Thursday, 3 March 2011

Ali Rustam dikritik gagal atasi pencemaran sungai


DALAM keadaan Melaka disebut-sebut sebagai sebuah bandaraya serta Ketua Menterinya, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam yang dikatakan sangat efektif dalam membangunkan negeri Hang Tuah itu; masih ada masalah yang tidak enak didengar dan mengganggu penduduk khususnya di Merlimau.

Tinjauan Harakah di sekitar pekan Merlimau mendapati sebatang sungainya iaitu sungai Merlimau yang merupakan sumber pengairan penduduk yang mengusahakan sawah padi teruk tercemar.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada penduduk persekitaran faktor yang menjadi punca kepada kejadian tersebut adalah pembuangan sisa kilang daripada Kawasan Perindustrian Merlimau yang tidak terkawal tanpa sebarang pantauan.

“Air sungai Merlimau yang merentasi pekan kini telah bertukar menjadi hitam dan berbau sangat busuk sehingga ia tidak lagi layak dipanggil sungai, tetapi longkang,” demikian ujar Zainuddin Mohamad, 32, seorang peniaga di Pekan Merlimau.


Tambahnya lagi, keadaan sungai tersebut yang dipenuhi sampah sarap kini memburukkan lagi keadaan malah ianya bertentangan dengan slogan yang seringkali dipamerkan pada papan tanda nama sungai iaitu ‘ sayangilah sungai kita’.

Bagi warga emas, Maznah Abdul Rahim, 72, keadaan sungai di Merlimau jelas membuktikan betapa ‘sayangnya’ kerajaan Umno-BN yang memerintah Melaka khususnya di Merlimau selama ini terhadap sungai yang sepatutnya dijaga dan dipelihara.

“Walaupun mereka gah melaungkan slogan ‘Merlimau Dunku sayang’ tetapi apa gunanya jika sungainya tidak disayangi?” kata seorang lagi penduduk, Hafizah Azman, 40 daripada Merlimau Pasir. Bahkan ianya secara tidak langsung mencemarkan permandangan serta nama baik Dun tersebut di mata orang luar yang datang berkunjung, sama ada pelancong tempatan apatah lagi daripada luar negara.

“Ianya bukan sahaja melibatkan isu kebersihan tetapi ia melibatkan nama baik Merlimau di mata orang luar. Harap ianya mendapat perhatian kerajaan negeri untuk berbuat sesuatu,” ujarnya.

Malah masalah pencemaran sungai tersebut dikatakan bukanlah suatu perkara yang baru kepada penduduk Merlimau. Sementara itu, Mohamad Abdul, 50, pula berkata masalah tersebut telah membelenggu penduduk sejak lebih daripada 10 tahun yang lalu.

“Kita telah mengalami masalah ini sudah lebih 10 tahun lalu, dan tiada sebarang tindakan yang diambil bagi menyelesaikannnya,” katanya.

Lebih teruk lagi, keadaan tersebut menyebabkan berlakunya bencana banjir apabila hujan turun dengan lebat. “Apabila sungai tercemar, masalah perparitan pun tidak selesai, maka apabila hujan turun dengan lebat beberapa hari sahaja banjir melanda kawasan ini sehingga menimbulkan banyak kerugian dan masalah kepada kami,” ujarnya.

HARAKAH Keluaran 29 RABIULAWAL – 1 RABIULAKHIR 1432 / 4 – 6 MAC 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

amir said...

memang benar masalah sungai merlimau ini dh lebih 10 tahun tidak selesai, sy sendiri telah melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar lebih dari 3 kali, tapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan. Selepas pilihanraya umum 2004 Allahyarham Datuk Hidhir berkata masalah ini telah dapat diselesaikan tetapi tidak sampai 5 bulan sungai merlimau telah kotor kembali malah lebih teruk dari sebelumnya. Ade sumber mengatakan tindakan tidak dapat dikenakan ke atas kilang-kilang di kaw. perindustrian merlimau kerana campurtangan pihak atasan negeri. Wallahua'lam.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59