Saturday, 19 March 2011

Pengusaha lembu dakwa dianiaya Tekun


MELAKA: Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) didakwa menganiaya empat puluh pengusaha ternakan lembu feedlot berkelompok di Lanchang, Melaka apabila menahan sebahagian besar wang pinjaman mereka daripada nilai keseluruhan kira-kira RM1.2 juta yang telah diluluskan.

Menurut Ketua Projek, Fahruzridza Jaafar, 34, pada 1997 mantan Ahli Parlimen Jasin, Dato’ Mohd Said Yusof mencadangkan kami menjalankan projek ternakan lembu dan setiap pengusaha melakukan pinjaman berjumlah RM30,000 daripada Tekun.

“Sejak tahun 2005, saya memang ada memajak tanah di Semujuk, Sungai Rambai seluas 3 ekar lebih bagi penanaman pisang dan saya korbankan projek pisang kepada ternakan lembu. Tekun luluskan 28 Januari 2008 dan beri sebahagian daripada pinjaman berjumlah RM416,875 tetapi projek itu mendapat bantahan daripada penduduk kampung sedangkan di situ sudah sedia ada pusat ternakan lembu yang lebih besar,” katanya.


Fahruzridza berkata, akhirnya mereka terpaksa memindahkan projek berkenaan dari Semujuk ke Lanchang dengan keluasan tanah kira-kira lapan ekar atas bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Dato’ Hasan Rahman menyebabkan kosnya bertambah.

“Tekun kemudiannya menahan baki pinjaman dengan alasan kandang yang dibuat tidak mengikut spesifikasi lalu kami diarah membayar pinjaman berjumlah RM14,000 seorang dan sekiranya gagal nama disenaraihitamkan.

“Projek kami akhirnya tergantung sehingga kini dan lebih malang lagi usaha kami untuk menemui pelbagai pihak menemui kehampaan termasuk mengadukan masalah berkenaan di Jabatan Perdana Menteri, sehingga kini masih belum ada jawapan.

“Macam mana nak bayar projek separuh jalan, malah sikap Tekun yang jelas mahu membunuh kami amat dikesali bagaikan sengaja membina kapal di tengah lautan tetapi tidak menyiapkan layarnya dan kami terus hanyut,” katanya.

HARAKAH 13 - 15 RABIULAKHIR 1432 / 18 - 20 MAC 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59