan Malaysia Online, Datuk Seri Ali Rustam menggesa rakyat agar tidak cepat terpengaruh dengan pemimpin yang berimej warak tetapi diam-diam melakukan maksiat.

Adalah suatu perkara asing apabila Ketua Menteri Melaka itu membuat kenyataan tersebut seolah-olah memberi gambaran pemimpin berimej warak kebanyakan berpura-pura alim dan melakukan maksiat.

Kenyataan tersebut juga memperlihatkan bahawa Ali Rustam begitu prejudis dengan pemimpin berimej warak sedangkan ramai lagi pemimpin rakyat yang berimej warak tidak berperangai sebegitu. Nabi Muhammad dan para sahabat dahulu juga berimej warak dalam memimpin rakyat.

Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka menasihatkan kepada Datuk Ali Rustam agar memeriksa kembali diri dan kurangkan menuduh orang lain tanpa bukti yang kukuh.

Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka juga berharap Datuk Seri Ali Rustam sedar akan kesalahan rasuah yang pernah beliau lakukan semasa pemilihan UMNO suatu ketika dahulu. Beliau juga perlulah dahulu memperbaiki masalah parti beliau yang semakin meruncing dengan budaya rasuah, fitnah, akhlak, moral dan lain-lain.

Suatu perkara yang memalukan apabila kita menuduh orang lain tetapi diri sendiri tidak berapa baik.


Muhammad Aizat Bahrudin

Ketua Penerangan DPPNM



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59