Sunday, 29 May 2011

Sukan PASTI Peringkat Negeri Melaka 28/5/2011


Credit to : Blogger LegendZ


Ketua Pemuda PAS Melaka, Haji Yuhaizad Abdullah dan Pengarah PASTI Melaka, Cikgu Kadir Dewa bergambar bersama pelajar PASTI

Melaka 28/5/2011- Seramai 100 orang pelajar-pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mewakili 6 kawasan Palimen telah menyertai Sukan PASTI Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Sekolah Menengah Agama Ar-Arahmah, Ayer Molek..

Sambutan sukan PASTI peringkat negeri Melaka di rasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Haji Yuhaizad Abdullah.

Pengerusi PASTI Negeri Melaka, Cikgu Kadir Dewa berkata, sukan PASTI ini merupakan acara tahunan yang bertujuan mengeratkan lagi ukhuwah sesame pelajar-pelajar dan guru-guru seluruh negeri menerusi sukan selain mencari bakat-bakat baru pelajar-pelajar .

Dalam upacara penutupan sukan PASTI Ketua Pemuda PAS Melaka, Saudara Yuhaizad berkata sukan PASTI dapat memupuk pelajar agar sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang sebagai seorang muslim. Ia di terjemahkan melalui peraturan dan undang-undang di dalam acara sukan yang di adakan.

Ketua Pemuda Melaka, Haji Yuhaizad bergambar bersama pemain pasukan akhir dari PASTI Kawasan Alor Gajah dan PASTI Kawasan Jasin


Kanak-kanak PASTI lincah bermain bola jaring


Pertandingan Bola Sepak sukan PASTI Negeri Melaka di menangi oleh PASTI Kawasan Jasin, tempat kedua adalah PASTI Kawasan Alor Gajah dan ketika PASTI Kawasan Masjid Tanah. Pertandingan bola jaring pula di menangi oleh PASTI Kawasan Alor Gajah, tempat kedua PASTI Kawasan Tangga Batu dan ketiga PASTI Kawasan Masjid Tanah.



Sunday, 22 May 2011

MTD Ayer Molek lancar Jentera PRU13



Ayer Molek (Ahad)-Majlis Tindakan Dun Ayer Molek (MTD Ayer Molek) petang tadi telah menyempurnakan dengan jayanya pelancaran jentera pilihanraya 13 (PRU13) dengan mengambil tema PAS GANTI UMNO (PGU) untuk menumbangkan seterusnya menggantikan UMNO-BN pada pilihanraya akan datang.



Majlis di sempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di Markas MTD Ayer Molek pada jam 6 petang tadi. Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dari DAP dan PKR turut hadir bersama-sama pimpinan kawasan, MTD dan ahli jawatankuasa lain.



Dalam ucapan perasmian Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah menyebut supaya para amilin perlu lebih gigih dalam gerak kerja kearah pilihanraya. Para penyokong dan pendokong PAS perlu menjadi lebih agresif di Melaka. Ustaz Idris juga memperingatkan kepada para penyokong agar menjadi agen penerangan tidak lansung bagi menerangkan segala isu yang berlaku di Melaka pada setiap masa dan tempat, hatta di warung sekalipun



Majlis tamat sekitar jam 7 petang tadi dengan jamuan makan./blog dppkbk


Saturday, 21 May 2011

Bashkaran a/l Sanasi Bukan Ketua Cawangan KIMMA Tapi UMNO



Sebuah Cawangan Umno di Melaka diketuai oleh seorang India. Parti yang mengaku berjuang Melayu tetapi mengangkat India menjadi Ketua Cawangan Umno Bukit Beruang Dalam. Bashkaran a/l Sanasi dilantik menjadi Ketua Umno Cawangan Bukit Beruang Dalam dan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil.

Bashkaran terkenal dengan sikapnya yang kebudak-budakan menganggu ceramah PAS dan PR dengan menjeri-jerit dan memaki hamun penceramah PAS bagaikan orang tidak siuman. Terbukti beliau merupakan seorang yang tidak professional dan tidak bertamadun.

Beliau juga bertindak bagaikan samseng kampung dusun cuba memukul Setiusaha PAS Kawasan Bukit Katil 2 minggu lalu.

Adalah dijangkakan malam esok Bashkaran akan sekali lagi mengganggu ceramah PAS yang akan diadakan di Bukit Pulau.

Nama lain Baskharan ialah Ramli Mohd Ali.

Oleh: kijang59 dari sumber PASPB


GST, Kerajaan BN Tidak Mampu Urus Rakyat


1) Parti Islam Se-Malaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.


2) PAS bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.


3) Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.


4) Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.


5) PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.



Wednesday, 11 May 2011

Gula Naik 20 Sen, BN Gagal


Parti Islam Se-Malaysia PAS berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram sebagai lambang kegagalan BN. Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen)


Alasan daripada kerajaan ia akan menjimatkan wang negara ialah RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen. Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara. Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol.


PAS hairan kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan kepada Permata yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah sebanyak RM111 juta untuk tahun 2011. Apa lebih Permata, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja.


Alasan yang dangkal untuk menipu rakyat ialah harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat kurang mengambil gula.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Monday, 9 May 2011

Blog Pemuda Bukit Katil Berwajah Baru


Blog ini telah mengalami perubahan seiring perubahan dalam tampuk kepimpinan. Terima kasih kepada blogger kijang59 yang sudi mengubahsuai blog ini agar ia tampak menarik selari dengan imej golongan muda. Tetapi ia hanya tinggal 20% untuk disiapkan. Harap maaf atas segala kesulitan.


Friday, 6 May 2011

Nasihat Pemimpin Umno Dulu, Sebelum Minta Penyatuan PAS Umno.


Parti Islam Se-Malaysia terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat. PAS hendak menasihatkan Sahibussamahah jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara ini.

Perlu diingatkan sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam. Sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.


PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik.


PAS tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun. Ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.


PAS ingin menasihati kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik. Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi.











Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Sunday, 1 May 2011

Ucapan Tahniah kepada DPP Negeri Melaka



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil merakamkan sekalung tahniah buat Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka yang baru iaitu Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah yang bakal menerajui kepimpinan pemuda Melaka untuk sesi akan datang. Tidak lupa ucapan tahniah buat Timbalan Ketua Pemuda, Al-Fadhil Ustaz Musa Muhammad dan Naib Ketua Pemuda, Saudara Yuzi Azhar dan beberapa Ahli jawatankuasa yang di lantik.

DPPKBK juga merakamkan tahniah kepada semua panitia Muktamar DPPNM kali-36 ini yang menjadi penggerak kepada kelancaran program Muktamar walaupun menerima pelbagai ujian dari luar.

Selaku sayap pemuda di peringkat kawasan dan atas kapasiti saya sebagai Ketua Pemuda Kawasan Bukit Katil, saya dan ahli jawatan kuasa DPPKBK berjanji dan beriltizam untuk memberikan sepenuh komitmen pada segala setiap gerak-kerja yang di laksanakan di bawah kepimpinan pemuda negeri kali ini.

Moga Allah membantu segala usaha dan gerak kerja amal Islami yang dilakukan. InsyaAllah.

Jauhar Dawi - Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59