Saturday, 5 March 2011

Penternak lembu pun diperdaya Ali Rustam


MERLIMAU: Berang dengan janji Ketua Menteri Melaka ,Dato’ Seri Mohd Ali Rustam, 15 penternak lembu di Kampung Paya Buluh dekat sini mendesak kerajaan BN negeri segera menyelesaikan kemelut mereka sebelum hari mengundi Ahad ini.

Wakil penduduk M Nesmuthu, 50, berkata pada perjumpaan dengan Mohd Ali di Pejabat Operasi BN di pekan Merlimau 15 Februari lalu, Mohd Ali berjanji bahawa kesemua 15 penternak yang berdaftar dengan Jabatan Veterinar Melaka akan menerima seekor lembu susu.

“Bagaimanapun, dalam senarai yang dikeluarkan Jabatan Veterinar Melaka pada 2 Mac 2011, hanya lapan daripada kami yang disenaraikan akan menerima lembu susu tersebut. Apa yang kami berang empat orang daripada lapan orang yang disenaraikan menerima lembu susu tersebut adalah mereka yang tidak layak menerima lembu susu di bawah skim Teras.

“Mereka ini penternak lembu kecil-kecilan dan tidak pernah membekalkan susu lembu kepada Jabatan Veterinar Melaka, sedangkan kami adalah penternak lembu yang juga pembekal susu lembu kepada Jabatan Veterinar,” kata Nesmuthu.

Sementara itu Naib Pengerusi DAP Melaka, N Gandhirajan yang turut hadir bertemu penternak berkata, wujud amalan kronisme dalam pengagihan lembu susu oleh kerajaan negeri.

“Salah seorang daripada empat orang tersebut tidak pernah membela lembu tetapi disenaraikan layak mendapat lembu. Apabila diselidiki beliau ialah Ketua Kampung Paya Buluh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Harakah edisi 2 – 5 RABIULAKHIR 1432 / 7 – 10 MAC 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59