Thursday, 31 March 2011

Ali Rustam diminta bantu golongan nelayan


Nelayan rugi tidak dapat ke laut

LEREH - Sebilangan besar nelayan yang berpangkalan di Muara Sungai Duyong, di sini, mengeluh kerana tidak dapat ke laut sejak kelmarin, berikutan laluan keluar dan masuk perahu di muara sungai terbabit terlalu cetek.

Keadaan itu sekali gus menyekat aktiviti nelayan ke laut dan mereka terpaksa menanggung kerugian ratusan ringgit kerana tidak dapat memungut hasil tangkapan.

Seorang nelayan, Samsuri Harun, 49, mendakwa, laluan muara sungai berkenaan semakin mengecil sejak lebih seminggu lalu.

Menurutnya, lantaran itu, perahu mereka rosak kerana bergesel dengan batuan yang terdapat pada bersebelahan tebing.

“Lebih membimbangkan, semasa air bergelora, perahu nelayan turut terdedah pada pukulan ombak.

“Keadaan itu menyebabkan nelayan terpaksa turun ke laut dengan menolak perahu ketika mahu keluar atau masuk ke pangkalan berikutan paras air terlalu cetek apabila air surut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, Samsuri menanggung rugi kira-kira RM400 hingga RM500 kerana tidak dapat memungut hasil tangkapan, kelmarin.

Menurutnya, mereka terpaksa menggunakan laluan sempit di sebelah kiri berikutan muara asal sudah dipenuhi timbunan beting pasir.

“Sebelum ini, kami ada membuat aduan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan ini (Pangkalan Lanjut) dan pihak terbabit sudah membuat laporan pada pihak berkaitan tetapi hingga kini masih belum ada penyelesaian lagi,” katanya.

Selain itu, Samsuri berkata, dia turut menghantar SMS kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Ali Rustam, pagi kelmarin, untuk meminta jasa baik beliau membantu nelayan di sini, bagi mencari jalan penyelesaian masalah yang mereka hadapi itu.

Sinar Harian


Wednesday, 30 March 2011

Perobohan PASTI di Bukit Katil




Friday, 25 March 2011

Bekas Ketua Menteri Melaka dalang video seks angkara dendam?


Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.
‘Tak boleh baca’

“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca’, kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,’ katanya.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay – seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu “membabitkan polis”.

Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri “bukan orang KL” tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Rogol gadis sekolah

Di sebalik sifat “patriotiknya” itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar “walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah” atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta “kecil” seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan “tidak cukup bukti” untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya “dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.

Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.

Eskay – sahabat Anwar?

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja – adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim (kiri) didakwa mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.

Blog Anwar Ibrahim


Tuesday, 22 March 2011

Lembu jadi 'jaga' di Perigi Portugis, Merlimau


JASIN: Menyedihkan apabila kesan tinggalan sejarah iaitu Perigi Portugis di Kampung Merlimau Pantai, di sini, yang mempunyai kaitan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Lebih mengejutkan, kawasan sekitar perigi terbabit yang sudah dibangunkan dengan beberapa kemudahan termasuk wakaf tempat beristirahat bagi pelancong dan pengunjung tercemar gara-gara sikap tidak prihatin penternak lembu yang sewenang-wenangnya menambat haiwan berkenaan di situ.

Tinjauan Metroplus mendapati terdapat kira-kira 10 lembu yang dipelihara di kawasan berkenaan yang mempunyai rumput hijau termasuk ada antaranya yang ditambat pada pokok hiasan berhampiran perigi itu.

Keadaan berkenaan menyebabkan pemandangan di kawasan itu tidak ubah seperti kawasan ladang lembu sedangkan fungsinya tempat tarikan pelancongan.

Tinjauan juga mendapati selain ditambat lembu berkenaan dibiarkan pemiliknya dan bebas meragut rumput serta pokok hiasan yang ditanam Majlis Perbandaran Jasin.

Pengunjung, Nas Norziela Nasbah, 23, berkata dia terkejut melihat lembu berkenaan yang ditambat dan dilepaskan di kawasan pelancongan itu.

Menurutnya, perkara itu tidak sewajarnya berlaku, sekali gus menjejaskan imej negeri ini sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

“Saya teruja datang ke sini bagi melihat kesan tinggalan sejarah Perigi Portugis. Namun, sebaik memasuki kawasan ini saya berasa jijik melihat longgokan tahi lembu bertaburan di atas jalan masuk ke perigi ini.

“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana ia mengganggu kunjungan pelancong ke sini. Saya hairan bagaimana penternak lembu terbabit memelihara ternakan mereka di sini,” katanya ketika ditemui.

Nas Norziela berkata, dia kecewa melihat kesan tinggalan pelancongan itu tidak dijaga baik untuk tatapan generasi masa depan selain pelancong.

“Papan maklumat mengenai butiran Perigi Portugis ini sudah tertanggal menyebabkan pengunjung tidak mengetahui sejarahnya. Selain itu, sekeliling perigi ini sepatutnya dipagar bagi menghalang haiwan ternakan memasuki kawasan ini,” katanya.

Bagi rakannya, Yunhanida Kamis, 23, berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera memantau keadaan itu bagi mengelak masalah berkenaan semakin teruk.

Sepatutnya Perigi Portugis dijaga dengan baik oleh pihak berkenaan mahupun penduduk setempat.

“Saya terkilan melihat tempat pelancongan seperti ini seolah-olah menjadi ladang ternakan lembu.

“Jika dipandang dari luar nampak ia nampak gah dan menarik dengan tembok yang mempunyai papan tanda ‘Selamat Datang Perigi Portugis’, namun apabila masuk ke dalamnya terdapat beberapa lembu yang ditambat pada pokok hiasan.

“Selain itu, pondok rehat tidak dijaga dengan baik. Terdapat pakaian ditinggalkan di situ. Bermacam andaian boleh dibuat, termasuk pondok berkenaan dijadikan tempat untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan tidak baik,” katanya.

Berdasarkan sejarah, Perigi Portugis dibina askar Portugis di Kampung Merlimau Pantai, di sini, selepas menawan Melaka pada 1511. Portugis meletakkan ketumbukan tenteranya di kawasan itu untuk menghalang kemaraan tentera Sultan Mahmud Shah yang membina kerajaan di Johor.

Selain Perigi Portugis, pelancong ke kawasan Merlimau boleh berkunjung ke Kampung Pengkalan Samak dan beberapa kampung lain di sekitarnya iaitu makam dan Perigi Tun Teja.

Harian Metro


Monday, 21 March 2011

Melaka maju : Jambatan uzur tidak diganti berpuluh tahun


JASIN – Penduduk Kampung Bukit Tembakau tidak berputus asa mengharapkan pihak berkenaan supaya segera membina jambatan baru menggantikan jambatan usang berusia 30 tahun.

Difahamkan, walaupun sudah bertahun-tahun membuat permohonan membaiki jambatan uzur berkenaan, namun aduan hanya tinggal aduan tanpa dijanjikan sebarang maklum balas positif.

Bukan itu sahaja, jambatan yang menjadi jalan utama penduduk untuk tiga keluarga terbabit bagaikan menanti nyawa diragut berikutan keadaan kayu reput dan boleh roboh pada bila-bila masa sahaja.

Lebih menyedihkan, ada keluarga yang terpaksa menggunakan batang kelapa bagi tujuan melintas tetapi kemudahan yang digunakan sejak 10 tahun lalu itu sememangnya tidak bersesuaian dan berbahaya, terutama kepada kanak-kanak.

Bukan setakat masalah itu, parit pula dipenuhi semak-samun dan keadaan itu jelas menunjukkan ia tidak diselenggarakan pihak berkenaan, sekali gus boleh mendatangkan bahaya sekiranya terdapat binatang berbisa.

Difahamkan, penduduk hanya dimaklumkan permohonan dalam proses walaupun sudah lama membuat aduan.

Penduduk, Azlia Ahmad, 44, berkata, sudah puas pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Tembakau bersama wakil rakyat kawasan memanjangkan permohonan berkenaan.

“Tetapi inilah hasilnya. Kami terpaksa mempertaruhkan nyawa apabila melalui jambatan uzur ini.

“Pernah kanak-kanak yang mahu ke sekolah terjatuh ke dalam parit dan tidak kurang juga, penunggang motosikal tercedera apabila papan jambatan tiba-tiba patah,” katanya.

Sementara itu, Kamaruzzaman Abdullah, 50, pula berkata, Melaka sudah diiktiraf sebagai negeri maju dan tidak sepa­tutnya keadaan seperti itu masih berlaku serta lambat diatasi.

“Harap kerajaan bantulah kami dengan segera. Jambatan yang kukuh boleh digunakan sehingga anak cucu kami.

“Negara kita sudah maju tetapi apabila datang ke kampung ini, kita dapat lihat masalah bertahun-tahun yang sudah dirayu tidak diambil apa-apa tindakan,” katanya.

Ariffin Abdullah, 65, berkata, mereka tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingini berikutan masih menggunakan jambatan uzur.

“Jangan ada yang melayang nyawa, baru mahu ambil tindakan. Pandanglah sikit kepada kami dan segeralah bina jambatan baru.

“Kami tidak menyalahkan pihak JKKK kerana mereka sudah puas memohon dan kami dimaklumkan permohonan dalam proses,” katanya.

Menurutnya, sepanjang pengetahuannya, sudah tiga kali pengerusi JKKK bertukar tetapi permohonan masih begitu juga.

“Maklumkan kepada kami sebenar-benarnya bila jambatan baru boleh dibuat.

“Kami sudah bosan menunggu. Kami hanya mahukan jawapan pasti mengenai status permohonan,” katanya.

Sinar Harian


Sunday, 20 March 2011

Melaka maju dengan maksiat : Atas pokok pun jadi




MELAKA: Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah ‘mahligai’ di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.

Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet di Pantai Kundor, dekat sini, yang lengkap elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Dalam serbuan itu, Jaim menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit.

Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.

Pondok terbabit dibina tiang penyokong, tangga dan mempunyai titi untuk ke beberapa bahagian di atas pokok berkenaan selain dilengkapi beranda.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata sepasukan pegawai dan anggotanya ke pondok terbabit selepas menerima aduan ada perbuatan maksiat dilakukan di sebuah rumah di atas pokok.

Katanya, apabila tiba di lokasi berkenaan pihaknya mendapati ada tangga untuk naik ke pondok dan selepas dua anggotanya naik serta mengetuk pintu, ia dibuka seorang lelaki.

“Selepas memperkenalkan diri, anggota kami masuk ke dalam pondok terbabit dan menemui seorang lagi lelaki serta seorang wanita.

“Apabila disoal siasat, wanita itu tiada hubungan mahram dengan kedua-dua lelaki terbabit. Wanita itu juga mengaku tinggal di dalam pondok terbabit bersama lelaki berusia 31 tahun itu yang juga kekasihnya,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit tinggal di pondok yang diubah suai di atas pokok berkenaan sejak hampir setahun lalu.

Katanya, berdasarkan maklumat, pondok terbabit asalnya dijadikan tempat seorang ahli keluarga lelaki itu mengajar al-Quran yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan sejak itu pondok terbabit tidak digunakan.

Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sendiri mengubah suai pangkin berkenaan untuk dijadikan kediamannya.

“Bagaimanapun, dia bertindak luar batasan apabila tinggal bersama wanita Indonesia yang juga seorang pekerja industri seolah-olah suami isteri,” katanya.

Rahimin berkata, dua lelaki dan wanita warga Indonesia terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya.

Harian Metro


Saturday, 19 March 2011

Pengusaha lembu dakwa dianiaya Tekun


MELAKA: Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) didakwa menganiaya empat puluh pengusaha ternakan lembu feedlot berkelompok di Lanchang, Melaka apabila menahan sebahagian besar wang pinjaman mereka daripada nilai keseluruhan kira-kira RM1.2 juta yang telah diluluskan.

Menurut Ketua Projek, Fahruzridza Jaafar, 34, pada 1997 mantan Ahli Parlimen Jasin, Dato’ Mohd Said Yusof mencadangkan kami menjalankan projek ternakan lembu dan setiap pengusaha melakukan pinjaman berjumlah RM30,000 daripada Tekun.

“Sejak tahun 2005, saya memang ada memajak tanah di Semujuk, Sungai Rambai seluas 3 ekar lebih bagi penanaman pisang dan saya korbankan projek pisang kepada ternakan lembu. Tekun luluskan 28 Januari 2008 dan beri sebahagian daripada pinjaman berjumlah RM416,875 tetapi projek itu mendapat bantahan daripada penduduk kampung sedangkan di situ sudah sedia ada pusat ternakan lembu yang lebih besar,” katanya.


Fahruzridza berkata, akhirnya mereka terpaksa memindahkan projek berkenaan dari Semujuk ke Lanchang dengan keluasan tanah kira-kira lapan ekar atas bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Dato’ Hasan Rahman menyebabkan kosnya bertambah.

“Tekun kemudiannya menahan baki pinjaman dengan alasan kandang yang dibuat tidak mengikut spesifikasi lalu kami diarah membayar pinjaman berjumlah RM14,000 seorang dan sekiranya gagal nama disenaraihitamkan.

“Projek kami akhirnya tergantung sehingga kini dan lebih malang lagi usaha kami untuk menemui pelbagai pihak menemui kehampaan termasuk mengadukan masalah berkenaan di Jabatan Perdana Menteri, sehingga kini masih belum ada jawapan.

“Macam mana nak bayar projek separuh jalan, malah sikap Tekun yang jelas mahu membunuh kami amat dikesali bagaikan sengaja membina kapal di tengah lautan tetapi tidak menyiapkan layarnya dan kami terus hanyut,” katanya.

HARAKAH 13 - 15 RABIULAKHIR 1432 / 18 - 20 MAC 2011


Friday, 18 March 2011

Sembang Santai


Assalamua’laikum wbt…

Segala puji dan syukur atas tiap kurniaan nikmat yang dikecapi saat ini. Alangkah ruginya mereka yang tidak bersyukur dan tidak menghargai limpahan nikmat yang mereka miliki. Di antara tanda orang yang tidak bersyukur adalah mereka sentiasa berasa tidak berkecukupan dengan apa sahaja yang mereka peroleh dan tidak menggunakan segenap kelebihan pada diri mereka untuk mengabdi diri kepada Allah tuhan pemilik segala nikmat ini.

Berbicara soal syukur ini, saya teringat kepada seorang kenalan semasa di universiti. Ketika itu kami sama-sama bergerak aktif dalam persatuan dakwah di kampus. Sahabat saya ini seringkali mengelak jika mahu diberikan jawatan atau tugasan yang memerlukan dia untuk berucap dan menjadi ketua. Alasannya, “alah, aku tak layak untuk jatawan tu. Berikan kepada orang yang lebih layak..” atau “ takpela.., bagi tugas tu kat sahabat ni, die lebih layak. Bia aku jadi ajk biase je..”. Kerap kali sahabat saya ini memberikan alasan yang sama dan menyatakan bahawa dia tidak layak. Sedangkan kami melihat bahawa dia berkelayakan dan mampu untuk memikul tugasan yang diamanahkan.

Apa kaitannya kisah ini dengan rasa bersyukur? Seorang mukmin akan bergerak dengan segala kemampuan dan sifat positif yang ada pada dirinya tanpa dibatasi oleh sifat negatif atau kelemahan yang ada pada dirinya. Seorang yang bersyukur akan sentiasa melihat setiap perkara dari sudut positif dan berdiri di atas nilai-nilai positif pada dirinya. Sedang orang yang tidak bersyukur pula tidak pernah menghargai kelebihan yang ada pada dirinya dan meletakkan nilai negatif yang ada pada dirinya sebagai alasan dan halangan untuk dia bergerak.

Justeru itu, mengapa kita perlu sentiasa merendah diri dengan berasa serba kekurangan? Merendah diri itu bagus, tapi biarlah bertempat dan pada situasi yang tepat. Ingat, sifat orang yang berjaya adalah orang yang maju kedepan dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya. Biarpun kelebihan ini kecil, namun jika dibina dan diasah kelak ia akan berkembang dan menjadikan kita hebat dengannya. Yakin dengan kemampuan diri adalah tanda seseorang itu akan berjaya. Mengapa perlu kita hidup dengan menjadikan kelemahan dan sifat negatif yang ada pada kita sebagai tapak untuk kita berdiri? Berfikirlah secara hebat dengan hidup dan menjadikan sifat positif dalam diri kita dominan, sekaligus menjadikannya sebagai modal untuk kita terus hidup dan maju ke depan.

Maka, saya menyeru anda semua untuk merasakan diri kita semua layak. Layak untuk memimpin, layak untuk kehadapan, dan layak untuk melakukan apa sahaja. Namun jangan lupa, ukurlah baju dibadan sendiri. Bersyukur dengan sekecil-kecil kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita seterusnya mengoptimumkan penggunaan kelebihan tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Segala puji selayaknya untuk Allah tuhan sekalian alam. Selamat maju jaya.

{ .: abu uwais:. }


Wednesday, 16 March 2011

Pembaziran projek naik taraf tandas awam di Taman Botanikal, Ayer Keroh


AYER KEROH - Tindakan pihak berkuasa membelanjakan RM199,800 untuk menaik taraf dua tandas awam di Taman Botanikal Melaka mengundang kritikan kerana dilihat sebagai pembaziran.

Ketika mempersoalkan kewajaran kos berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, jumlah yang dibayar amat tinggi berbanding kerja yang dijalankan terhadap kedua-dua tandas awam berkenaan.

Menurutnya, hasil rujukan dengan kontraktor mendapati, dengan hasil kerja kedua-dua tandas itu, ia dapat dilakukan dengan kos kira-kira RM120,000.

“Daripada apa yang saya perhatikan, kerja naik taraf yang dijalankan juga tidak begitu memuaskan. Sebagai contoh, sebahagian alang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung tandas juga didapati telah retak.

“Sehubungan itu, saya ingin meminta Ketua Menteri (Datuk Seri Mohd Ali Rustam) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjawab persoalan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan di tandas awam terbabit berhampiran Perkampungan Buku di Taman Botanikal Melaka, di sini, semalam.

Poay Tiong berkata, kos RM199,800 untuk menaik taraf kedua-dua tandas berkenaan adalah jawapan yang diberi kerajaan terhadap soalan bertulisnya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, baru-baru ini.

Menurutnya, dalam jawapan berkenaan, beliau dimaklumkan, antara lain kos itu membabitkan kerja dalaman dan luar tandas, termasuk menukar pintu serta kelengkapan sanitari, menukar singki, memperbaiki sistem perpaipan dan kemasan dinding serta mengecat seluruh bangunan tandas berkenaan.

“Harga yang digunakan untuk menaik taraf dua tandas ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah dua tingkat yang biasanya berharga sekitar RM190,000.

“Pembaziran sebegini terlalu kerap berlaku dan ia dibuktikan dengan pendedahan yang pernah dibuat DAP sebelum ini,” katanya.

Sinar Harian


Tuesday, 15 March 2011

Sidang DUN Melaka : ADUN Umno tanya soalan lapuk


Akibat terlalu berbangga dengan jumlah ADUN yang ramai dalam Dewan Undangan Negeri Melaka kecuali 5 ADUN dari DAP menjadikan ADUN-ADUN Umno dan BN hanya perlu membuat soalan lawak yang berulang kali cukup sekadar menampakkan ADUN tersebut aktif walaupun soalan itu adakalanya sudah lama dijawab atau tidak perlu dibangkitkan lagi. Itulah standard ADUN Umno dan silapnya ialah rakyat Melaka yang langsung tidak mahu membawa suara rakyat dalam sidang DUN Melaka itu sendiri.

Semasa mengemukakan soalan lisan oleh ADUN Sg.Rambai ( iaitu Datuk Hasan Abd.Rahman ) ketika sesi persidangan DUN Melaka baru-baru ini, beliau memohon agar Kementerian Pelajaran membenarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah untuk membawa telefon bimbit ke sekolah sebagai kemudahan menghubungi ahli keluarga untuk pulang ke rumah.

Soalan ini soalan lapuk sudah dibincangkan secara meluas baru-baru ini, tidakkah ADUN ini mengetahui atau sekadar memberikan soalan lisan sekadar untuk memanjangkan sesi dewan. Inikah masalah rakyat di DUN Sg.Rambai yang perlu diseerakan, sudah tidak adakah masalah rakyat lain di DUN beliau yang perlu ditangani segera?

Nasib baiklah ada rakan ADUN BN yang cerdik sedikit dari ADUN Sg.Rambai yang menjelaskan sebab-sebab larangan membawa telefon bimbit ke sekolah, jika tidak jadi sidang dewan haru-biru pulak d Melaka ni.

Buat pengetahuan ADUN Umno ini,larangan membawa telefon bimbit ke sekolah adalah memang dasar Kementerian Pelajaran berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/2009 yang bertarikh 25 Mac 2009 bertajuk Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit oleh Murid Di Sekolah. Alasan kukuh dasar ini ialah ianya boleh membawa kepada banyak masalah disiplin seperti pergaduhan,kecurian,penyebaran maklumat lucah dan boleh mengganggu kelancaran proses pengajaran di sekolah.

Dalam PRK Merlimau baru-baru ini sebagai contohnya, pengundi masih tidak mahu menghantar wakil pembangkang yang kuat dalam DUN, perlu diingat jika bilangan ADUN BN semakin bertambah maka makin berkuasalah mereka untuk memfaraidkan harta rakyat.

5 ADUN DAP yang ada bertungkuslumus membawa serta mempertahankan harta rakyat daripada dibazirkan oleh Ali Rustam dan juak-juaknya tetapi amat terbatas suara mereke jika berkaitan dengan masalah yang berkaitan agama Islam seperti isu rasuah Majlis Agama Islam Melaka, penyalahgunaan masjid oleh Umno, harta pusaka dalam Islam, masalah akhlak masyarakat Melayu dan sebagainya.

Rakyat Melaka perlukan pembangkan dari kalangan orang Melayu, jadi dalam PRU13 nanti rakyat Melaka perlu memberikan kemenangan calon-calon Melayu sama ada dari PAS atau PKR untuk menjadi wakil rakyat dan membawa suara rakyat dalam Sidang DUN Melaka.

Tukar Tayar Baru


Speaker DUN Melaka 'gentar' dengan soalan pembangkang?


MELAKA: Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato’ Othman Mohamad mengundang bantahan daripada pembangkang kerana mengehadkan kepada tiga soalan tambahan sahaja pada setiap soalan dan jawapan lisan yang dikemukakan.

Menurut Ketua Pembangkang, Goh Leong San yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kesidang (DAP) tindakan Speaker yang kononnya mengikut format di Parlimen itu tidak patut dilaksanakan kerana ianya menghalang tugas wakil rakyat membawakan suara rakyat.

“Keputusan speaker adalah tidak munasabah dan harus diubah keputusan itu kerana ianya boleh mengehadkan wakil rakyat untuk bersuara termasuk dari BN.

“Speaker sepatutnya beri kebebasan untuk bersuara tanpa perlu mengehadkan kepada hanya tiga soalan tambahan sahaja kerana perlu diingatkan semuanya adalah wakil rakyat yang dipilih rakyat semasa pilihan raya,” katanya.

HARAKAH 9 - 12 RABIULAKHIR 1432 / 14 - 17 MAC 2011


Sunday, 13 March 2011

Ali Rustam kepanasan kerana isu banjir


MELAKA: Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-21, menyebabkan Ketua Menteri, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam ‘kepanasan’ apabila isu banjir dibangkitkan oleh wakil pembangkang bertalu-talu.

Isu banjir menjadi perbincangan utama pada persidangan kali ini dan daripada 99 soalan lisan yang dikemukakan, lapan soalan terpaksa dijawab serentak oleh Ketua Menteri di antaranya apa punca banjir, usaha Kerajaan Negeri menangani bencana tersebut dan jumlah peruntukan bagi menyelesaikan masalah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana (Adun), Betty Chew Geok Cheng ketika mengemukakan soalan tambahan berkata mengapa banjir masih berlaku di kawasan bandar walaupun pelbagai usaha telah dilakukan dan perubahan yang diharapkan masih tidak dirasakan rakyat.

Mohd Ali yang berang dengan soalan itu mengatakan bahawa Betty tidak merasai perubahan terhadap usaha dijalankan Kerajaan Negeri bagi menangani masalah banjir disebabkan wakil rakyat itu tidak menetap di Melaka.

“Memanglah Yang Berhormat Adun Kota Laksamana tidak rasa perubahan di sini sebab Yang Berhormat tinggal di Penang, bersama suami (Lim Guan Eng),” katanya.

Mohd Ali berkata, banjir yang berlaku pada 31 Januari hingga 10 Februari lalu, antaranya berpunca daripada hujan lebat selama tiga hari berturut-turut dan pada masa yang sama air laut pasang menyebabkan air sungai tidak dapat mengalir ke laut.

Hampir RM2,892,858 telah dibelanjakan Kerajaan Negeri dan persekutuan sejak dari tahun 2000 hingga Mac 2011 untuk membina projek-projek tebatan banjir, empangan dan menaik taraf saliran air, sungai dan parit malahan, Kerajaan Negeri bercadang membina dua lagi projek tebatan banjir tetapi masalah tersebut masih gagal diatasi.

HARAKAH 9 - 12 RABIULAKHIR 1432 / 14 - 17 MAC 2011


RM7.78 juta dibelanjakan BN bagi PRK DUN Merlimau


MELAKA: Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hampir RM7.78 juta diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membiayai 160 projek di sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac lalu.

Projek tersebut adalah di bawah peruntukan Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Sosial (PIAS) dari 21 Januari sehingga 5 Mac lalu yang dibiayai Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Dato’ Latiff Tamby Chik peruntukan itu termasuklah membiayai 81 projek penyelenggaraan serta menaik taraf jalan bernilai kira-kira RM3.86 juta.

“Ia termasuklah membina serta menaik taraf longkang (32 projek) bernilai RM1.58 juta, membina dan menyelenggarakan balai raya serta dewan (20 projek) bernilai kira-kira RM1.33 juta dan enam projek pembinaan jambatan bernilai RM250,000. Selain itu, RM388,000 turut disalurkan untuk membiayai 11 projek pembinaan dan penyelenggaraan masjid dan surau, selain RM355,000 lagi untuk lain-lain projek,” katanya ketika menjawab soalan Adun Bandar Hilir (DAP), Tey Kok Kiew.

Tambahnya, kerajaan negeri sudah memohon 1,931 projek daripada Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan di seluruh kawasan Dun di Melaka.

Tey Kok Kiew dalam soalan tambahannya mempersoalkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang melakukan kerja di kawasan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), sekali gus menunjukkan wujud salah guna kuasa tetapi dijawab Latiff ianya terjadi disebabkan MPJ tidak mempunyai kakitangan mencukupi.

HARAKAH 9 - 12 RABIULAKHIR 1432 / 14 - 17 MAC 2011


Thursday, 10 March 2011

Merlimau: Antara unta dan kambing; pekasam dan belacan


PRESIDEN PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini meluangkan sedikit daripada masa amat berharga beliau bagi menemui petugas Harakah dan Harakahdaily. Dalam amanat kepada wartawan, beliau mengingatkan kepentingan dan peranan bidang penulisan sebagai wadah dakwah yang perlu dilakukan secara bijaksana, berhikmah dan berhemah.

Saya tertarik akan uslub dakwah yang diterangkan Tuan Guru. Beliau membahagikan kawasan penyebaran Islam global sebagai rantau utara dan selatan yang mana orang utara adalah sinonim dengan unta manakala orang selatan dengan kambing.

Jadi, kata Tuan Guru, sejajar dengan sifat dan perangai unta yang keras dan agresif, penyebaran Islam di bahagian utara kebanyakannya adalah melalui perang manakala di selatan yang penduduknya “berinteraksi” rapat dengan kambing yang sifat dan kelakuannya lemah lembut; Islam tersebar secara meluas melalui dakwah mulut dan contoh teladan.

Islam diterima melalui dakwah berhemah di Yaman, seterusnya ke benua kecil India oleh saudagar-saudagar Arab dan kemudian ke Alam Melayu juga oleh saudagar Arab dan India. Apabila pemerintah kerajaan Melayu seperti Pasai/Samudera dan Melaka memeluk Islam selepas terkesan dengan dakwah berhemah saudagar-saudagar berkenaan, maka rakyat pun berbondong-bondong memasuki Islam.

Pada sesi soal jawab, saya mengambil kesempatan bertanyakan Tuan Guru akan uslub paling sesuai untuk orang selatan tanah air menerima PAS kerana ternyata negeri-negeri ini (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) adalah paling lewat penerimaannya, dengan PAS gagal “melahirkan anak sulung” di negeri Hang Tuah (terbaru PAS tewas dalam pilihan raya kecil Dun Merlimau apabila calonnya Yuhaizat Abdullah mendapat 2,319 undi berbanding Roslan Ahmad daripada Umno- BN yang meraih 5,962 undi. Undi majoriti BN meningkat daripada 2,154 pada pilihan raya umum 2008 kepada 3,643 undi kali ini.

Saya katakan pendekatannya (uslub dakwah) mungkin perlu berbeza kerana orang utara sinonim dengan pekasam sedangkan orang selatan (Melaka) dengan belacannya. Juga orang Melaka masih dengan kebanggaan mereka sebagai keturunan Laksamana Hang Tuah, lantas siapa saja yang cuba membawa perubahan akan dicop sebagai Jebat, si penderhaka.


Tuan Guru mengingatkan bahawa sejarah kedaulatan Islam di bumi Melaka sudah lama ditenggelamkan, kini sudah tiba masanya bagi pejuang termasuk penulis mengangkat kembali peranan tokoh yang mendaulatkan Islam seperti Bendahara Tun Perak dan Sultan Alauddin Riayat Shah pada zaman Kesultanan Melayu Islam Melaka dan pada zaman kemudiannya seperti Penghulu Dol Said dari Naning.

Sumbangan tokoh-tokoh ini kepada kemajuan Islam amat besar yang sewajarnya mengingatkan anak-anak tempatan untuk kembali mendaulatkan Islam dalam semua lapangan kehidupan termasuklah melaksanakan hukum-hakamnya.

Malangnya sumbangan mereka terhadap kehidupan Islam sudah dikesampingkan, sebaliknya apa ditonjolkan sekarang ketaksuban kepada bangsa seperti digambarkan melalui watak Hang Tuah – pantang Melayu derhaka. Jika diamat-amati perkembangan Islam di Alam Melayu, apabila seseorang raja atau pembesar itu memeluk agama Islam, seluruh rakyat mengikutinya, kini bolehlah difikir-fikirkan jika PAS berjaya “mem-PAS-kan” pemimpin Melaka yang amat “disanjungi” rakyat negeri seperti Ketua Menteri sekarang, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam, seluruh rakyat jelata akan mengikutinya. Bolehkah ini dilakukan atau wajar berlaku?

Alangkah indahnya jika Islam dapat didaulatkan sepenuhnya pada ketika Melaka bersiap sedia mengenang ulang tahun ke-500 kejatuhannya di tangan Portugis pada bulan Julai 1511!

HARAKAH 6 - 8 RABIULAKHIR 1432 / 11 - 13 MAC 2011


Sunday, 6 March 2011

Dakwaan beli undi di Merlimau, Ahli Parlimen DAP buat laporan polis


Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau .

Dalam laporan polisnya itu, Sim berkata, dia bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ.

Beliau mendakwa, dia mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi.

Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya.

Bagi mengelak kekecohan, kata Sim, dia meminta jurugambar itu memadam gambar-gambar tersebut. Dia kemudiannya beredar dari situ dan membuat laporan polis.

Sim berkata, dia menganggapnya sebagai perbuatan membeli undi dan merupakan satu kesalahan melanggar peraturan pilihan raya.

Malaysiakini


Saturday, 5 March 2011

Yuhaizad Abdullah terima sms daripada Geng Jebat Derhaka


Perkhidmatan pesanan ringkas (sms) berbaur ugutan tersebar di sekitar kawasan Merlimau, memberi amaran supaya pengundi tidak menghadiri ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat. Calon PAS-PR, Yuhaizad Abdullah (gambar bawah, tengah) bersama empat orang ahli PAS, menerima sms sedemikian pada petang semalam.

"Geng jebat derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR yang menjadi pentas memecah belahkan Melayu. Sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirla ke ceramah2 PR pd mlm ini dan seterusnya. awas keselamatan kenderaan anda tidak dijamin," demikianlah kandungan sms yang diterima oleh Setiausaha PAS Melaka, Harun Mohamad, daripada nombor telefon 0124496241.

Dalam laporan polisnya, Harun Mohamad mendakwa dirinya menerima sms ini pada jam 7.20 petang 3 Mac, ketika beliau berada di bilik gerakan PAS Merlimau. Beliau percaya bahawa sms ini datang daripada pihak UMNO, kerana beliau juga menerima satu sms daripada nombor tersebut, sebelum ini, berbunyi, "TPM bayau makan minumnya di chinchin supaya halal dan dia x amik kesempatan bukan macam nik aziz...naik haji pun nak free..nak org sponsor..itu rasuah namanya dan tak ikut sunnah nabi..sah ke hajinya?"

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyanggah kenyataan Ketua Polis Melaka bahawa tuduhan pemimpin PR diserang tidak berasas, menekankan bahawa sms berbaur ugutan itu dihantar melalui nombor telefon tertentu, dan polis harus menyiasat dalam hal ini. Dalam satu sidang media tadi, Salahuddin Ayub berkata dirinya mengesyaki bahawa Geng jebat derhaka dilindungi, malah diupah oleh pihak tertentu.

Merdeka Review


Penternak lembu pun diperdaya Ali Rustam


MERLIMAU: Berang dengan janji Ketua Menteri Melaka ,Dato’ Seri Mohd Ali Rustam, 15 penternak lembu di Kampung Paya Buluh dekat sini mendesak kerajaan BN negeri segera menyelesaikan kemelut mereka sebelum hari mengundi Ahad ini.

Wakil penduduk M Nesmuthu, 50, berkata pada perjumpaan dengan Mohd Ali di Pejabat Operasi BN di pekan Merlimau 15 Februari lalu, Mohd Ali berjanji bahawa kesemua 15 penternak yang berdaftar dengan Jabatan Veterinar Melaka akan menerima seekor lembu susu.

“Bagaimanapun, dalam senarai yang dikeluarkan Jabatan Veterinar Melaka pada 2 Mac 2011, hanya lapan daripada kami yang disenaraikan akan menerima lembu susu tersebut. Apa yang kami berang empat orang daripada lapan orang yang disenaraikan menerima lembu susu tersebut adalah mereka yang tidak layak menerima lembu susu di bawah skim Teras.

“Mereka ini penternak lembu kecil-kecilan dan tidak pernah membekalkan susu lembu kepada Jabatan Veterinar Melaka, sedangkan kami adalah penternak lembu yang juga pembekal susu lembu kepada Jabatan Veterinar,” kata Nesmuthu.

Sementara itu Naib Pengerusi DAP Melaka, N Gandhirajan yang turut hadir bertemu penternak berkata, wujud amalan kronisme dalam pengagihan lembu susu oleh kerajaan negeri.

“Salah seorang daripada empat orang tersebut tidak pernah membela lembu tetapi disenaraikan layak mendapat lembu. Apabila diselidiki beliau ialah Ketua Kampung Paya Buluh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Harakah edisi 2 – 5 RABIULAKHIR 1432 / 7 – 10 MAC 2011


Thursday, 3 March 2011

Ali Rustam dikritik gagal atasi pencemaran sungai


DALAM keadaan Melaka disebut-sebut sebagai sebuah bandaraya serta Ketua Menterinya, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam yang dikatakan sangat efektif dalam membangunkan negeri Hang Tuah itu; masih ada masalah yang tidak enak didengar dan mengganggu penduduk khususnya di Merlimau.

Tinjauan Harakah di sekitar pekan Merlimau mendapati sebatang sungainya iaitu sungai Merlimau yang merupakan sumber pengairan penduduk yang mengusahakan sawah padi teruk tercemar.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada penduduk persekitaran faktor yang menjadi punca kepada kejadian tersebut adalah pembuangan sisa kilang daripada Kawasan Perindustrian Merlimau yang tidak terkawal tanpa sebarang pantauan.

“Air sungai Merlimau yang merentasi pekan kini telah bertukar menjadi hitam dan berbau sangat busuk sehingga ia tidak lagi layak dipanggil sungai, tetapi longkang,” demikian ujar Zainuddin Mohamad, 32, seorang peniaga di Pekan Merlimau.


Tambahnya lagi, keadaan sungai tersebut yang dipenuhi sampah sarap kini memburukkan lagi keadaan malah ianya bertentangan dengan slogan yang seringkali dipamerkan pada papan tanda nama sungai iaitu ‘ sayangilah sungai kita’.

Bagi warga emas, Maznah Abdul Rahim, 72, keadaan sungai di Merlimau jelas membuktikan betapa ‘sayangnya’ kerajaan Umno-BN yang memerintah Melaka khususnya di Merlimau selama ini terhadap sungai yang sepatutnya dijaga dan dipelihara.

“Walaupun mereka gah melaungkan slogan ‘Merlimau Dunku sayang’ tetapi apa gunanya jika sungainya tidak disayangi?” kata seorang lagi penduduk, Hafizah Azman, 40 daripada Merlimau Pasir. Bahkan ianya secara tidak langsung mencemarkan permandangan serta nama baik Dun tersebut di mata orang luar yang datang berkunjung, sama ada pelancong tempatan apatah lagi daripada luar negara.

“Ianya bukan sahaja melibatkan isu kebersihan tetapi ia melibatkan nama baik Merlimau di mata orang luar. Harap ianya mendapat perhatian kerajaan negeri untuk berbuat sesuatu,” ujarnya.

Malah masalah pencemaran sungai tersebut dikatakan bukanlah suatu perkara yang baru kepada penduduk Merlimau. Sementara itu, Mohamad Abdul, 50, pula berkata masalah tersebut telah membelenggu penduduk sejak lebih daripada 10 tahun yang lalu.

“Kita telah mengalami masalah ini sudah lebih 10 tahun lalu, dan tiada sebarang tindakan yang diambil bagi menyelesaikannnya,” katanya.

Lebih teruk lagi, keadaan tersebut menyebabkan berlakunya bencana banjir apabila hujan turun dengan lebat. “Apabila sungai tercemar, masalah perparitan pun tidak selesai, maka apabila hujan turun dengan lebat beberapa hari sahaja banjir melanda kawasan ini sehingga menimbulkan banyak kerugian dan masalah kepada kami,” ujarnya.

HARAKAH Keluaran 29 RABIULAWAL – 1 RABIULAKHIR 1432 / 4 – 6 MAC 2011


Tekun: Pemimpin Umno tipu penduduk Merlimau


JASIN, 1 Mac: Tidak kurang 700 penduduk di kawasan Dun Merlimau, di sini, kini telah menjadi mangsa penipuan pemimpin Umno BN, apabila mereka dijanjikan pinjaman Tekun berjumlah RM3,000 tetapi kemudian mulai menjauhkan diri daripada mereka.

Lebih menyedihkan lagi, mereka turut dikenakan bayaran RM25 setiap seorang, tetapi tidak pula dikeluarkan resit bayaran sehingga menyebabkan mereka terasa jelas tertipu kemudiannya.

Seorang penduduk di kawasan itu, Ismail Abdul Rahman, 77, menjelaskan, perkara itu telah berlaku sejak 26 Februari lalu sebaik selesai proses penamaan calon bagi PRK Dun Merlimau yang akan berlangsung 6 Mac ini.

Menurut beliau, pemimpin Umno itu sememangnya dikenali oleh mereka yang terbabit dan mereka tidak menyangka akan ditipu sedemikian mudah, lebih-lebih lagi ketika Umno BN sedang terdesak untuk mendapat undi daripada orang ramai pada pilihanraya itu nanti.

Katanya, setelah mengutip wang itu, pemimpin Umno terbabit kini sudah amat jarang kelihatan, malah mereka seperti melarikan diri daripada mereka yang terbabit, manakala pinjaman Tekun sebanyak RM3000 yang dijanjikan itu pula tidak diperolehi oleh mereka.

"Sehubungan itu, mereka yang terbabit bercadang untuk membuat laporan polis sekiranya pemimpin Umno itu tidak memulangkan kembali wang RM25 yang dikutip daripada mereka itu," katanya ketika ditemui.

Bayaran RM25 itu, menurut Ismail, dikenakan kononnya sebagai bayaran perkhidmatan untuk memudahkan proses mendapatkan pinjaman Tekun.

Mereka yang berhajat untuk mendapatkan pinjaman itu tanpa teragak-agak terus memberikannya, walaupun ia tidak dikeluarkan resit.

"Tindakan pemimpin Umno terbabit jelas menyalahi undang-undang kerana mengikut undang-undang, setiap bayaran yang diterima oleh setiap pihak mestilah disertakan resit bayaran dan penerimaannya," katanya.

Beliau yang juga salah seorang pengundi di kawasan itu amat kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin Umno terbabit.

"Jadi maknanya, selain melakukan dosa kerana rasuah politik, pemimpin Umno BN juga sebenarnya turut mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menipu orang ramai sempena pilihanraya, khususnya PRK Dun Merlimau 6 Mac ini.

"Ini jelas membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno BN yang tidak boleh dipercayai. Jika mereka menolong pun, mereka bukannya ikhlas hendak menolong, tetapi ada muslihat lain di sebaliknya untuk kepentingan mereka," katanya.

Berhubung dengan bantuan jalan tar hingga ke hadapan rumah yang diberikan oleh pemimpin Umno BN sempena PRK Dun Merlimau, beliau berkata, ketidakikhlasan pemimpin Umno BN dalam hal itu amat jelas kelihatan.

"Sesetengah mereka yang diberikan bantuan itu mendapat jalan tar sepenuhnya di hadapan rumah, tetapi banyak juga antara mereka yang hanya diberikan bantuan jalan tar separuh-separuh sahaja.

"Menurut pemimpin Umno BN, jalan tar yang baru diberikan separuh sahaja dulu itu akan dipenuhkan kemudiannnya, tetapi orang ramai tak yakin jalan itu akan diberikan sepenuhnya nanti," jelasnya.

Sebaliknya, beliau yakin bantuan jalan tar tersebut pasti hanya setakat itu sahaja dan ia pasti akan turut berakhir apabila selesainya PRK Dun Merlimau 6 Mac ini.

"Itu semua hanyalah gula-gula pilihanraya oleh para pemimpin Umno BN. Jadi kepada orang ramai, janganlah sekali-kali tertipu dengan sandiwara para pemimpin Umno BN itu," tegasnya.

Harakah Daily


Wednesday, 2 March 2011

Lebih RM200 ribu ditelan dalam jamuan 1Malaysia di Merlimau


Oleh : Ong Vic Kee

Jamuan, angpow, hamper, malah hadiah istimewa seperti motorsikal, basikal, barangan elekronik dan sebagainya terus diberikan melalui cabutan bertuah oleh NGO 1Malaysia, yang bertapak di Merlimau dua minggu sebelum PRK Merlimau membuka tirai. Setakat ini dua jamuan malam telah diadakan, dan lebih RM200 ribu dibelanjakan, mengikut anggaran kasar wartawan.

Jamuan malam diadakan pada 20 dan 28 Februari, dengan kehadiran kira-kira 1300 orang masing-masing. Menurut seorang penduduk tempatan, Fua Yong Siong, jamuan yang disediakan kononnya berharga kira-kira RM200 semeja, dan kedua-dua jamuan menyediakan 130 meja masing-masing (semeja untuk 10 orang). Dengan kata lain, RM52,000 telah dibelanjakan hanya untuk makanan jamuan.

Ia belum termasuk angpow yang diberikan selepas jamuan pertama pada 20 Februari. Menurut Fua Yong Siong, penduduk hanya perlu mendaftarkan nama dan nombor kad pengenalan dirinya, untuk menghadiri jamuan bersama Perdana Menteri Najib Razak pada minggu lalu. Berbekalkan tiket yang berwarna kuning, penduduk di situ boleh mendapat wang tunai RM100, dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Seandainya kesemua 1300 orang memperolehi angpow bernilai RM100 masing-masing, maka RM130 ribu telah diberikan. Menurut Fua Yong Siong lagi, kira-kira 600 bungkusan yang mengandungi teh, susu dan sebagainya juga diedarkan, dijangka bernilai RM10 setiapnya.

Perkiraan kasar perbelanjaan NGO 1Malaysia di Merlimau setakat ini membawa kepada jumlah RM188,000 (RM52,000 + RM130 ,000 + RM6,000), belum termasuk barangan elektronik (televisyen LCD, mesin basuh, periuk nasi), basikal, pakaian, hamper dan sebagainya yang diberikan melalui cabutan bertuah. Malah, kos lain seperti upah pekerja, upah untuk persembahan, banner dengan gambar Najib dan sebagainya belum diambil kira.

Satu lagi jamuan sebelum hari pengundian

Fua Yong Siong menambah, sebagaimana yang diketahuinya, satu lagi jamuan yang menyasarkan 3,000 orang bakal dianjurkan pada 5 Mac, iaitu sehari sebelum hari pengundian PRK Merlimau. Bagaimanapun, Fua Yong Siong tidak pasti sama ada jamuan tersebut juga dianjurkan NGO 1Malaysia.

"NGO" 1Malaysia ini muncul buat kali pertama di PRK Galas pada Oktober 2010. Mereka mengerah pengundi untuk menyertai perarakan dan jamuan yang diadakan oleh mereka. "Pulangan" berharga RM100 hanya sampai ke tangan setelah hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai.

Secara umumnya, kewujudan "NGO" 1Malaysia ini dikatakan kerana MCA dan Gerakan tidak yakin terhadap kemampuan dirinya untuk memikat undi Cina. Bagaimanapun, Barisan Nasional telah menafikan hubung-kaitnya dengan NGO 1Malaysia ini, mendakwa bahawa NGO 1Malaysia berkempen kerana menyokong idealisme BN.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.


Prk Merlimau : SPR berat sebelah, paksa turun bendera di bilik Gerakan KEADILAN


MERLIMAU: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaksa Wanita KEADILAN menurunkan bendera parti di bilik gerakan Permatang Serai dilihat berat sebelah, kata ketuanya, Mahani Misban.

“SPRM datang dengan polis dan memaksa kami menurunkan bendera parti kerana mendakwa KEADILAN tidak bertanding.Kami Wanita pertahan mengatakan bahawa bilik gerakan yang memuatkan lebih kurang 30 orang itu adalah milik persendirian yang disewa khas. Ekoran itu timbul pertengkaran mulut antara SPRM dengan Wanita,” kata Mahani.

Ketika bercakap kepada Keadilandaily, Mahani tidak menolak tindakan SPRM dan polis itu atas arahan kerajaan Umno.

“Saya pasti mereka hanya mendengar arahan Umno sebelum membuat serbuan ke rumah ini. kami turut menjelaskan kepada mereka yang Wanita tahu undang-undang pilihan raya dan rumah yang disewa adalah milik persendirian.

“Selepas mendengar penjelasan daripada kami, pihak SPRM dan polis mula beredar kerana mengakui perkara tersebut tidak salah,” katanya.
Sementara itu beliau juga menyuarakan kekesalan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana sanggup menampal poster dan kain rentang berbentuk penghinaan kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Poster-poster tersebut digantung berhampiran tempat ceramah Anwar malam tadi yang menimbulkan ketidaksenangan penyokong. Tapi SPRM hanya menurunkan poster dan kain rentang selepas dapat laporan daripada kami, agaknya kalau kami tidak lapor, mereka buat tidak tahu sahaja,” ujarnya.

Keadilan Daily


Prk Merlimau : Umno Dan Utusan Penyebar Fitnah Dan Aib


MERLIMAU 3 FEB : Budaya memfitnah dan mengaibkan orang yang disebarkan oleh Umno dan akhbar kawalannya Utusan Malaysia hanya memakan diri dan gagal mempengaruhi rakyat.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbicaraan fitnah ke atas dirinya mendedahkan kepada orang ramai angkara jahat politik Umno untuk memanjangkan jangka hayat parti itu.

"Kalau Utusan itu akhbar Melayu, kemudian orang tak dibenarkan berfikir, siapa yang khianat Melayu? Nak ikut Rais Yatim? (Anwar ulang kenyataan Rais Yatim) 'kita mestilah jaga budi pekerti dan budaya bangsa kita, maka orang-orang seperti pembangkang yang rendah akhlaknya tidak boleh disokong'".

Berucap pada ceramah di Merlimau, Anwar berkata perbicaraannya atas tuduhan fitnah liwat sekali lagi membongkar kezaliman pemerintah dan polis.

"Hari ini keluar gambar lokap. apa dia cerita? lokap Anwar ada televisyen, ya televisyen apa? CCTV. ada katil, khas.Tadi Ketua Polis IDP Bukit Aman kata tak ada. Karpal Singh tanya, bukankah Datuk Seri Anwar kata ada sakit pinggang? dia jawab ada. Kamu tak bagi tilam, bantal? tak ada. dia tidur atas lantai? simen? ya," katanya.

Anwar berkata beliau menyedari layanan polis dan pejabat Peguam Negara di bawah telunjuk Umno adalah untuk mengaibkan beliau semata-mata demi meluntur semangat dan perjuangan politiknya.

"Telanjang saya dan ukur, sebab nak aibkan, kamu tangkap kamu telanjang ukur, hina. nak lawan lagi? bukan kamu tentukan. Kalau Allah takdirkan ujian ini, saya terima dengan sabar dan doa "ya Allah janganlah beri beban sehingga aku tak mampu menanggungnya" maksudnya sekarang ini, saya masih mampu tanggung tapi percayalah kekuasaan Tuhan," tegas Anwar.

Anwar berkata meskipun media massa seperti Utusan dan TV3 cuba memesongkan keterangan-keterangan pada perbicaraan beliau, hakikat ialah bukti-bukti terhadapnya direka cipta dan fitnah semata-mata.

Sumber berita asal: Warga Marhaen


PRK Merlimau : Ugut-mengugut cara Umno berkempen


WarkahDaily – Kalau kamu undi PAS, semua peruntukan kami tarik balik. Ugut-mengugut dah jadi darah daging pemimpin Umno-BN. Duit peruntukan yang memang sepatutnya rakyat dapat, depa duk jadikan umpan ugutan. Depa ingat duit tu, bapak depa punya kot.

Dah tak tahu dah bagaimana cara nak bagi rakyat jauhi PAS, ugutan lah jadi senjata utama pemimpin dan barua Umno-BN dalam pilihanraya kecil Merlimau sekarang ini.

Kerana terlampau takut sangat dengan kekalahan. Maklum sajalah, Melaka Ali Rustam anggap kubu kuat yang belum ditembusi pengaruh Pakatan Rakyat (PR). Jadi walau apa usaha sekali pun, tak kira kotor atau tidak, pasti depa akan gunakan. Yang penting, kuasa mereka kekal.

Kalau di Kerdau depa gunakan tenaga pakar dari Amerika untuk rancang strategi hadapi PAS. Hebat betul PAS, sehinggakan Umno-BN terpaksa guna tenaga dari Amerika untuk hadapi PAS. Barua-barua Umno-BN yang duk Malaysia semuanya bodoh-bodoh belaka. Bukan aku yang kata, tapi YB Umno yang duk bawak pakar Amerika datang ke Kerdau yang iktiraf.

Tapi di Merlimau, Umno-BN guna cara ugutan.

Malaysian Insider melaporkan, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat aduan daripada pengundi bahawa Umno mula menggunakan pendekatan ’mengugut’ sejak semalam.

Tambah beliau, ia dibuat melalui kempen rumah ke rumah dan juga dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan BN.

“Ada pihak tertentu dari Umno yang ugut pengundi supaya tak undi PAS, mereka cakap kalau undi PAS semua peruntukan akan ditarik balik.

“Itu adalah satu ugutan cara jahat supaya orang undi Umno, wang peruntukan itu duit rakyat kenapa mesti nak tarik?,” katanya pada sidang media di Markas PAS di Jasin.

Halim yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS Merlimau berkata, pengundi di DUN Merlimau perlu membuat perubahan dengan memilih calon PAS Yuhaizat Abdullah.

Tegas Halim, BN masih mengamalkan pendekatan “mengugut” kerana terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi di Merlimau yang majoritinya orang Melayu.

“BN gunakan kempen rumah ke rumah, ada pihak tertentu dari Umno ugut penduduk dan kita jangka ini akan berterusan sampai hari pengundian.

“BN masih main kotor, pilihan raya kecil tidak ubah (kerajaan negeri) Melaka, kalau PAS memang kerajaan (negeri) tak jatuh,” katanya.

Sumber: Warkah Daily


Kempen PRK Merlimau semakin dicemari


Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.


"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak,” katanya.

Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan sayapasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?” kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya. Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.

Payah Sungguh


Tuesday, 1 March 2011

Apa cerita dengan wanita Umno Jasin dan wanita Umno Merlimau?


Katanya masa hari penamaan calon hari tu, langsung tak nampak muka.

KeadilanDaily melaporkan:

Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Misban, berkata Wanita Umno Bahagian Jasin turut menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya.

"Sejak pagi tadi, saya tidak nampak kelibat Ketua Wanita Umno, Zaleha Bujang dan Wanita Jasin mahupun Wanita Merlimau memberi sokongan kepada calon mereka.

"Mereka boikot calon sendiri kerana kecewa golongan wanita tidak dipilih setiap kali pilihan raya kecil. Ini tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat. Wanita turut diangkat seperti calon, contohnya Normala Sudirman," katanya.

Zaleha sebelum ini menyatakan kepada beberapa media, mengatakan rasa tersinggung kerana Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon sekaligus dianggap mengetepi sumbangan dan peranan wanita. - Keadilandaily/

Aku yakin bilik gerakan depa yang katanya ditutup hari tu pasai protes dah bukak balik dah. Biasa la, memang standard puak-puak bermazhab Umno ni, marah depa sekejap saja. Senang sangat nak redakan kemarahan depa. Walau marah macamana sekali pun, bila turun berketul-ketul kertas dengan gambar 'kepala agong' redalah marah depa.

Tentu punya dalam pertemuan petang penamaan calon tu antara Ali Rustam dengan Wanita Umno Jasin, ada habuan yang dijanjikan, malah aku yakin bukan setakat janji kosong saja, tapi dia bawak turun 'kepala agong' sekali.

Mungkin ada yang heran, pasai apa muslimat PAS langsung tak berbunyi bila calon yang disebut-sebut ramai sebelum ni, Setiausaha Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka, Kintan Man merangkap Exco Muslimat Pusat tak dipilih sebagai calon.

Langsung takdak bunyi depa protes, malah markaz muslimat di Merlimau semakin meriah. Bukan takat markaz Muslimat pusat, tapi markaz muslimat negeri-negeri jugak tak pernah kosong dengan petugas muslimat.

Takkan muslimat PAS takut dengan muslimin kot. Sedangkan dari segi gerakerja pilihanraya terutama sekali dalam bab ziarah rumah ke rumah dan merayu undi, gerakerja muslimat sentiasa melebihi gerakerja muslimin. Malah kalau nak dibandingkan dengan gerakerja wanita Umno pun gerakerja muslimat PAS jauh kedepan walaupun tanpa habuan 'kepala agong' macam wanita Umno dapat.

Bagi yang ada heran, suka aku nak bagitau, memang tak sesuai nak bandingkan antara wanita Umno dengan muslimat PAS. Nak banding macamana kalau memang dari asasnya pun tak sama.

Kalau nak tau apa bezanya, cuba pi rapat sendiri dengan depa. Untuk orang perempuan saja la. Kalau yang lelaki tak payah la cuba nak rapat. Kalau nak tau jugak, boleh suruh bini (atau bini-bini) hangpa pi rapat dengan muslimat PAS. Senang-senang ja hangpa akan dapat jawapan dia.

Cenangau Daunkari


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59